Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 87 - Cemburunya Saya

Chapter 87 - Cemburunya Saya

Sebaik mendengar suara itu, Su Qianci menoleh dan melihat ke arah pintu masuk wad tersebut. Qin Shuhua menghidupkan lampu lalu menampakkan seorang gadis berpakaian biru sedang berdiri di hadapan pintu. Matanya kelihatan agak kemerahan dan dia tersenyum malu, seolah-olah tidak berani masuk ke dalam wad. Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang telah diperlakukan dengan tidak adil.

"Cemburunya saya!"

Qin Shuhua mendengar kata-kata Tang Mengying tersebut dan berasa simpati. Sebelum ini, dia menyangka gadis itu yang akan menjadi menantunya, tetapi takdir ini tidak adil.

Su Qianci menyedari ibu mertuanya sedang berfikir tentang menantu pilihan asalnya. Pada kehidupan lalu, Qin Shuhua selalu membanding dia dengan Tang Mengying. Dia akan sentiasa bercakap tentang Tang Mengying yang lebih berkebolehan dan mempunyai pengaruh yang besar di syarikat Li Sicheng. Kadangkala dia akan berkata bagi seseorang yang pendiam seperti Li Sicheng, isteri yang sesuai ialah seseorang yang mampu berkomunikasi dengan baik. Dalam erti kata lain, kenyataan bahawa Tang Mengying bukan isteri Li Sicheng telah membuatkan Qin Shuhua berasa dirinya bernasib malang. Setiap kali melihat Su Qianci atau Tang Mengying, dia tidak mampu berhenti mengeluh.

Pada kehidupannya yang lalu itu, Su Qianci akan berkata sesuatu yang menyebabkan Tang Mengying menjadi lebih cemburu. Sekarang, dia memutuskan untuk membuat perkara yang sama.

Su Qianci mengangguk dan tersenyum. "Kamu akan jumpa jodoh kamu nanti. Gadis seperti kamu pasti banyak pilihan. Bukannya seperti saya, saya terpaksa turuti permintaan keluarga dan tiada peluang untuk membuat pilihan sendiri…"

Dia kedengaran seperti sedang meratapi nasibnya. Walau bagaimanapun, kata-katanya membuatkan Tang Mengying mengetap giginya dengan geram. Su Qianci telah mengambil lelaki yang terbaik, dan lelaki lain sudah kelihatan tidak bernilai. Su Qianci jelas berbangga dengan dirinya!

Qin Shuhua mengeluarkan sup yang dibawanya dan memandang Su Qianci. "Tiada peluang membuat pilihan sendiri? Adakah anak lelaki saya tidak cukup bagus?"

"Li Sicheng sangat hebat," Su Qianci tersenyum gembira dan berkata, "Dia lelaki yang terbaik di dunia. Bukankah begitu, Tang Mengying?"

Tang Mengying menjawab dengan senyuman terpaksa, "Ya…"

Belum sempat Tang Mengying menghabiskan ayatnya, Su Qianci menoleh ke arah sup di tangan Qin Shuhua dan berkata, "Sedapnya bau! Adakah orang gaji kita hebat memasak?"

Su Qianci dapat meneka Qin Shuhua sendiri telah memasaknya melalui bau sup itu. Dia telah beberapa kali berpeluang untuk merasa sup tersebut dalam kehidupannya sebelum ini, jadi sudah pasti dia terus dapat mengecam baunya. Walau bagaimanapun, dia belum pernah menjamah sup itu pada kehidupan ini. Qin Shushua berasa sangat gembira mendengar kata-katanya dan menjawab, "Orang gaji masih cuti. Ini ibu yang buatkan. Cubalah."

Su Qianci kelihatan bersemangat dan segera mengambil mangkuk berisi sup tersebut. "Terima kasih, ibu." Dia menghirup sedikit sup itu dan menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya. "Sedapnya. Saya tak tahu ibu sangat pandai memasak."

Qin Shuhua sangat gembira dan tersenyum lebar. Dia mula bercerita bagaimana dia memikat hati suaminya dengan kemahiran memasak. Su Qianci menunjukkan minat dan bertanya pelbagai soalan kepada ibu mertuanya.

Namun, Tang Mengying langsung tidak dihiraukan sesiapa. Dia berdiri di belakang Qin Shuhua sambil menggenggam penumbuk dan memandang Su Qianci dengan pandangan penuh kebencian dan cemburu.

Related Books

Popular novel hashtag