Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 849 - Beli, Beli Semua

Chapter 849 - Beli, Beli Semua

Su Qianci terus membayar semua pakaian itu menggunakan kad kreditnya tanpa teragak-agak.

Selepas mereka keluar, Yu Lili berbisik, "Qianqian, nanti saya bayar kembali wang kamu."

"Eh tak perlu! Waktu kita di sekolah, kamu banyak tolong saya. Saya cuma belikan kamu beberapa pasang baju. Tak ada masalah." Ketika mengatakannya, Su Qianci berjalan masuk ke sebuah kedai lain bersama Yu Lili. Ia kedai bagi jenama yang biasa digunakan oleh Yu Lili dahulu. Jenama itu amat terkenal dan mahal. Sebaik memasuki kedai itu, Yu Lili terus tertarik kepada sepasang kot merah yang berada di tengah-tengah kedai. 

Cantiknya! Tetapi… sebagai produk utama di kedai ini, harganya masih amat mahal.

Su Qianci menyedari Yu Lili sedang merenung kot itu lalu berkata kepada pekerja kedai, "Tolong ambilkan saiz paling kecil kot itu untuk dia cuba."

"Okey, tunggu sekejap." Pekerja itu tidak buta. Walaupun pakaian Su Qianci kelihatan ringkas, setiap satunya amat mahal. Kot itu pula ialah edisi terhad jenama mewah dan sangat mahal. Sebaik mendengar permintaan Su Qianci, dia segera pergi mengambil saiz yang paling kecil.

Yu Lili yang tidak membawa walau satu sen wang berasa rendah diri. Apabila melihat Su Qianci memanggil pekerja kedai, dia mula risau tentang wang. Sebaik sahaja pekerja kedai membawa saiz paling kecil kot itu, Su Qianci menarik Yu Lili ke hadapan cermin lalu menarik kot yang dipakainya dan berkata, "Cubalah."

Pekerja kedai itu segera membantu Yu Lili memakainya dengan penuh bersemangat. Sebaik memakai kot itu, aura Yu Lili serta-merta berubah. Kot yang berwarna terang pada kulit putih mulus itu membuatkan Yu Lili kelihatan amat cantik. Walaupun amat kurus serta wajahnya cengkung dan kelihatan sakit, tetapi Yu Lili tetap kelihatan seperti Ratu apabila memakai kot itu.

"Cantiknya," kata pekerja kedai itu. "Cik ialah pelanggan pertama yang amat sepadan dengan kot itu. Seolah-olah kot ini ditempah jahit untuk Cik, sangat cantik!" Kemudian pekerja itu pergi ke belakang dan mengambil sepasang kasut dari rak pameran. Ia sepasang kasut dengan tumit yang amat tinggi, kira-kira 10cm. Tetapi Yu Lili sudah pernah memakai kasut setinggi itu sebelum itu. "Cik boleh cuba kasut ini, ia amat sepadan dengan kot itu. Cik sangat sesuai dengan warna merah."

Ketika mengatakannya, pekerja kedai itu sudah pun membantu menanggalkan kasut Yu Lili dan memakaikannya kasut tumit tinggi itu.

Su Qianci kelihatan cemburu dan berkata, "Memang cantik." Dia juga menyukai pakaian berwarna merah, tetapi ia tidak begitu sesuai dengannya. Tambahan pula pakaiannya sekarang kebanyakannya dibeli oleh Li Sicheng. Li Sicheng akan membeli warna kuning atau hijau lembut, putih, merah jambu, biru dan pelbagai warna lembut yang lain. Walaupun kesemuanya cantik, tiada yang dapat mengeluarkan aura seperti yang dipakai oleh Yu Lili.

Su Qianci berasa agak menyesal. Pada masa yang sama, dia berkata kepada pekerja kedai itu, "Buatkan bil untuk kasut dan kot ini."

"Qianqian..."

"Okey," jawab pekerja itu dengan amat gembira.

Kasut dan kot itu berjumlah ratusan ribu yuan dan membuatkan hati Yu Lili seakan berdarah. Dalam diam, dia menggerakkan jarinya dan cuba mengira berapa tahun gaji yang diperlukannya untuk membayar wang itu. Pada masa yang sama juga, dia berasa amat puas hati dengan kot dan kasut itu. Hatinya berbunga-bunga.

Dah lama saya tak pakai pakaian yang cantik.

Dia dapat merasakan perbezaan antara pakaian itu dengan pakaian murah yang dipakainya. Yu Lili memandang dirinya di dalam cermin dan berasa amat puas hati…

Related Books

Popular novel hashtag