Yu Lili tidak sempat menangkapnya lalu alat kawalan itu jatuh ke atas katil. Perkara itu membuatkannya bertambah marah dan kembali ke katilnya.
Ou Ming menggantung kembali beg ubat itu dan duduk di hujung sofa.
Yu Lili membuka TV dan menjumpai satu rancangan aneka ragam. Ia rancangan yang sudah lebih 10 tahun lamanya. Mereka menjemput beberapa orang artis dan bermain permainan menarik bersama-sama, jadi rating rancangan itu sentiasa tinggi. Yu Lili menontonnya seketika, tetapi tidak menemui apa-apa untuk diketawakan dan membuatkannya bertambah kecewa.
Dia menjeling Ou Ming secara diam-diam. Bunyi taipan dapat didengar dan membuatkan Yu Lili tahu Ou Ming amat sibuk dengan kerja.
Jadi kenapa dia masih ada di sini? Adakah cuma untuk menghina saya dan menghalang saya membunuh diri? Dia tak patut… bazirkan begitu banyak masa untuk perkara yang tidak berbaloi. Adakah dia masih sukakan saya?
Jantung Yu Lili berdegup laju sebaik memikirkan kemungkinan itu. Walau bagaimanapun, ia kemudian bertukar kecewa.
Tidak… Jika dia sukakan saya, bagaimana mungkin dia menghina saya? Dahulu, dia mahu memiliki saya dan memberikan segala yang terbaik untuk saya. Walaupun waktu itu saya tidak peduli, tetapi saya ingat kesemuanya kerana dia layan saya dengan baik. Mungkin… itulah harganya. Bila saya akhirnya tahu saya sukakan Ou Ming, Tuhan mengambil semua tuah dan nasib baik itu kembali untuk menghukum saya.
Bunyi ketawa berterusan kedengaran dari TV, tetapi Yu Lili tidak berminat. Sebaliknya dia merenung ke arah TV dengan pandangan kosong.
Ou Ming memerhatikan Yu Lili. Kemudian dia bangun dan berjalan ke arahnya.
Yu Lili tidak menyedari Ou Ming mendekatinya. Bayang-bayang yang tiba-tiba meneduhinya membuatkannya terkejut. Dia mendongak dan melihat Ou Ming menghulurkan tangannya. Yu Lili berundur dan menjerit, "Apa yang kamu buat?"
Mata Ou Ming kelihatan gelap dan dia menghulurkan tangan untuk menekan loceng memanggil di sebelah katil Yu Lili. Selepas itu dia kembali duduk di sofa. Yu Lili berasa lega dan melihat alat titisan yang tergantung di sebelahnya. Dia baru menyedari hanya sedikit air yang tinggal di dalamnya.
Jururawat datang untuk membantunya sebelum kembali keluar. Suasana di dalam wad itu amat sunyi. Hanya bunyi TV yang kedengaran. Walaupun bunyi ketawa masih dapat didengar melalui rancangan realiti itu, tetapi suasana di dalam wad itu seakan suram.
Ou Ming menutup laptopnya dan menjeling Yu Lili. Dia berjalan ke arah mesin air dan menuang segelas air sebelum pergi ke troli di bawah TV. Selepas itu dia berjalan ke arah Yu Lili dan menghulurkannya ubat dan segelas air.
Yu Lili melihat ubat itu lalu menggosok bibirnya. Dia mengambil air yang dihulurkan Ou Ming dan merenung ubat yang kelihatan pahit itu. Ou Ming membuka ubat itu dan menuangkan pil di atas tangan Yu Lili tanpa berkata apa-apa. Yu Lili meneguk airnya sehingga habis dan menjilat bibirnya dengan wajah yang berkerut.
Ou Ming mengisi kembali gelas Yu Lili tetapi tidak tergesa-gesa untuk memberikannya. Dia meletakkannya di atas troli dan keluar dari wad itu.
Apabila Ou Ming kembali, dia memegang sesuatu di dalam tangannya. Dia membuka tangannya selepas membawakan air untuk Yu Lili. Di dalam tangannya, kelihatan gula-gula susu kegemaran Yu Lili.