Selepas itu Ou Ming keluar dan tidak pulang ke rumah selama beberapa hari. Tanpa sepatah kata kepada Yu Lili, Ou Ming pergi begitu sahaja seperti biasa.
Yu Lili duduk di vila itu dengan fikiran yang keliru pada setiap hari. Dia tertanya-tanya ke mana Ou Ming sering pergi.
Adakah lelaki itu tidur bersama perempuan lain? Atau sedang berseronok di tempat yang saya tidak tahu? Tapi… apa kaitannya dengan saya? Saya tak patut ambil kisah tentang semua itu, bukan? Ou Ming pasti punyai ramai teman wanita di luar sana. Mungkin sekarang dia mahu berkeluarga, jadi dia akan bertunang? Tetapi… orangnya bukan saya. Ou Ming boleh berkahwin dengan orang lain dan mempunyai perempuan simpanan pada masa yang sama. Saya hanya seekor burung yang diberi makan olehnya. Sayap saya patah jadi saya boleh dikurung di dalam sangkar. Tetapi sekarang saya sedang mengandungkan bayi yang sudah ditakdirkan untuk tidak lahir.
Semakin dia memikirkannya, Yu Lili berasa semakin tidak selesa. Empat hari kemudian, dia pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan pil gugur. Selepas menelan pil itu, perutnya terasa amat sakit. Dia berbaring di atas katilnya dengan berselubungkan selimut dan wajahnya menjadi amat pucat. Apabila melihat dirinya di dalam cermin, dia mendapati seluruh tubuhnya telah dibasahi peluh. Walau bagaimanapun, Yu Lili merasakan dirinya tidak berguna pada ketika itu.
Bukan sahaja saya tidak dapat bersama lelaki yang saya suka yang juga bapa kepada kandungan saya, saya juga tak dapat menyelamatkan bayi saya sendiri.
Kekecewaan menyelubungi dirinya. Dia menutup mata dan air mata terus mengalir turun ke wajahnya dengan perlahan. Keesokan harinya, Ou Ming tiba-tiba pulang ke rumah. Ketika itu Yu Lili baru sahaja selesai mandi.
Ou Ming masuk ke dalam bilik dan kelihatan letih. Sebaik melihat Yu Lili yang memakai jubah mandi dengan rambut yang masih basah, dia mendekati lalu memeluknya dari belakang. Ou Ming menghidu bau wangi sabun mandi pada tubuh Yu Lili. Dia memusingkan tubuh wanita itu untuk mencium pipi dan bibirnya.
Yu Lili mengelak dengan perasaan jengkel dan akhirnya menyebut kata-kata yang sudah lama dipendamnya. "Ou, kita patut berpisah."
Ou Ming memeluk Yu Lili dan tidak berhenti menciumnya. Tangannya mula bergerak ke atas secara perlahan. Yu Lili berasa semakin tidak selesa kerana tahu Ou Ming cuba membangkitkan nafsunya.
Lelaki ini cuma mahukan tubuh saya.
Yu Lili menolak Ou Ming. Matanya jelas menunjukkan perasaan jengkel. "Saya serius, Ou Ming."
Ou Ming berhenti seketika dan memandang ke dalama mata Yu Lili. Mata yang cantik dan besar itu sedang memandangnya dengan penuh serius. Mereka berbalas renungan seketika sebelum Ou Ming berkata, "Saya tak benarkan." Dia memeluk Yu Lili dengan erat dan berbisik di telinganya, "Tidak sekali-kali."
Yu Lili menolak Ou Ming menggunakan kedua-dua tangannya dan berkata dengan serius, "Saya tak mahu bersama kamu, Ou Ming, dan saya serius. Lepaskan saya. Saya dah tak tahan lagi."
"Lepaskan kamu?" Ou Ming berkata sinis dan memegang dagu Yu Lili. "Yu, kamu salah faham ya? Bukan saya yang tak mahu biarkan kamu pergi, tapi kamu yang tak mampu tinggalkan saya. Kamu ingat kamu dapat hidup selesa dan semewah ini tanpa saya?"
Hati Yu Lili terasa pedih. Dia memandang Ou Ming dan membentak, "Kamu ingat kamu siapa? Tiada sesiapa tidak boleh hidup tanpa seseorang yang lain. Ou Ming, kamu terlalu bangga diri!"
"Saya cuma beritahu kenyataan. Yu Lili, kamu tak akan mampu tinggalkan saya."