Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 814 - Hari Terakhir

Chapter 814 - Hari Terakhir

Yu Lili menyelongkar almarinya dan meletakkan kesemua pakaian dan kasut mahalnya ke dalam beg. Kemudian dia membawanya ke pasar barangan terpakai dan kembali ke rumah dengan wang lebih 300 000 yuan. Ditambah dengan 10 000 yuan di dalam kadnya dan lebih 90 000 yuan yang dikumpulnya sepanjang menjadi gadis wain, dia kini memiliki wang sebanyak 150 000 yuan.

Selepas memindahkan kesemua 150 000 yuan kepada Lu Yihan, dia menghantar emoji senyum ke WeChat Lu Yihan bersama mesej: Lu Yihan, saya dah pindahkan 150 000 yuan kepada kamu. Saya rasa saya tak dapat bayar 50 000 yuan lagi [emoji nakal]

Lu Yihan belum membalas mesej itu. Yu Lili mengira wang yang berada di dalam dompetnya.

Tiga hingga empat ratus yuan yang dimilikinya dan ditambah 700 yuan yang didapatkannya dengan menjual rambut, dia kini memiliki lebih 1000 yuan. Yu Lili melihat wang itu dan berasa tenang.

Yu Lili keluar dari pasar barangan terpakai itu dan mendongak memandang matahari yang menyinarinya. Matahari itu besar, bulat dan seakan menyala.

Yu Lili mengeluarkan telefonnya lalu mengambil gambar matahari itu, kemudian memuat naik gambar itu di akaun WeChatnya bersama ayat: [Cuaca sangat baik hari ini. Saya rasa seperti sudah lama tak lihat cuaca sebaik ini. Hargai setiap saat [emoji hati] Dah lama saya tak makan sedap-sedap. Sekarang saya nak pergi makan dengan banyak]

Yu Lili melihat hantaran terakhir yang dibuatnya. Ia adalah gambar percutian sempena ulang tahun syarikat lebih setengah tahun yang lalu. Ketika itu dia melihat seseorang memuat naik gambar percutian itu, jadi dia turut memuat naik gambar yang ada.

Yu Lili tersenyum dan menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangannya. Dia menahan sebuah teksi dan pergi ke sebuah restoran makanan Barat terkemuka di Ibu Kota. Yu Lili berjalan keluar dari teksi bersama beg tangannya. Langkahnya penuh elegan dan bibirnya mengukir senyuman. Dia seakan seperti satu pemandangan indah dan menarik perhatian ramai orang kepadanya. Yu Lili duduk di tingkat atas restoran itu dan memesan stik, salad dada ayam kegemanarannya, secawan kopi dan semangkuk sup. Dia melihat senarai panjang makanan yang dipesannya dan tersenyum puas.

Kemudian dia mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefonnya. Apabila makanan tiba, Yu Lili mengelap tangannya dengan tisu basah dan memotong stik itu perlahan-lahan. Sebaik menyuapkan potongan stik itu ke dalam mulutnya, dia berasa puas hati. Matanya bergenangan tetapi bibirnya terus mengukir senyuman lebar. Sungguh sedap. Sudah terlalu lama dia tidak merasa makanan sesedap ini. Beberapa tahun kebelakangan ini, dia terpaksa berusaha keras untuk hidup. Keadaan hidupnya sangat susah berbanding beberapa tahun sebelum itu. Mungkin jika dia tidak pernah bahagia, dia tidak akan kelihatan begitu memalukan sekarang. Yu Lili makan dengan mata yang bergenangan. Dia menarik nafas panjang lalu mengeluarkan telefon bimbit dan menangkap gambarnya sendiri. 

Wanita berambut pendek di dalam gambar yang diambilnya lebih matang berbanding semalam, lebih berkurangan tarikan, lebih segar dan ceria. Yu Lili amat berpuas hati dengan penampilan barunya yang berambut pendek. Dia mengambil beberapa keping lagi gambarnya dan makanan lalu memuat naik di akaun WeChatnya: [Gaya rambut baru. Jarang dapat makan besar begini, bahagianya [emoji gembira] 

Selesai makan, dia menerima mesej balasan daripada Lu Yihan: Kamu berguraukah

Yu Lili berasa agak geli hati dan membalas dengan emoji nakal.

[Lu Yihan]: Hidup kamu lebih baik berbanding saya

[Yu Lili]: Biasa-biasa saja

[Lu Yihan]: Saya nak sambung kerja

[Yu Lili]: Okey

Selepas membayar makanannya, wang Yu Lili hanya berbaki 100 yuan. Dia menaiki teksi pulang ke rumah dan kini hanya 10 yuan yang tinggal di dalam dompetnya. Sewaktu keluar dari teksi, seorang pengemis tua dan kotor mendekati Yu Lili sambil memegang sebiji mangkuk buruk.

Yu Lili memberikan 10 yuan yang berbaki kepada pengemis itu kemudian terus naik ke rumahnya di tingkat empat. Dia menutup semua pintu dan tingkap dan memastikan tiada ruang yang terbuka, kemudian menarik kepala tong gas. Bau gas yang kuat terus keluar dan bertebaran di seluruh rumah itu.