Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 791 - Yu Lili: Saya di Dali

Chapter 791 - Yu Lili: Saya di Dali

200 000 yuan, tidak banyak dan tidak sedikit. Tetapi bagi seseorang yang tidak akan merendahkan dirinya seperti Yu Lili, dia tidak akan meminjam wang jika tidak terdesak.

Lu Yihan berfikir tentangnya kemudian bertanya, "Kamu mahu guna wang itu untuk apa?"

[Yu Lili]: Oh Tuhan! Susah nak cakap. Saya ditimpa nasib malang.

[Yu Lihan]: Teruknya! [emoji sedih]

Yu Lili berfikir seketika. Apabila dia mahu membalas, dia menerima mesej daripada Lu Yihan: 'Beri nombor akaun kamu.' Yu Lili berasa amat tersentuh sebaik membaca mesej itu. Saat ini dia terasa seperti mahu menangis.

Yu Lili tahu 200 000 yuan tidak menjadi masalah bagi golongan kaya seperti Ou Ming dan Li Sicheng. Tetapi bagi Lu Yihan yang baru memulakan kerjayanya, ia adalah jumlah yang amat besar. Namun Lu Yihan terus sahaja meminta nombor akaunnya dan itu membuatkan Yu Lili amat terharu sehingga hampir menangis.

Yu Lili menghantar nombor akaun banknya kepada Lu Yihan. Lu Yihan yang sedang makan terus memindahkan wang menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya. Selepas selesai, Lu Yihan menghantar tangkap layar bukti pemindahan wang itu dan menghantar mesej: 'Selesai.'

[Yu Lili]: Terima kasih banyak-banyak. Saya akan bayar kembali wang kamu secepat mungkin.

[Lu Yihan]: Tak ada masalah.

[Lu Yihan]: Di mana kamu sekarang? Saya tak dengar berita tentang kamu akhir-akhir ini.

Yu Lili merasakan soalan Lu Yihan itu agak ironi.

Nampaknya lelaki ini benar-benar tidak pedulikan saya. Saya dah berpindah dari Kingstown selama empat tahun. Tetapi dia malah berkata tidak mendengar berita saya 'akhir-akhir ini'.

Yu Lili berfikir seketika sebelum membalas: 'Saya melancong ke Dali yang cantik.'

[Lu Yihan]: [emoji cemburu] Gembiranya kamu.

[Yu Lili]: Boleh tahanlah. Tapi saya ditimpa sedikit malang baru-baru ni. Ada sesuatu yang berlaku kepada saya. Apapun, nanti saya ceritakan.'

[Lu Yihan]:Okey.

Yu Lili menarik nafas lega.

Akhirnya saya berjaya kumpulkan setengah juta yuan. Tapi saya juga perlu bayar wang Lu Yihan secepat mungkin. Biar saya fikir bagaimana untuk dapatkan wang dengan cepat. Selain mencari sugar daddy, bagaimana saya boleh dapatkan wang sepantas mungkin?

Yu Lili meneguk air mineralnya. Kemudian dia mengeluarkan sekeping kad nama dari beg tangannya. Pengurus Tingkat Night Jungle : Hao Yu.

*****

Lu Yihan menghabiskan makanannya selepas memindahkan wang kepada Yu Lili.

Seorang rakan sekerja yang rapat dengannya datang lalu menepuk bahunya dan berkata, "Jom pergi buat barbeku dan minum malam ni!"

"Okey." Lu Yihan menyimpan telefon bimbitnya dan menutup bekas makanannya. "Di mana?"

"Tempat biasa. Bawalah rakan serumah kau juga. Seronok lepak dengan dia! Lagipun dia nampak dah tak muda. Dah tiba masa untuk perkenalkan perempuan kepada dia," kata lelaki itu sambil mengenyit mata penuh makna kepada Lu Yihan sebelum ketawa dengan kuat.

Lu Yihan menolak rakan sekerjanya itu dan berkata, "Jangan mengarut. Dia dah ada teman wanita. Dia dah pindah dari rumah aku untuk tinggal bersama teman wanitanya."

"Betul?" rakan sekerja Lu Yihan tidak mempercayainya. "Secepat ini dia berjaya buang status bujang?"

"Jangan bazirkan masa aku. Kenapa aku nak tipu kau?"

"Apapun ajak saja dia. Suruh dia ajar aku macam mana nak dapatkan teman wanita juga! Aku serahkan kepada kau ya. Aku nak pergi ajak orang lain."

"Dia tak akan datang," kata Lu Yihan tegas tanpa sedikit pun ada niat untuk menghubungi Luo Zhan.

Rakan sekerjanya membuat muka monyok. "Sekurang-kurangnya tanyalah dulu! Beri aku telefon kau. Biar aku tanya."

Lu Yihan melihat tangan rakan sekerjayanya yang terhulur lalu mengeluh. "Lupakan. Pergilah ajak orang lain. Aku akan telefon dia."

"Kau berdua bergaduh?"

"Apa sebab yang ada untuk bergaduh? Pergilah. Aku nak telefon ni."

Lu Yihan membelek senarai kenalannya dan menemui nombor Luo Zhan lalu membuat panggilan.

[Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi…]

Related Books

Popular novel hashtag