Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 779 - Kalau Tak Ada Wang, Kamu akan ke Penjara

Chapter 779 - Kalau Tak Ada Wang, Kamu akan ke Penjara

Namun belum sempat Yu Lili datang dekat, Puan Li menahannya dan menjerit, "Kau nak goda suami aku kan? Berambus! Perempuan jalang!"

Puan Li menarik Yu Lili ke arah pintu. Ketika itu juga dia melihat wajah cantik Yu Lili lalu kecemburuannya membara lalu terus menampar wajah itu. Yu Lili tidak sempat mengelak lalu tamparan itu tepat mengena mukanya. Kemudian Puan Li menolaknya dengan kuat sehingga dia jatuh tersungkur ke lantai.

Pegawai polis itu bergegas ke arah mereka lalu memberi amaran kepada Puan Li. Walau bagaimanapun, mereka jelas sudah tiada niat untuk meminta telefon Li De.

Yu Lili memegang pipinya dan cuba bangun untuk menampar kembali Puan Li, tetapi dia segera ditarik keluar oleh polis-polis itu. Puan Li melihat Yu Lili ditarik keluar dan berasa bangga. Selepas ditarik keluar dari wad itu, Yu Lili menjerit dengan kuat, "Dia tampar saya Tuan! Kamu berdua nampak dia tampar saya!"

"Cukup. Kamu belum puas menyumpah seranah dia tadi?" Pegawai polis itu berasa jengkel. "Ya, dia balas dengan lebih teruk. Tapi saya nasihatkan kamu supaya jangan lawan mereka. Kamu tak ada pangkat atau nama. Perkara ini rumit. Kalau kamu ada wang, baik kamu bayar saja secepat mungkin, tetapi kalau tak ada, saya bimbang kamu akan dihantar ke penjara."

Setelah menderita kerana ketidakadilan yang berlaku ke atasnya, semua perasaannya bercampur-aduk dan seakan meletup. Yu Lili tidak dapat bertahan lagi dan terus menangis. "Kenapa mereka buli orang seperti ini? Kenapa buli saya? Adakah kerana saya anak yatim piatu? Sebab saya tiada nama dan pangkat? Jelas mereka yang lakukannya, kenapa kamu tak boleh periksa mereka? Orang birokrat hanya melindungi satu sama lain! Saya ingat perkara seperti ini hanya berlaku pada zaman dahulu. Semata-mata untuk keadilan konon!" Suara Yu Lili yang kuat bergema di segenap ruang hospital yang sunyi itu.

Kedua-dua pegawai polis itu menarik Yu Lili keluar dari hospital. Setelah meninggalkan hospital itu, mereka memandang satu sama lain kemudian berpaling ke arah Yu Lili dengan simpati dan rasa bersalah. "Cik Yu, semoga berjaya."

Semoga berjaya… Adakah dia boleh menerima nasib yang lebih malang dari sekarang? Dia dicabul tetapi dia yang dibuang kerja, dia dikatakan pelacur dan dia tiada rumah serta memikul beban hutang yang amat banyak. Adakah nasib yang lebih malang daripada ini?

"Biar aku dilanggar kereta!!" Yu Lili berdiri di hadapan pagar hospital dan menjerit dengan suara yang kuat dan sebak. Dia tidak tahu segala gerak-gerinya sedang diperhatikan oleh seseorang.

Selepas melihat perkara yang berlaku, Xu Cheng segera menelefon Ou Ming. Setelah melaporkan keadaan Yu Lili itu, dia tidak mendengar apa-apa. Xu Cheng turut diam dan menanti kata-kata Ou Ming.

Selepas seketika, akhirnya Ou Ming bersuara dan mengarahkan, "Terus ikut dia dan laporkan sebarang situasi kepada saya."

"Baik."

Sekarang sudah jam 10 malam, tetapi syukurlah masih ada komuter yang berjalan.

Yu Lili menaiki komuter itu untuk pulang. Tetapi apabila tiba di stesen berdekatan rumahnya, dia tersedar baki di dalam kadnya tidak cukup. Dia terpaksa membeli tiket baru supaya dapat keluar.

Apabila tiba di rumah, Yu Lili mengemas biliknya dan mendapati pakaiannya sudah rosak. Syukurlah ada pakaian yang digantung yang masih berkeadaan baik. Walaupun hanya tinggal sepasang, ia masih boleh dibasuh dan ditukar ganti.

Yu Lili membuang cadar dan bantalnya yang telah basah disimbah air serta gambar-gambar dan sofa yang telah dirosakkan itu. Selesai mengemas semuanya, seluruh rumah itu kini kosong.

Related Books

Popular novel hashtag