Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 777 - Siapa Perempuan Jalang?

Chapter 777 - Siapa Perempuan Jalang?

Tiada sesiapa di antara mereka berkata apa-apa. Pembuat panggilan terdiam kerana Ou Ming menjawab panggilan itu.

Yu Lili menyedari panggilan itu dijawab dan akhirnya tidak dapat menahan perasaannya lagi dan terus menangis teresak-esak. Ou Ming dengan mudah mengetahui siapa yang menelefonnya, tetapi hatinya masih terasa pedih sebaik mendengar suara itu.

Yu Lili. Wanita ini akhirnya datang kepadanya.

Yu Lili telah berada di jalan mati bersama hutang yang banyak. Dan wanita itu datang kepadanya lagi untuk wang, untuk wang yang bodoh itu. Beberapa ratus ribu hanya jumlah yang kecil untuk Ou Ming, tetapi ia cukup untuk membuatkan Yu Lili, bekas kekasihnya ke jalan mati.

Sungguh merepek.

Tangan Ou Ming menggenggam penumbuk. Pada mata coklat gelapnya tersembunyi pelbagai perasaan yang bercampur-aduk. Fikirannya bercelaru. Selepas seketika, dia membuka mulut dan bertanya, "Siapa ni?"

Ayat yang dingin itu seakan anak panah sejuk yang menikam dada Yu Lili. Yu Lili memangis dan memutuskan panggilan. Masa panggilan itu ialah 1 minit dan 33 saat. Ia dirasakan seperti beberapa abad oleh Yu Lili walaupun ia hanya masa yang singkat. Orang yang dihubunginya seakan seseorang yang asing dan tidak dikenali.

Yu Lili menarik nafas panjang lalu menelefon polis.

*****

Ketika mendengar keriuhan di sebalik panggilan itu, mata coklat gelap Ou Ming berubah suram seakan dilitupi batuan dan pasir. Tiada emosi yang jelas kelihatan pada mata itu.

Yu Lili tidak berkata apa-apa.

Selepas merenung nombor asing itu seketika, Ou Ming menyimpan nombor itu ke dalam telefonnya dengan nama 'perempuan jalang'.

"Kalau tak ada apa-apa masalah dengan kerjasama kita, mari tandatangan kontrak, Ou Ming. Kami berharap kita dapat membina hubungan kerja yang baik."

Ou Ming meletakkan telefonnya ke tepi. Bibirnya mengukir senyuman hormat tetapi tidak matanya. Dia membelek kontrak di hadapannya dengan fikiran yang kosong. Akhirnya dia berputus asa untuk membacanya dan terus menandatangani kontrak itu.

"Saya ada sedikit urusan kecemasan untuk diuruskan, jadi saya perlu minta diri dulu. Zhou, beri layanan terbaik kepada Encik Wang." Ou Ming bangun. Tubuhnya yang tinggi dan sasa mempunyai aura tersendiri.

"Baik."

Ou Ming keluar dari bilik itu lalu mengeluarkan telefonnya dan menghubungi pengurus cawangan Di Du. "Cari maklumat tentang keadaan terkini Yu Lili."

Xu Cheng bertanya, "Sekarang?"

"Ya."

"Okey."

*****

Polis datang ke rumah Yu Lili. Setelah memeriksa seluruh rumah, mereka mengenalpasti kejadian ini sebagai kerosakan harta dengan niat jahat.

Pihak polis juga telah menonton rakaman CCTV dan mendapati orang-orang Zuo An menutup seluruh tubuh mereka dari atas hingga bawah, maka mustahil untuk mengenalpasti wajah mereka. Mereka memakai topi dan bukan daripada kejiranan ini. Mereka berjaya masuk secara sembunyi ketika pengawal keselamatan terganggu dengan perkara lain.

Yu Lili amat yakin kejadian ini ada kaitan dengan Li De atau isterinya. Polis membawa Yu Lili ke hospital untuk bertemu kedua-dua orang yang disyaki itu.

Li De sedang makan malam bersama isterinya. Selepas mendengar kejadian yang menimpa Yu Lili, isteri Li De mendengus sinis dan berkata, "Nampaknya ada orang bantu aku balas dendam atas nama keadilan. Atau kau bukan goda suami aku sahaja, jadi ada orang lain yang turut marah kepada kau?"

Yu Lili berasa berang lalu mengejek, "Kau ingat kau lakukan semuanya tanpa tinggalkan apa-apa bukti? Tak ada orang lain yang berdendam dengan aku selain kau. Sedangkan salah kau sendiri yang kau tak cantik. Orang hodoh memang selalu timbulkan masalah."

Puan Li jelas amat berang lalu menjerit, "Kau perempuan jalang, jangan cabar aku!"

"Kau cakap apa perempuan jalang?" Yu Lili melontarkan pandangan tajam. "Kau hancurkan rumah aku, gambar-gambar aku, komputer aku, malah curi diari aku…" Suaranya semakin bergetar dan dia merenung Puan Li dengan tajam lalu menjerkah, "Serahkan barang-barang aku kembali!"

Related Books

Popular novel hashtag