Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 770 - Disumbat ke Dalam Penjara...

Chapter 770 - Disumbat ke Dalam Penjara...

Yu Lili merasakan suaranya seakan tersekat. Tetapi dia segera menenangkan dirinya dan menceritakan perkara sebenar. 

Pegawai polis itu mengangguk dan berkata, "Baik, saya faham. Kami akan siasat perkara ini lebih mendalam. Tapi disebabkan punca kemalangan ini ialah kamu, isteri Li De minta kamu bayar semuanya, termasuk bayaran pembaikian dua buah kereta yang terlibat, bil perubatan Li De dan bayaran kerana mengakibatkan trauma. Selepas Li De sedar, kami akan tanya soalan kepada dia juga."

"Apa?" Yu Lili terkejut. "Dia mahu saya bayar?"

"Dah tentu, kemalangan itu disebabkan kamu. Kereta yang kamu langgar itu diparkir dengan baik, kamu langgarnya secara tiba-tiba. Bayaran pembaikian dua kereta itu dan bil perubatan akan mencecah sekurang-kurangnya tiga atau empat ratus ribu. Kamu perlu bersedia." 

"Tapi ia berlaku kerana saya cuba pertahankan diri!" Wajah Yu Lili kelihatan pucat.

Tiga atau empat ratus ribu? Di mana dia mahu cari wang sebanyak itu? Malah untuk makan sahaja dia tidak cukup wang. Bagaimana dia mahu mendapatkan wang yang sangat banyak itu?

"Kami masih perlu menyiasat perkara sebenar. Kita akan bercakap lagi bila Li De dah sedar. Kamu okey, cuma pengsan. Tangan kiri Li De patah dan dia alami konkusi. Jika dia bangun, itu pun syukur jika dia bangun, kalau mereka tak desak, kamu boleh lepas daripada terpaksa membayar kesemuanya. Jika dia tak bangun, kamu mungkin akan dipenjarakan." Pegawai polis itu menutup bukunya. "Fikirlah dahulu. Pampasan itu memang kamu perlu bayar. Sekarang saya akan pergi jumpa Li De." 

Yu Lili merasakan seluruh kekuatannya hilang. Dia duduk di atas katilnya dengan wajah yang pucat. Seorang wanita tua yang turut berada di wad itu berasa simpati melihatnya dan bertanya, "Adik, kamu okey?"

Yu Lili mengangkat wajahnya. Matanya terasa hangat dan fikirannya buntu. Tiga hingga empat ratus ribu… Jika dia tidak mampu mendapatkannya, adakah dia akan disumbat ke dalam penjara?"

Yu Lili meletakkan selimutnya ke tepi lalu turun dari katil. Selepas bertanya di mana wad Li De, dia terus berjalan ke sana. Li duduk di wad perseorangan. Kos untuk berada di wad ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibayar oleh Yu Lili. Wajahnya menjadi semakin pucat. Yu Lili mengetuk pintu lalu masuk.

Li De sudah sedar. Sebaik melihat Yu Lili, riak wajahnya terus bertukar berang. Isteri Li De berpaling dan melihat Yu Lili. Wanita itu segera berjalan ke arah Yu Lili lalu mengangkat tangan untuk menampar wajahnya. Mata Yu Lili terbeliak lalu dia segera berundur dan menghalang tamparan itu. Tamparan Puan Li mengena tangannya dan menghasilkan bunyi yang kuat.

Pegawai polis tadi sedang mencatat sesuatu. Sebaik melihat situasi itu, dia bergegas datang dan menghalang mereka. "Hentikan! Polis masih ada di sini!"

Puan Li mendengus sinis, "Bukan urusan polis untuk masuk campur jika saya mahu menampar perempuan jalang yang cuba goda suami saya. Si jalang ini punyai wajah perempuan jalang dan saya dengar dia pernah jadi perempuan simpanan dahulu. Encik polis, kamu dah siasat latar belakang dia untuk lihat jika dia terlibat dengan sebarang urusan haram?"

Yu Lili berasa amat berang, tetapi segera menenangkan dirinya dan berkata sinis, "Saya selalu hairan kenapa Tuan Li selalu menggatal dengan semua wanita di pejabat. Rupa-rupanya Puan Li seperti ini. Betullah, tak ada lelaki yang suka perempuan yang nampak lebih tua daripadanya. Kalau kamu tak beritahu Tuan Li ialah suami kamu, saya pasti akan ingat kamu pengasuh atau kakak dia." 

Wajah Puan Li bertambah berang dan dia menjerit, "Hoi!!"

Yu Lili berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa dan ketawa kecil. "Teruk juga. Patutlah lelaki itu selalu berkelakuan seperti binatang di hadapan semua perempuan. Rupa-rupanya ada sebab."