Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 760 - Hanya Mahu Jadikan Kamu Hamba

Chapter 760 - Hanya Mahu Jadikan Kamu Hamba

Tidak, tidak! Nama keluarganya ialah Li dan namanya ialah Li Mosen! Li Mosen bergelut kuat dengan penuh panik sambil menjerit, "Lepaskan saya! Atuk, selamatkan saya!"

Tang Mengying ketawa. Dia merasakan satu perasaan puas yang tidak dapat dijelaskan apabila melihat budak lelaki yang sedang cuba melepaskan diri ini. Anak lelakinya masih hidup! Budak yang entah datang dari mana ini masih hidup dan sihat.

Sungguh ajaib…

-

Sebaik turun dari kapal terbang, Su Qianci dan Li Sicheng tidak terus pulang ke rumah lama, sebaliknya pergi membeli hadiah hari jadi buat anak-anak mereka. Setelah mengelilingi pusat membeli-belah itu dengan agak lama, akhirnya mereka membeli kereta mainan kawalan jauh untuk Dasu dan kereta api mainan kecil untuk Ersu.

Tiba-tiba Li Sicheng menerima panggilan daripada Li Jinnan. Dia perlu ke syarikat sebentar kemudian mengambil kek di kedai kek yang paling digemari Kapten Li. Su Qianci membawa hadiah-hadiah yang dibeli pulang dengan menaiki teksi.

-

"Shhh… tak ada sesiapa akan selamatkan kamu. Kamu ingat mereka memang anggap kamu anak mereka? Mereka hanya kasihankan kamu dan mahu jadikan kamu hamba. Kamu tahu apa itu hamba? Seperti orang suruhan yang basuhkan najis tuan mereka."

"Tidak!" Li Mosen menjerit sambil menangis. "Mereka berbeza daripada kamu!"

"Bagaimana dengan saya? Saya ibu kandung kamu. Hanya saya yang akan layan kamu dengan baik di dunia ini."

"Tidak! Kamu mahu bunuh saya! Kamu pembunuh, kamu gila. Kamu akan ditangkap sekarang kerana sudah muncul!"

Li Mosen mendengar segala perbuatan ibunya sepanjang dia membesar. Qin Shuhua mempunyai ramai rakan yang bermain mahjung bersamanya. Ketika mereka tidak bermain mahjung, mereka akan bercerita sesama mereka. Bukan sahaja Li Mosen, malah Dasu dan Ersu juga tahu tentang perbuatan ibunya. Li Jianqian pernah berkata kepadanya: Tak kira apa yang ibu kandung kamu pernah lakukan kepada kamu, ibu kami ialah ibu kamu, ayah kami ialah ayah kamu, dan Mosen akan sentiasa jadi abang kami. Ketika itu, Mosen sangat terharu sehingga menangis dan kebencian serta kekesalannya terhadap Tang Mengying semakin bertambah.

Senyuman Tang Mengying semakin lebar sebaik mendengar kata-kata itu. Dia berkata, "Nampaknya Su Qianci didik kamu dengan baik. Kamu agak bijak. Tapi kamu tak boleh dengar cakap mereka, saya ialah…"

"Abang Mosen!" Kedengaran satu suara kecil dari kejauhan. Li Jianyue yang memakai gaun putih dengan rambut bertocang dua berlari ke arah mereka dengan kaki kecilnya.

Tetapi sebaik sahaja ternampak Tang Mengying, lariannya semakin perlahan dan dia memandang wanita itu dengan matanya yang besar. Dia berasa sedikit aneh dan menjerit, "Abang Mosen, Atuk panggil!"

Li Mosen masih menangis kerana dipegang kemas oleh Tang Mengying. Dia menjerit kepada Li Jianyue, "Ersu, pergi minta Atuk dan Tok Ayah selamatkan Abang!"

Li Jianyue kelihatan sudah faham sesuatu yang buruk sedang berlaku. Dia segera berpaling dan berlari ke arah rumah lama.

Tang Mengying terkejut. Dia memegang Li Mosen dengan sebelah tangan dan berlari ke arah Li Jianyue. Rumah lama keluarga Li terletak di seberang jalan dari tasik itu dan agak jauh.

Li Jianyue tidak dapat berlari pantas dengan kaki kecilnya. Tang Mengying berjaya menangkapnya dengan pantas.

Li Jianyue meronta-ronta dengan kaki dan tangannya sambil menjerit, "Tolong, tolong! Abang, Atuk, Tok Ayah, hmmph…"

Tang Mengying menutup mulut Li Jianyue dengan tangannya dan membentak, "Diamlah!"

Related Books

Popular novel hashtag