Belum sempat Zhao menjawab, tangan Tang Mengying sudah datang kepadanya. Zhao menutup matanya dan menjerit.
Tang mengying tersenyum lembut. Suaranya berbisik dengan jelas. "Hei, kau takut? Kenapa kau tolak sesuatu yang seronok seperti ini? Kita berdua dah dewasa. Bukankah kau juga berseronok tadi?"
Sebentar tadi memang dia berseronok… Tetapi selepas melihat wajah perempuan itu, nafsunya serta-merta hilang.
Tang mengying dapat merasakan penolakan Zhao lalu ketawa kecil, tetapi matanya berubah dingin. "Disebabkan kau tak mahu, aku terpaksa…"
Zhao kelihatan seperti memahami perkara yang perlu dilakukannya. Dia memusingkan tubuh Tang Mengying dan menanggalkan pakaian perempuan itu sambil menutup mata. Tang Mengying menikmati perkara itu.
Zhao berasa seperti mahu menangis. Sungguh memalukan. Dia dirogol oleh seorang perempuan. Tetapi jika tidak melihat wajahnya, badan Tang Mengying masih mantap. Selepas mereka selesai, Zhao menyalakan rokok. Buat pertama kalinya dia merasakan tubuh seorang perempuan amat menarik. Paip air di tab mandi itu dibiarkan terbuka dan air melimpah keluar.
Tang Mengying yang berada di atas Zhao tiba-tiba ketawa kecil, kemudian menekan bahu Zhao ke dalam air. Zhao menyangka Tang Mengying bergurau dan tidak ambil peduli.
Walau bagaimanapun, tiba-tiba Tang Mengying menekan wajahnya ke dasar tab mandi itu dan Zhao dapat merasakan sesuatu yang buruk. Zhao terus bergelut untuk bangun sebelum merasakan kesakitan pada lehernya. Dalam sekelip mata, kesakitan yang bermula di lehernya itu menjalar ke seluruh tubuhnya. Zhao bergelut dengan kuat dan kesakitannya semakin bertambah.
Tang Mengying melihat buih-buih yang naik dengan gembira dan ketawa kecil. Air yang bercampur darah membanjiri seluruh tab mandi dan bilik air itu. Malah tubuh Tang Mengying turut terkena percikan darah.
Pergelutan Zhao semakin lemah. Akhirnya dia terbaring di dalam tab mandi itu dengan wajah yang penuh ketakutan terhadap perempuan yang berada di atasnya.
"Bagus." Tang Mengying mencium Zhao dengan lembut. "Hari jadi kau sama seperti Li Sicheng. Kalau tak, kau ingat kau akan dapat lakukan seks dengan aku? Kau dah nikmati tubuh aku, jadi sekarang kau boleh pergi ke neraka."
Tang Mengying bangun lalu mandi. Selepas mengeringkan rambut dan memakai pakaiannya, dia keluar dari bilik itu dengan tenang, kemudian turun dan menahan teksi. Si cantik yang seksi dan hangat ini terus hilang ke dalam kepekatan malam.
*****
Hari ini ialah hari jadi pasangan kembar itu. Rumah lama keluarga Li telah sibuk dengan persiapan untuk menyambutnya sejak awal pagi. Kapten Li tahu dia sudah tidak banyak masa lagi, jadi dia mahu melakukan segalanya yang termampu untuk anak-anak, cucu dan cicitnya. Ketika memilih makanan untuk Dasu dan Ersu, dia teringat Dasu suka keju manakala Ersu suka strawberi, jadi Kapten Li menggabungkannya dan menempah kek keju strawberi.
Jam menunjukkan pukul dua petang ketika kapal terbang mereka mendarat di China. Kanak-kanak bertiga itu telah tidur sewaktu penerbangan dan sekarang mereka amat bertenaga. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, mereka bersorak dan menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Pengawal-pengawal peribadi mereka membawa semua bagasi manakala Qin Shuhua dan Li Xiao membawa cucu-cucu mereka.