Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 755 - Mari Berbual Lebih Mendalam Malam Ini

Chapter 755 - Mari Berbual Lebih Mendalam Malam Ini

Lu Yihan terkaku di tempatnya buat beberapa ketika seakan ketakutan. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia berdiri di situ. Dia tunduk dan melihat debu rokoknya sudah jatuh ke atas karpet. Jari-jemarinya sudah hampir terbakar. Selepas seketika, dia tiba-tiba mendengus dengan marah. Dia berlalu ke bilik air dengan perasaan jengkel, kemudian mencampakkan sisa puntung rokoknya ke dalam mangkuk tandas sebelum menarik pam. Air pam mencurah keluar dan menghilangkan sisa puntung rokok itu. Lu Yihan berasa sedikit lega seakan perkara yang buruk telah ditarik pergi. Namun sebaik teringat kembali perbuatan Luo Zhan tadi, dia menggaru kepalanya dengan kuat dan menjerit, "Bodoh! Apa yang dia buat?!"

-

Majlis perkahwinan yang sensasi, popular dan menjadi impian semua itu telah menjadi berita besar di seluruh negara. Berita, internet, skrin besar di pelbagai pusat membeli-belah, skrin kecil di dalam bus dan kereta api semuanya menayangkan berita tentang majlis perkahwinan Su Qianci dan Li Sicheng. Popularitinya sudah hampir sama seakan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Satu susuk tubuh yang langsing dan tinggi berdiri di belakang kaunter bar sambil membuat koktel. Perempuan yang memakai skirt ekor ikan berlabuci itu kelihatan seksi dan menggoda. Wajahnya dilindungi dengan topeng yang cantik dan hanya menunjukkan bibirnya yang kecil seperti buah ceri dan mata besar yang cantik. Pelanggan-pelanggan yang datang ke bar itu memandang perempuan tersebut dengan bernafsu. Perempuan cantik itu membuat koktel sambil tersenyum. Bibirnya yang seksi bersama gincu yang menyerlah amat menawan. Dia amat menyukai perhatian yang diterimanya. Tang Mengying mengenyitkan mata dan mengangkat sebelah keningnya. "Siapa pesan passionate desert?"

"Saya." Seorang lelaki yang muda dan kacak menghulurkan tangannya untuk mengambil koktel itu.

Walau bagaimanapun, dia sengaja menyentuh lengan Tang Mengying yang terbuka dan mengusapnya perlahan. Kemudian dia berbisik, "Malam ini kamu ada temu janji?"

Tempat ini ialah bar topeng terkenal di bandar ini. Tarikannya adalah kejutan.

Pelayan bar sentiasa datang dan pergi dari bar ini, tetapi setiap daripada mereka telah dilatih dengan baik. Mereka membawa keuntungan menggunakan kecantikan dan kemahiran mengendalikan bar. Di hadapan orang ramai, mereka ialah pelayan bar. Tetapi sebenarnya sering berlaku perjanjian sampingan antara mereka dan pelanggan.

Perempuan cantik itu menolak tangan lelaki tersebut dan berkata perlahan, "Hentikan, saya masih bekerja."

Lelaki muda itu tersengih dan duduk di hadapannya. "Semangat saya seakan pencuci mulut. 'Passionate desert' ini untuk kamu."

Perempuan cantik itu ketawa. "Betul?"

"Dah tentu." Lelaki itu tersenyum dengan wajah yang cuba memikat. "Mari kita berbual lebih mendalam malam ini, supaya kamu lebih tahu tentang semangat saya?"

"Itu bergantung kepada sama ada bos akan benarkan saya pergi," kata perempuan cantik itu dengan nada kecewa.

Lelaki muda itu ketawa kecil dan menjerit, "Gao Tua!"

Gao ialah pemilik bar ini dan mengenali ramai orang. Sebaik sahaja ternampak lelaki muda itu, riak wajahnya terus bertukar. Dia tersenyum dan mendekati mereka. "Tuan Muda Zhao, ada apa?"

"Si cantik ini, saya mahu bawa dia keluar malam ini. Boleh?"

Guo tersenyum faham sebaik mendengar permintaan itu. "Dah tentu. Guo, apa kata kamu ucapkan terima kasih kepada Tuan Muda Zhao?"

Perempuan cantik itu mengangguk. Terima kasih, Tuan Muda Zhao."

"Apa nama kamu?"

"Guo Xiaomei." (Nota penterjemah: Xiaomei bermaksud agak cantik.)

"Itu terlalu merendah diri. Si cantik seperti kamu sepatutnya 'terlalu cantik' atau 'paling cantik'. Mari pergi, Cik Guo."