Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 747 - Aku Bahagia Kamu Milikku dan akan Kekal Bersamaku

Chapter 747 - Aku Bahagia Kamu Milikku dan akan Kekal Bersamaku

Kamu sukakannya?

Su Qianci ketawa mendengar soalan itu dan matanya bertukar kemerahan.

Kamu sukakannya?

Siapa yang tidak akan suka dengan semua ini? Mana mungkin ada sesiapa tidak menyukai hari jadi seperti ini? Su Qianci tidak menjawab sebaliknya terus memeluk suaminya itu.

Li Sicheng terkejut tetapi badannya tetap tegak seperti gunung . Dia memeluk kembali isterinya dengan sebelah tangannya dan tunduk memandangnya sambil tersenyum.

Su Qianci mengangkat kepalanya kemudian menumbuk perlahan dada suaminya. Dia menutup mata dan membiarkan air matanya jatuh ke pipi. "Kamu jahat!"

Li Sicheng tidak menghalang dan membiarkan sahaja Su Qianci memukulnya tanpa berkata apa-apa.

Su Qianci menumbuk berkali-kali sambil air matanya mengalir semakin laju. Akhirnya dia membenamkan wajahnya pada dada suaminya itu dan menangis dengan kuat. "Saya ingat kamu curang kepada saya. Saya takut separuh mati!"

Li Sicheng tersenyum dan berkata perlahan, "Kamu tak ada keyakinan diri. Mana ada sesiapa yang lebih baik daripada kamu?"

Su Qianci menangis semakin kuat seperti kanak-kanak sambil memeluk Li Sicheng dengan kedua-dua belah tangannya. Dia memukul belakang suaminya dan berkata, "Kenapa kamu tipu saya? Saya sangat takut. Kamu bersubahat dengan Yihan. Kamu tahu saya percayakan dia. Kamu… jahat!"

Li Sicheng menyapu air mata isterinya itu dengan simpati tetapi tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Dia berbisik, "Jangan menangis."

"Kamu penipu!"

"Ya, saya penipu," bisik Li Sicheng sambil menyapu air mata isterinya. "Jangan menangis, okey? Kamu perlu jadi pengantin nanti. Macam mana kalau kamu jadi hodoh disebabkan menangis?"

Su Qianci berasa amat takut mendengar kata-kata itu lalu terus menangis dan memandang suaminya dengan terkebil-kebil.

Li Sicheng memandang Su Qianci dengan pandangan mendalam dan tersenyum lembut. Dahinya dilekapkan pada dahi isterinya itu dan dia mencium bibirnya. "Jangan menangis lagi."

Su Qianci tersedu-sedu dan hatinya dipenuhi kemarahan. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana moodnya sejak beberapa hari lalu… Ia lebih teruk daripada ketika Li Sicheng belum kembali. Dia menyangka suaminya sudah tidak mahukannya. Dia benar-benar menyangka suaminya telah curang kepadanya! Memikirkan perkara itu, Su Qianci berasa perit dan kembali menangis. 

Dahi Li Sicheng berkerut melihat isterinya menangis. Dia memegang isterinya itu lalu mencium bibirnya. Ciuman tiba-tiba itu membuatkan tangisan Su Qianci terhenti. Ciuman ringan itu menjadi semakin hangat. Tangan Li Sicheng naik perlahan ke bahu Su Qianci dan mengambil gaun perkahwinan itu dari tangan isterinya dengan lembut. 

Su Qianci memberi kerjasama dan mereka berciuman dengan hangat. Di bawah sinaran cahaya putih yang cantik dan dikelilingi rama-rama berwarna-warni itu, mereka kelihatan seperti berada di alam mimpi. Tiba-tiba kedengaran sorakan dan siulan di sekeliling mereka. Su Qianci terkejut lalu terus menolak suaminya.

Senyuman Li Sicheng melebar. Li Sicheng melambaikan tangannya dan tiba-tiba keadaan sekeliling terus bertukar dengan mereka berada di tengah-tengah. Beberapa orang wanita datang ke sebelah Su Qianci. Su Qianci terus mengenali mereka sekali imbas. Salah seorang daripada mereka ialah Cheng You.

Di belakang Cheng You pula… bukankah itu Sunny yang membantu gayanya sewaktu di Maldives? Cahaya di sekeliling tempat itu serta-merta berubah serta muzik mula kedengaran dan semakin kuat. Lagu yang dipasang ialah lagu paling klasik, 'Aku Mencintaimu'.

Aku di sini untukmu

Tiada apa lagi yang perlu dikatakan

Aku bahagia kamu milikku dan akan kekal bersamaku

Aku mencintaimu

...

Tiada apa lagi yang perlu dikatakan

Aku bahagia kamu milikku dan akan kekal bersamaku

Aku mencintaimu

Related Books

Popular novel hashtag