Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 740 - Tertangkap di Atas Katil

Chapter 740 - Tertangkap di Atas Katil

"Okey, jadi macam itulah ya." Kak Qin memegang tangan Yu Lili dengan gembira. "Lili, kamu ada teman lelaki? Kamu sangat cantik dan baik, pasti ramai yang kejar kamu, kan?"

Yu Lili tersenyum dan berada sedikit janggal. "Tak ada… saya tak ramai kawan dan tak ada teman lelaki."

"Ada sesiapa yang kamu suka?"

Yu Lili terus terbayangkan wajah Ou Ming. Matanya menjadi suram dan dia menggeleng perlahan. "Belum ada."

"Baguslah. Anak Akak pelajar sarjana. Umur dia lebih kurang umur kamu dan dia dah nak habis belajar. Bila dia balik nanti, Akak akan kenalkan kamu berdua."

Kesungguhan Kak Qin agak menakutkannya lalu Yu Lili berkata, "Saya risau anak Akak akan rasa saya bukan orang yang sesuai untuk dia. Kita bercakap tentang itu lain kali ya…"

Melihat wajah malu-malu Yu Lili, Kak Qin semakin menyukainya. Kak Qin ketawa dan tidak mengusiknya lagi.

Yu Lili menarik nafas lega. Fikirannya terus melayang. Dia tertanya-tanya bagaimana keadaan Ou Ming sekarang dan teringat perkara yang telah berlaku…

*****

Di Lapangan Terbang Dublin, Ou Ming sedang berjalan keluar dari lapangan terbang itu ketika dia melihat beberapa susuk tubuh yang dikenalinya. Itu Su Qianci dan anak-anaknya! Suhu di Dublin pada hari ini agak rendah iaitu hanya 10 dan mereka semua berpakaian agak terlalu nipis. Ou Ming menghentikan langkahnya dan tidak berani untuk mendekati mereka. Dia mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar. Selepas menghantar gambar itu kepada Li Sicheng, dia menaip: Isteri dan anak-anak kamu ada di sini. Kamu suruh mereka datang? 

Ou Ming memerhatikan mereka masuk ke kedai pakaian kanak-kanak, kemudian membawa bagasinya dan berjalan dengan berhati-hati sambil mengelak dilihat oleh Su Qianci.

Ketika sedang memilih pakaian untuk anak-anaknya, Su Qianci mengeluarkan telefon untuk menghubungi suaminya. Walau bagaimanapun, dia tiba-tiba berubah fikiran dan menelefon Lu Yihan.

Suara Lu Yihan kedengaran seperti baru terjaga dari tidur. "Qianqian?"

"Saya dah ada di Dublin, baru saja tiba di lapangan terbang. Sekarang kami ada di kedai pakaian kanak-kanak dalam lapangan terbang ini.

Lu Yihan agak terkejut dan melompat turun dari katilnya. "Bukankah kamu kata kamu tak akan datang?"

"Saya ubah fikiran. Kenapa? Kamu tak mahu jemput kami?" gurau Su Qianci. "Tolong tempahkan hotel untuk saya, yang kamu cakap bilik sebelah Li Sicheng."

"Em… Hotel yang dia duduk sekarang dah penuh. Apa kata kamu datang ke hotel yang saya duduk?"

"Macam mana kamu tahu hotel dia dah penuh? Kamu tak tahu saya nak datang, kan?" Su Qianci berasa sedikit pelik lalu bertanya.

"Em… saya baru hantar seorang pelanggan ke sana dan mereka dapat bilik terakhir. Tambahan pula suami kamu duduk di suite VIP, satu-satunya bilik di tingkat teratas," jawab Lu Yihan sebelum bertanya, "Di mana kamu sekarang?"

"Lapangan terbang."

"Okey, kejap lagi saya sampai."

Sementara menunggu Lu Yihan, Su Qianci membawa anak-anaknya makan di restoran lapangan terbang. Sebaik mereka selesai makan, Lu Yihan tiba di pintu hadapan lapangan terbang.

Mereka keluar dan mendapati Lu Yihan dengan baiknya telah menyewa kereta yang mesra kanak-kanak. Kesemua mereka duduk di belakang dan Lu Yihan segera menguruskan penempatan mereka di hotel yang didudukinya.

Selepas menguruskan anak-anaknya, Su Qianci bertanya kepada Lu Yihan nama hotel yang diduduki suaminya. Riak wajah Lu Yihan agak mencurigakan ketika dia berkata, "Masih terlalu awal. Bukankah lebih baik pergi lewat sedikit? Mungkin kamu boleh tangkap mereka secara terang-terangan. Bukankah itu lebih menyeronokkan?"