Adakah dia patut menghalau Luo Zhan? Hati Lu Yihan kacau-bilau. Patutlah… patutlah Luo Zhan kelihatan dahagakan kekasih tetapi tidak pernah mempunyai teman wanita. Tidak hairanlah Luo Zhan memandangnya dengan agak aneh. Patutlah…
Lu Yihan merasakan dia sudah berjaya merungkai kesemuanya, tetapi pada masa yang sama berasa pening.
Apa semua ini?
Seorang sahabat baik yang telah tinggal bersamanya lebih tiga tahun, kini menciumnya secara curi-curi? Dalam kes ini, ia tidak boleh dianggap 'tidak sengaja', bukan? Lu Yihan mengetuk kepalanya dengan rasa jengkel. Akhirnya dia melepaskan keluhan berat lalu mengemas pakaiannya ke dalam beg dan keluar dari rumah itu.
Luo Zhan mendengar pintu rumah ditutup. Dia bersandar pada pintu biliknya dengan perasaan buntu. Nampaknya dirinya sudah ditolak…
*****
Su Qianci membawa bersamanya tiga orang pengawal peribadi iaitu Shuang Yu, Cheng dan De.
Apabila mereka tiba di Maldives, ketiga-tiga orang kanak-kanak itu agak mengantuk dan menjadi kurang berminat. Su Qianci mendaftar masuk ke hotel dan mengambil sebuah bilik kelamin untuk anak-anaknya duduk bersama Shuang Yu. Cheng dan De berkongsi sebuah bilik yang lain. Disebabkan anak-anaknya mengantuk, Su Qianci membiarkan mereka tidur sebentar sementara dia pergi ke biliknya sendiri untuk menelefon Li Sicheng.
Namun panggilan itu tidak dijawab. Malah suara mekanikal perempuan itu memberitahunya telefon Li Sicheng sedang dimatikan. Su Qianci mengerutkan dahinya dengan rasa kecewa. Li Sicheng mematikan telefon?! Adakah suaminya itu sudah berada di dalam kapal terbang? Adakah lelaki itu benar-benar marah?
Tiba-tiba Su Qianci berasa agak menyesal. Sepatutnya dia mengikut suaminya pagi tadi dan menyuruhnya menangguhkan kerja itu atau mengikut suaminya ke sana. Atau… dia tidak patut menolak permintaan suaminya pagi tadi. Jika begitu pasti dia tidak akan serisau ini. Selepas cuba menelefon beberapa kali lagi dan memastikan telefon itu benar-benar dimatikan, Su Qianci berhenti menelefon dan anginnya berubah menjadi sangat teruk.
Budak-budak itu sehingga jam empat petang. Selepas mengejutkan mereka dan membantu mereka menyalin pakaian, pengawal-pengawal peribadi itu membawa mereka untuk bermain. Su Qianci kurang berminat. Dia masih memegang telefon bimbitnya dan menanti panggilan Li Sicheng. Walau bagaimanapun, Li Sicheng langsung tidak menghubunginya, sebaliknya seseorang yang tidak dijangka menghantar mesej.
[Lu Yihan]: Kamu pergi ke mana?
[Su Qianci]: Maldives
[Lu Yihan]: Saya nampak Li Sicheng di lapangan terbang tapi tak nampak kamu. Kamu tak bersama?
Su Qianci semakin tertekan sebaik membaca mesej itu. Dia membalas: Dia pergi ke trip perniagaan, bukan dengan saya.
[Lu Yihan]: [Gambar]
Su Qianci membuka gambar itu. Kelihatan Li Sicheng sedang memeluk seorang wanita berambut kuning yang cantik.
Mata Su Qianci terbeliak sebaik melihat gambar itu. Dia berdiri mendadak dan kerisauan serta tekanan yang dirasakannya tadi berubah menjadi kemarahan.
[Su Qianci]: Apa maksudnya ni? Apa yang dia sedang lakukan?
[Lu Yihan]: Dia sambut tetamu yang tiba dari jauh. Sekarang mereka dan tinggalkan lapangan terbang.
Su Qianci berasa serabut. Dia menutup aplikasi mesej itu dan menelefon Li Sicheng lagi. Masih dimatikan!
Apa yang berlaku? Kenapa jadi begini? Li Sicheng telah menipunya? Tapi kenapa?
Su Qianci merasakan seolah-olah hatinya dihempas batu besar yang menghalangnya bernafas.
[Su Qianci]: Apa yang kamu buat di lapangan terbang?
[Lu Yihan]: Saya akan ke Ireland untuk urusan kerja
Ireland… Dahulu Li Sicheng mengatakan akan mempersiapkan majlis perkahwinan besar-besaran untuknya di Ireland. Tapi… sejak kembali, Li Sicheng tidak pernah menyebut tentangnya.