Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 715 - Kamu Pun Suka, Kan?

Chapter 715 - Kamu Pun Suka, Kan?

Wajah Su Qianci sedikit kemerahan sebaik mendengar kata-kata suaminya. Di hadapannya sekarang, mata Li Sicheng yang gelap seakan sebuah galaksi yang cantik dan dapat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Su Qianci menjengketkan kakinya dan mencium bibir Li Sicheng seperti yang selalu dilakukan suaminya itu kepadanya, dengan lembut… Su Qianci berasa sedikit kecewa apabila Li Sicheng tidak bergerak. Tetapi kemudian dia menyedari pandangan mengusik suaminya.

Dia berasa jengkel lalu menurunkan kakinya, tetapi tiba-tiba pinggangnya dipeluk. Mata Li Sicheng bersinar dan seakan tersenyum. Li Sicheng berkata dengan perlahan dan lembut, "Teruskan." Su Qianci tidak mahu lalu memuncungkan bibirnya dan berpaling ke arah lain. "Hari ni hari jadi saya, Puan Li," kata Li Sicheng sambil tersenyum. Dia mencium pipi isterinya dan berkata, "Teruskan."

Pipi Su Qianci kemerahan dan dia berbisik, "Jom masuk bilik." Senyuman Li Sicheng semakin lebar dan dia mendukung Su Qianci lalu berjalan ke pintu rumah. "Turunkan saya dulu. Anak-anak tak boleh tengok kita macam ni." 

"Tak ada apa-apa yang salah di sini. Bukankah normal Papa dukung Mama?" Li Sicheng berbisik ke telinga Su Qianci. "Budak-budak itu tahu Papa patut dukung Mama. Mereka masih suci."

Adakah Li Sicheng memaksudkan fikiran Su Qianci tidak suci? Wajah Su Qianci bertambah merah. Dia merenung tajam suaminya dan bergelut untuk turun. Namun Li Sicheng memegangnya lebih erat dan berbisik, "Jangan bergerak, kalau tak saya mungkin tak dapat tahan diri."

Su Qianci terkedu. Wajahnya kemerahan dan dia menundukkan kepalanya. "Jahat!"

Suara Li Sicheng lembut dan perlahan serta mempunyai tarikan yang sukar dijelaskan. Dia berjalan lebih pantas dan berbisk, "Saya memang sentiasa macam ni. Kamu pun suka, kan?"

Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Anak-anak mereka dan Atuk sudah dihantar masuk tidur. Hanya ibu bapa Li Sicheng yang masih ada di ruang tamu dan sedang menonton TV. Sebaik melihat anak mereka mendukung Su Qianci, mereka saling berpandangan lalu tersenyum.

Wajah Su Qianci menjadi sangat merah seakan terbakar. Dia membenamkan wajahnya pada dada suaminya lalu memukulnya dan menggesa, "Cepat!" Li Sicheng hanya tersenyum dan berjalan ke bilik tidur dengan selamba.

Su Qianci membuka pintu bilik mereka. Li Sicheng berjalan masuk sambil menutup pintu. Su Qianci tidak sempat mengunci pintu itu apabila Li Sicheng terus membawanya ke dalam bilik. Di atas katil mereka kelihatan bunga-bunga ros bertaburan. Li Sicheng ketawa kecil lalu meletakkan Su Qianci ke atas katil dan berbisik, "Saya tak sangka kamu boleh jadi seromantik ini."

Su Qianci memandang suaminya dengan pipi yang kemerahan dan tangannya masih memeluk leher Li Sicheng. Dia berbisik, "Waktu di Maldives, kamu yang letak bunga-bunga ros di atas katil waktu kita baru sampai?" Perkara itu berlaku lima tahun lalu, ketika Atuk memaksanya untuk ke Maldives bersama Li Sicheng. Waktu mereka baru tiba, Su Qianci melihat katil itu dipenuhi bunga ros. Ia sangat banyak dan cantik. Bunga ros jenis itu sangat mahal dan mustahil untuk disediakan oleh pihak hotel. Su Qianci hanya menyedari perkara itu beberapa hari lepas. Sebaik mendengar pertanyaan itu, Li Sicheng hanya ketawa kecil tanpa menjawab. Kemudian dia mengangkat Su Qianci lalu mencium bibir isterinya dengan penuh perasaan.