Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 683 - Li Sicheng, Aku Dah Kembali

Chapter 683 - Li Sicheng, Aku Dah Kembali

"Heh…" Wanita itu ketawa sinis dan mendekati pemilik restorang itu. Kakinya yang panjang kelihatan seksi dan suaranya kedengaran merdu. Walau bagaimanapun, wajahnya ialah satu mimpi ngeri.

Pemilik itu menjerit dan berundur. Dia mahu bangun, tetapi wanita itu tiba-tiba menerkamnya.

Goom!

Bunyi guruh yang kuat berdentum di telinga mereka.

"Bukankah kau mahukan aku? Kenapa kau lari sekarang? Aku boleh lakukannya dan aku juga sangat bersih," kata wanita itu dengan suara yang lembut sambil menyentuh lelaki di hadapannya. Suara wanita itu sangat lembut dan merdu. Tidak sukar untuk meneka wanita itu seorang wanita yang cantik sebelum wajahnya rosak.

Di bawah cahaya kilat dan lampu jalan itu, lelaki itu dapat melihat wajah wanita tersebut dengan lebih jelas. Dia terkejut dan berkata, "Kau… Tang itu?"

Tang Mengying ketawa. "Bagus juga daya ingatan kau."

Bau yang tidak menyenangkan di lorong itu mula membuatkan lelaki tersebut hampir muntah. Tang Mengying tahu niat sebenar lelaki itu. Pisau yang disembunyikan di lengannya dikeluarkan lalu menoreh leher lelaki itu. Darah merah terus tersembur. Kesakitan yang dirasakan lelaki itu membuatkan matanya terbeliak. Dia bergelut dengan kedua-dua tangannya untuk menangkap wanita itu, tetapi wanita itu berjaya mengelak.

Tang Mengying memijak pisau itu dan membuatkannya tertusuk lebih dalam. Lelaki pemilik restoran itu menggelupur sebanyak dua kali sebelum akhirnya kaku. Matanya terbeliak ke arah langit yang dipenuhi awan gelap. 

Tang Mengying menyukai proses itu. Dia memeluk kepala lelaki itu lalu mencium dahinya sebelum berbisik, "Rehat dengan tenang."

Dia menyeluk poket lelaki itu dan menemui dompet, segugus kunci dan beberapa bil serta resit. Kemudian dia mengambil kembali pisau yang menusuk leher lelaki itu. Darah merah bersemburan ke tubuhnya.

Pisau itu berlumuran darah yang banyak. Selepas mengelap darah tersebut pada baju lelaki itu, dia membawa pisau itu bersamanya. Kemudian dia berdiri lalu menarik kaki lelaki itu dan menyembunyikan mayat tersebut di belakang tong sampah.

Selepas menyelesaikan kerja tersebut, Tang Mengying berjalan keluar dari lorong itu dan masuk ke restoran menggunakan kunci yang diambilnya. Selepas mengunci restoran itu dari dalam, dia masuk ke dalam sebuah bilik khas. Kelihatan beberapa pasang pakaian lelaki separuh usia di situ dan semuanya bersaiz besar.

Tang Mengying mandi menggunakan air hangat dan membasuh rambutnya yang kusut-masai dengan berhati-hati. Selesai mandi dan mengeringkan badannya, dia memakai salah satu pakaian di situ. Baju putih bersama seluar hitam. Kesemuanya bersaiz besar, tetapi dia bernasib baik kerana menjumpai tali pinggang. Selepas siap berpakaian, Tang Mengying pergi ke mesin kaunter lalu mengambil kesemua wang di dalamnya. Jumlah wang tersebut melebihi dua ribu, cukup untuk dia kembali ke Kingstown. Selepas itu, dia akan menamatkan semuanya.

Tang Mengying menemui satu topeng untuk melindungi wajahnya kemudian mengambil topi chef di dapur sebelum mengambil payung dan keluar dari restoran itu. Dia menyarung kasut tumit tingginya dan meninggalkan restorang itu tanpa tergesa-gesa. Hujan turun semakin lebat. Darah yang bersemburan di atas tanah itu dibawa pergi oleh air hujan dan menghilangkan segala kesan. 

Tang Mengying berjalan jauh dari tempat itu. Pada tengah malam di kampung kecil itu, tiada sesiapa menyedari perkara yang telah berlaku. Di kegelapan malam dan di bawah hujan yang lebat itu, kedengaran satu suara berbisik perlahan.

"Li Sicheng, aku dah kembali."

Kau dah bersedia?