Li Sicheng merenung ke arah Su Qianci dan membetulkan bajunya. Wajahnya sungguh dingin sehingga Su Qianci tidak menyedari sesuatu sedang menegak. Sebaik sahaja lelaki itu dia duduk, barulah Su Qianci ternampak bonjolan pada seluarnya. Pipi Su Qianci sekali lagi bertukar merah. Dia berdiri lalu meletakkan telefon bimbit di atas sofa dan berundur menjauhi Li Sicheng. "Saya tidak akan dan tidak pernah melakukannya."
'Dia sedang menjauhkan diri. Adakah dia takut disentuh oleh aku?' Li Sicheng menyedari kelakuan Su Qianci dan berasa agak kecewa. Dia terus mendekatinya dan menarik lengan perempuan itu. Su Qianci memandang ke arah lain, kelihatan cuba mengelak daripada mata mereka bertembung. Li Sicheng merenung Su Qianci seolah-olah bertanya: Jika kau tidak lakukannya, mengapa kau begitu takut dengan aku?
Namun, sebelum sempat Su Qianci berkata apa-apa, Li Sicheng melepaskan lengannya dan berkata, "Kotor betul," sebelum terus berjalan naik ke tingkat atas. Su Qianci berasa seperti seseorang telah menusuk sebilah pisau ke dalam hatinya. 'Kotor? Dia kata saya kotor? Tapi saya tak buat apa-apa pun.'
Su Qianci pulang ke biliknya dengan fikiran bercelaru. Dia melihat wajah kecewanya dalam cermin dan menggenggam tangannya. Li Sicheng sentiasa menghakimi dan menghina dirinya dengan cara yang paling tidak berhati perut. Selesai mandi dan berpakaian, dia mengambil kontrak yang kelihatan cop firma guaman Sheng Ximing.
Masanya telah tiba untuk melaksanakan rancangan ini.
Pada masa yang sama, Li Sicheng yang berada di dalam biliknya termenung sendiri. Dia tidak pernah hilang kawalan seperti hari ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak pernah meniduri mana-mana wanita lain. Jika Tang Mengying berbogel di hadapannya sekalipun, dia tidak akan berasa apa-apa. Mengapa tiba-tiba dia menjadi amat bernafsu kepada Su Qianci? Satu suara dalam dirinya menjerit setiap masa: Lakukannya!
Namun, apabila teringat gambar menjijikkan yang dia terima tadi, Li Sicheng tidak dapat meneruskan niatnya. Sungguh kotor! Li Sicheng berasa amat jijik sebaik memikirkan perempuan itu mungkin telah berasmara dengan lelaki lain. Dia membuka pakaiannya dan melangkah ke bilik air untuk mandi. Setelah fikirannya lebih tenang sedikit, dia keluar dari bilik air itu.
Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat satu susuk tubuh ramping sedang duduk di atas katilnya. Apabila cahaya menyinari wajah perempuan itu, dia kelihatan amat mempesonakan. Su Qianci menyedari bunyi bilik air dibuka dan memandang ke arahnya. Matanya sedikit sembab kerana telah menangis. Akan tetapi, renungan Su Qianci telah mencetuskan semula rasa ghairah yang telah sedaya upaya ditahannya. Li Sicheng menahan dirinya daripada menunjukkan sebarang reaksi dan menggenggam tangannya. Urat biru timbul di wajahnya, membuatkan dia kelihatan agak menakutkan.
Jantung Su Qianci berdegup laju sebaik melihat Li Sicheng, dan dia terasa mahu berhenti daripada meneruskan niatnya. Perasaan yang sama lagi.
Tetapi lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan diri daripada melakukan sesuatu. 'Adakah dia sedang cuba menahan diri daripada memukul saya?' fikir Su Qianci.
Li Sicheng hanya memakai tuala di sekeliling pinggangnya. Tubuh badannya yang tegap masih basah dan dia berjalan perlahan-lahan ke arah Su Qianci. Walaupun dia tahu Li Sicheng seorang lelaki yang berpelajaran dan tidak akan memukul seorang wanita, Su Qianci tidak mampu menahan dirinya daripada berundur. Kemudian dia cepat-cepat berkata, "Encik Li, saya rasa kita perlu berbincang."