Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 664 - Percutian Keluarga

Chapter 664 - Percutian Keluarga

Li Sicheng segera masuk ke bilik air yang tidak jauh daripadanya lalu menutup pintu. Su Qianci pula terkedu melihat anak perempuannya. 

Kepala dan sebelah tangan Li Jianyue terkeluar dari leher baju manakala sebelah lagi tangannya berada dalam lengan baju yang salah. Li Jianyue memandang ibunya dengan mata yang bergenang. Dia tidak menyedari ayahnya turut berada di situ tadi. Bibirnya dimuncungkan dan dia merungut, "Susahnya nak pakai baju."

Su Qianci membongkok dan mengangkat tangan anaknya ke atas. Dia membantu Li Jianyue memakai kembali baju itu dengan berhati-hati sambil tangannya menutup zip yang ada supaya tidak terkena kulit anaknya itu. "Angkat tangan, di sini, kanan, dalam ni…"

Selepas mengajarkan cara untuk menanggalkan baju itu, Su Qianci memakaikannya kembali kepada Li Jianyue dengan betul. Selepas selesai, dia mengetuk hidung anaknya lembut dan mendukungnya. "Mari Mama bawa kamu tidur."

"Oh." Li Jianyue selesai memakai baju tidurnya tetapi masih muram. Dia bertanya, "Mana Papa?"

"Papa dalam bilik air. Ersu, jadi budak baik dan pergi tidur. Esok Papa bawa kita jalan-jalan, okey?"

"Seronoknya!" Li Jianyue kembali gembira dan membiarkan Su Qianci membawanya ke dalam bilik.

Li Jianqian dan Li Mosen sedang duduk di atas karpet sambil bermain susun suai kata. Su Qianci meletakkan Li Jianyue ke atas katil yang digunakan mereka sebagai meja. Li Jianyue kelihatan gembira menonton kedua-dua budak lelaki itu bermain. Su Qianci melihat jam dan mendapati sudah pukul 8.39 malam. Dia duduk di atas katil di sebelah anak-anaknya dan menunggu sehingga jam 9 malam. Kemudian dia mengambil susun suai kata itu lalu meletakkannya ke atas almari yang tinggi. "Sekarang tidur, kamu semua. Esok bangun awal, kita akan keluar bersama-sama."

"Seronoknya!" sorak Li Jianyue. "Ke mana kita akan pergi?"

"Kita tunggu Papa bawa ke mana, okey? Tidur sekarang dan bangun pukul 6 ya," kata Su Qianci.

"Baik!" Li Mosen menjawab.

Li Jianqian tidak berkata apa-apa, tetapi mata hitam bersinarnya menunjukkan keterujaannya.

Su Qianci merasa bahagia. Dia menutup lampu bilik itu. "Selamat malam."

"Selamat malam Mama."

"Selamat malam Auntie."

"Selamat malam."

Su Qianci menutup pintu. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Dia berjalan ke biliknya sambil teringat kerakusan Li Sicheng tadi. Wajahnya bertukar kemerahan. Dia menarik nafasnya dengan dalam dan memulas tombol pintu.

Di dalam bilik, lampu telah ditutup manakala pendingin hawa dipasang. Su Qianci menutup pintu dan menguncinya. Bilik itu gelap gelita, malah langsir juga sudah turut diturunkan. Dia tidak dapat melihat apa-apa. Su Qianci menanggalkan selipar lalu naik ke atas katil dan berbisik, "Sayang?" Suaranya amat perlahan seolah-olah dia seorang pencuri.

Tiada jawapan. Ketika Su Qianci baru sahaja duduk, tiba-tiba dia terus diterkam.

Sepasang tangan yang besar menggeletek pinggangnya dan membuatkan Su Qianci ketawa. "Haha… mana boleh geleteh… Umph…" Bibirnya tiba-tiba dikucup rakus dan Su Qianci berasa sesak nafas. Ciuman itu sangat liar dan membara. Sudah empat tahun. Selama empat tahun, Li Sicheng telah hidup umpama seorang sami dengan kesabaran dan ketahanan diri yang amat tinggi.

Biar Mama Tidur, Dia Letih

Li Sicheng sendiri terkejut dengan kerakusannya. Sudah empat tahun dia tidak merasai semua ini. Setiap kali teringat Su Qianci, dia hampir tidak mampu mengawal dirinya.

Rindu, teramat rindu!

Dia merindui wajah, senyuman, mood dan… tubuh isterinya. Bibirnya terus bergerak ke bawah dan mengucup leher Su Qianci. Pergerakannya lembut dan ganas pada masa yang sama dengan nafsu yang membuak-buak.

Lengannya yang kuat memeluk pinggang Su Qianci. Dia berasa seakan hampir gila. Dia mula menanggalkan pakaian isterinya lalu mengucup tubuh yang putih dan lembut itu.

Su Qianci memeluk suaminya sambil menggeletar dan tercungap-cungap. Kesakitan dapat dirasakan dan membuatkan dia memeluk leher Li Sicheng. "Perlahan-lahan…"

"Saya rindu kamu." Li Sicheng mencium telinga isterinya sambil tangannya terus bergerak ke seluruh tubuh Su Qianci. Dia menjarakkan kedua-dua paha isterinya itu lalu mencelah masuk lalu memasukkan alat sulitnya.

Perasaan yang sudah lama tidak dirasakan itu membuatkan Su Qianci mendesah. Dia memeluk Li Sicheng dengan kedua belah kakinya dan berkata, "Sakit…"

Li Sicheng berhenti dan menarik nafas. Kemudian dia menyambung ciuman hangatnya. Su Qianci tidak dapat mengelak daripada mengangkat kaki dan memeluk pinggang Li Sicheng dengannya lalu berkata, "Saya pun rindu kamu…"

Li Sicheng sudah tidak dapat bersabar lagi. Dia memeluk isterinya dan terus melepaskan segalanya. Su Qianci merasakan suaminya sudah hampir gila. Sepanjang malam, lelaki itu langsung tidak berhenti!

"Sayang, sakit…"

"Jadi budak baik. Tunggu saya."

...

"Saya mengantuk, Encik Li."

"Tidurlah sayang."

...

"Berhenti, Li Sicheng!"

"Jangan bergerak."

...

Akhirnya Su Qianci merasakan dirinya yang hampir menjadi gila.

Dia telah berjanji untuk membawa anak-anaknya keluar, malah sudah menetapkan jam loceng pada pukul enam. Baru sahaja tidur beberapa minit, dia mendengar jam locengnya berbunyi. Apabila cuba bergerak, Su Qianci merasakan seluruh tubuhnya seakan patah. 

Satu tangan yang besar berada di atas tubuh Su Qianci. Menyedari pergerakan isterinya, Li Sicheng menutup jam loceng itu dan terus menahannya. "Tunggu sedikit lagi."

Dia juga mahukannya! Tetapi dia telah berjanji untuk membawa anak-anaknya keluar hari ini. Su Qianci mengalihkan tangan suaminya dan cuba bangun.

Li Sicheng menariknya bangun lalu berbisik, "Kalau kamu suka, apa kata kita sambung?"

"Tidak!" Su Qianci menolak Li Sicheng dengan pipi kemerahan. "Kamu dah gila!"

Li Sicheng ketawa kecil lalu menolak Su Qianci kembali berbaring. "Tidurlah dulu, sekurang-kurangnya setengah jam lagi."

Ketiga-tiga kanak-kanak itu kebiasaannya bangun pada jam enam pagi. Su Qianci berfikir tentangnya dan berkata, "Kejutkan saya nanti."

"Okey, sekarang tidur." Li Sicheng menyelimutkan isterinya. Su Qianci terus terlelap. Dia kelihatan amat letih.

Li Sicheng tiba-tiba merasakan dirinya seakan seekor binatang buas. Bagaimana dia boleh kehilangan kawalan diri! Dia menutup mata sambil memegang isterinya dan berfikir: salah isterinya kerana terlalu cantik! Li Sicheng tidur seketika dan apabila terjaga, jam menunjukkan sudah hampir 6.30 pagi.

Su Qianci amat keletihan dan masih tidur nyenyak. Li Sicheng mencium bibir isterinya dengan lembut lalu bangun perlahan-lahan dan berlalu ke bilik air.

Dia melihat beberapa alatan kebersihan diri yang kelihatan agak lama dan mendapati semua itu ialah kepunyaannya. Dia berasa terkejut dan pada masa yang sama merasakan hatinya menjadi hangat.

Dia membuang semua barang lama itu lalu menggantikannya dengan barang baru. Dia keluar dari bilik setelah selesai mandi dan berpakaian. Ketiga-tiga kanak-kanak itu sedang berlari-lari di ruang tamu. Sebaik melihat ayahnya keluar, Li Jianyue membeliakkan matanya dan berkata, "Papa! Mana Mama?" 

"Mama kamu letih. Biar dia tidur sedikit lagi."

Kapten Li sedang meneguk air dari cawannya ketika itu. Sebaik mendengar kata-kata Li Sicheng, air yang diminumnya terus tersembur keluar dan wajahnya bertukar kemerahan.

Related Books

Popular novel hashtag