Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 641 - Tengoklah Betapa Basahnya Kamu

Chapter 641 - Tengoklah Betapa Basahnya Kamu

"Saya dah tunggu kamu selama empat tahun." Su Qianci memeluk suaminya dengan erat dan tangisannya mula reda. "Saya sentiasa percaya yang kamu belum mati." Li Sicheng tidak berkata apa-apa dan hanya memeluk isterinya dengan lebih erat. "Empat tahun lalu, saya lahirkan anak-anak kita. Kamu tahu? Seorang lelaki dan seorang perempuan, kembar. Syarikat kamu, saya jadi presiden syarikat kamu. Kamu tahu?"

Li Sicheng mengetap bibir dan merasakan matanya menjadi hangat. Dia memeluk isterinya dengan diam dan akhirnya bersuara selepas beberapa minit, "Saya tahu." Ya, dia tahu semuanya. Tetapi semakin banyak yang diketahuinya, semakin besar perasaan bersalah yang menyelubungi dirinya. Isterinya hanya seorang wanita, tetapi perlu melalui semua itu dan… Li Sicheng tahu dialah punca utama segala-galanya.

Su Qianci tersenyum dan sudah tenang sedikit. Dia bersuara perlahan, "Lihat, tanpa kamu pun saya boleh hidup dengan baik."

Li Sicheng memeluk isterinya dengan sebelah tangan dan berbisik ke telinganya, "Sekarang saya dah kembali, kehidupan kamu akan bertambah baik."

Su Qianci memaut leher suaminya dan orang ramai di sekeliling mereka mula menjerit, "Cium, cium, cium…" Wajah Su Qianci bertukar merah padam. Keinginannya untuk bercium segera hilang sebaik mendengar keriuhan itu. Dia menampar lembut wajah suaminya dan berkata, "Lepaskan saya!"

Li Sicheng ketawa kecil lalu melepaskan isterinya dan berbisik, "Mari kita balik dulu. Tengoklah betapa basahnya kamu."

"Mana ada!"

"Saya tak maksudkan perkara itu. Apa yang kamu fikir?"

Su Qianci tidak suka mendengarnya, tetapi apabila ia keluar dari mulut Li Sicheng, wajahnya bertukar kemerahan. Dia menolak suaminya dan berkata, "Tak malu!"

Li Sicheng menarik Su Qianci kembali dan berbisik dengan nada yang nakal, "Saya pun basah juga. Rasalah kalau tak percaya. Masukkan tangan kamu."

Li Sicheng menarik tangan isterinya dan memasukkannya ke dalam bajunya. Su Qianci segera menarik kembali tangannya dan menolak suaminya itu dengan kuat sebelum berpaling ke belakang dan berjalan pergi.

Li Sicheng mengejar isterinya sambil membawa jambangan ros. Sebaik berjaya menangkap tangan Su Qianci, dia terus meletakkan jambangan ros itu ke tangan isterinya.

Su Qianci memandang jambangan ros di tangannya dan ribuan ros di tempat itu lalu berkata, "Membazir betul. Kamu tak boleh belanjakan wang sesuka hati sebegini walaupun kamu kaya!"

Terdapat seratus bakul yang berisi 999 kuntum bunga dalam setiapnya, ditambah lagi dengan 99 kuntum yang dipegang oleh Su Qianci, menjadikan jumlahnya 99,999 yang mana jumlah itu… terlalu banyak!

Li Sicheng tersenyum dan memicit hidung isterinya. "Setelah jadi presiden selama beberapa tahun, akhirnya kamu tahu duit suami kamu bukan mudah sahaja dapat kan?"

Su Qianci mahu berkata sesuatu untuk membantah, tetapi menyedari wajah suaminya yang jauh lebih kurus dari bertahun lalu dan menyentuhnya dengan sedih. Ya, wajah itu jelas lebih kurus dan pucat. Suaminya ini memang benar-benar dikurung, bukan? Tangannya juga amat pucat sehingga Su Qianci dapat melihat urat-urat pada tangan suaminya itu dengan jelas. Ia agak menakutkan apabila dilihat. Su Qianci hampir tidak dapat menahan diri daripada menangis. Dia cuba menahan air matanya daripada tumpah dan berbisik, "Kita balik dulu, okey?" 

Pandangan Li Sicheng bertukar lembut. Dia memegang tangan isterinya dan berkata perlahan, "Okey."

Ketika itu, Su Qianci tiba-tiba teringat tentang seseorang yang turut berada di situ tadi.

Dia berpaling ke belakang dan tidak nampak Lu Yihan di mana-mana.