Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 633 - Saya akan Berhadapan dengan Mereka

Chapter 633 - Saya akan Berhadapan dengan Mereka

Jing Sao bersama pengawal peribadi itu turun dengan menaiki lif. Kemudian mereka berjalan keluar dari bangunan itu dengan tenang sambil diperhatikan oleh penjaga kaunter. Sebaik masuk ke dalam kereta, Jing Sao menghembus nafas lega. Seorang pemandu berada di dalam kereta itu dan dia ialah rakan sekerja Jing Sao. Li Sicheng tidak menunjukkan sebarang reaksi. Selepas masuk ke dalam kereta, dia membuka kaca mata hitam yang dipakainya dan mengarahkan dengan suara yang berkuasa, "Pergi."

Pemandu itu tidak begitu mengendahkan Li Sicheng, tetapi dia berasa amat tidak selesa mendengar arahan itu. Walau bagaimanapun, melihat orang atasannya Liang Jing tidak memberi sebarang bantahan, dia terus menghidupkan kereta dan meninggalkan bangunan itu perlahan-lahan.

Jam menunjukkan pukul 11.05pm waktu Beijing.

"Jing Sao, kita dah dicurigai. Mereka sangka saya dalangnya, tapi kamu dah bongkarkan identiti kamu malam ini. Kita dah tak boleh kembali ke rumah Tang Mengying. Sekarang kita perlu berpecah. Kamu balik ke balai polis dan buat persiapan untuk serbuan."

Mendengar kata-kata itu, wajah Jing Sao berubah dan dia bertanya, "Kita terus mulakan? Kamu dah selesaikan perkara yang kamu cakap itu?"

"Belum lagi, tapi dah hampir selesai. Mungkin dalam masa dua hari saya akan dapat siapkannya."

Dua hari, asalkan dia diberi dua hari lagi, dia akan dapat bukti kepada segala jenayah Syarikat Bo. Dia telah bersedia selama hampir empat tahun, mengira hari demi hari selama empat tahun dan menahan rasa malu selama empat tahun. Semua itu hanya untuk perkara yang akan berlaku dalam masa dua hari lagi. Walau bagaimanapun, mereka telah terbongkar pada saat-saat genting ini.

Li Sicheng telah memikirkan kemungkinan itu. Perkara yang berlaku kepada TL terlalu besar dan mengikut pengiraannya, ia sepatutnya membuatkan mereka sibuk selama sekurang-kurangnya 40 hari.

Terlalu cepat, ini terlalu cepat…

Syarikat Bo lebih sukar untuk diuruskan daripada jangkaannya.

"Apa yang patut saya buat? Kita dah bersedia selama beberapa tahun, menghendap selama beberapa tahun…"

Wajah Li Sicheng menjadi tegang. "Tak boleh tunggu lagi. Mereka dah tahu. Jika kita terus tunggu, segala usaha kita selama beberapa tahun ini akan menjadi sia-sia. Sekarang mereka baru sahaja curiga, tapi kita perlu jatuhkan mereka sepantas mungkin. Hubungi rakan kerja kamu dan suruh mereka geledah gudang Bo. Pasti ada barang-barang haram disembunyikan di dalam violin atau gitar."

"Bagaimana dengan kamu?"

Mendengar soalan Jing Sao, mata Li Sicheng berubah dingin dan dia berkata perlahan, "Saya akan berhadapan dengan mereka."

——————————

Cheng You sedang menyusukan anaknya.

Bayi itu baru sahaja berusia sebulan lebih. Kedutan bayinya sudah mula hilang. Kulitnya putih mulus dan wajahnya yang cantik mirip seperti Cheng You, terutama matanya,

"Panpan comel." Cheng You menyusukan sambil bermain-main dengan anaknya itu dan tersenyum bahagia.

Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka.

Rong Rui memakai pakaian yang buka . Puntung rokok yang tidak menyala diletakkan di bibirnya. Keningnya hampir bercantum dan membuatkan wajahnya kelihatan agak tidak senang. Tangannya memegang kunci kereta.

Sebaik melihatnya, Cheng You bertanya, "Kamu nak keluar?"

"Ya." Rong Rui menghampiri Cheng You dan memegang wajah kecil anaknya. Wajahnya yang tidak senang tadi berubah lembut.

Rong Panpan kecil itu sudah kenyang lalu berhenti menghisap puting ibunya. Dia berpaling dengan lidah yang terkeluar dan tangan kecilnya di udara. Rong Rui tersenyum bahagia melihat telatah comel anaknya. Dia mengambil anaknya itu lalu menciumnya di pipi. "Dia mirip kamu."

Cheng You menarik bajunya ke bawah dan memandang suaminya dengan nakal. "Kita bertuah dia mirip saya. Kalau dia mirip kamu, pasti dia langsung tak comel."

Rong Rui menghampiri Cheng You dan meletakkan dahinya pada dahi isterinya itu lalu berbisik, "Berani kamu kata saya tak comel?"

Related Books

Popular novel hashtag