Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 628 - Puas Hati Jadi Perosak Rumah Tangga?

Chapter 628 - Puas Hati Jadi Perosak Rumah Tangga?

Lu Yihan berpaling dan menaikkan sebelah keningnya lalu bertanya, "Kenapa?"

Luo Zhan terkedu seketika, tetapi kemudian memandang Lu Yihan dengan marah dan berkata dengan kuat, "Kau sedang hancurkan sebuah keluarga. Kau tahu tak? Itu isteri sahabat baik aku!"

"Lelaki itu dah lama meninggal dunia. Kau nak Su Qianci jadi janda selama-lamanya?" Lu Yihan tidak gembira dengan kata-kata Luo Zhan dan merenungnya. Kemudian dia berpaling kembali ke skrin laptopnya dan merenung gambar yang dimuat naik Su Qianci itu. Mereka tidak banyak gambar bersama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Luo Zhan berasa tidak senang hati. Dia memukul belakang kepala Lu Yihan dengan marah dan berkata, "Kalau dia sukakan kau, pasti dah lama dia terima kau. Dia sangat cintakan Li Sicheng dan sangat setia dengannya! Kau tak rasa kau terlalu murahan sebab kejar dia?"

"Berambus!" Lu Yihan menepis tangan Luo Zhan. "Aku gembira jadi murahan!"

Luo Zhan merenung Lu Yihan dan berkata, "Kau puas hati dapat jadi perosak rumah tangga?"

"Perosak rumah tangga apa? Li Sicheng dah mati, kan?" Lu Yihan menutup laptopnya dan meletakkannya ke tepi. Kemudian dia merenung Luo Zhan kembali dengan marah dan tidak senang. "Kalau dia masih hidup, aku tak akan pernah cuba lakukannya. Kau ada nampak aku pikat Su Qianci waktu dia masih ada?"

Luo Zhan tidak menjawab. Dadanya terasa sesak.

Lu Yihan berdiri dan membuka butang sutnya lalu berkata dengan nada yang dipenuhi maksud mendalam. "Sesiapa juga ada hak untuk mengejar kebahagiaan buat kali kedua. Su Qianci wanita yang baik. Luo Zhan, kau tak boleh biarkan dia terus terikat dengan lelaki yang sudah mati. Itu tidak adil." Itu tidak adil untuk Su Qianci dan untuknya juga.

Luo Zhan masih berasa tidak gembira. Matanya tertancap ke arah laptop itu dan berkata, "Dia terima kau?"

"Lambat-laun dia pasti akan terima!" Lu Yihan menanggalkan sutnya dan mendedahkan baju nipis berwarna biru cerah yang dipakainya di dalam. Tubuh Lu Yihan sangat mantap. Ketika ini, baju nipisnya seakan kulit kedua yang menonjolkan segala ototnya. Luo Zhan menjeling sekilas kemudian tidak dapat mengalihkan pandangannya.

Apabila melihat riak wajah keliru Lu Yihan, Luo Zhan menaikkan anak matanya ke atas dan kembali ke biliknya. Setelah menutup pintu, dia menyedari jantungnya berdegup kencang dan pipinya terasa agak panas. "Mama…" Luo Zhan berasa hampir gila. "Apa yang sedang berlaku? Celaka… Tidak, beberapa hari lagi aku kena pergi ke parti perangkaian. Takutnya!" 

Tetapi dia tidak boleh membiarkan Su Qianci berkahwin dengan Lu Yihan. Bagaimana roh Li Sicheng mahu tenang dengan berita ini? Su Qianci boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja. Kenapa orangnya ialah Lu Yihan?

Luo Zhan berasa terkilan dan mengambil telefonnya lalu menghantar mesej WeChat kepada Su Qianci: 

[Z]: Kamu betul-betul dah buat keputusan?

[Z]: Tidak, kenapa mesti dia? Sicheng akan keluar dari kubur dan pukul dia.

[Z]: Sicheng sangat bencikan dia, kamu tahu itu.

[Z]: Hei!

...

Lu Yihan melihat Luo Zhan bergegas kembali ke biliknya dengan pelik dan berasa geli hati. Kemudian dia berlalu ke bilik air sambil membuka butang bajunya.

Selesai membersihkan diri, dia menerima beberapa mesej.

[Qianqian]: Yihan, jom makan tengah hari bersama esok?

Lu Yihan tersenyum dan membalas: [OK]

Kemudian dia melihat satu mesej daripada seseorang yang sudah lama tidak dilihatnya.

[Yu Lili]: Tahniah, akhirnya kamu dapat apa yang kamu nak.

[Lu Yihan]: Terima kasih

Yu Lili membaca mesej itu. Dia menyangka hatinya akan berasa pedih dan dia akan menangis, tetapi di luar sangkaannya, hatinya tetap tenang. Tiada ombak yang bergelora. Tiada perasaan. Satu-satunya yang tinggal ialah keluhan.

Related Books

Popular novel hashtag