Kurang dari dua minggu sejak TL dan LS mengumumkan kerjasama, pada saat-saat akhir, satu berita gempar dikeluarkan dari LS: Kontrak yang disediakan oleh TL mempunyai masalah. Ia ialah satu helah yang tersembunyi dengan baik. Jika LS memenuhi semua syarat yang tertera dalam kontrak itu, LS akan kehilangan lebih satu bilion. Mereka bernasib baik kerana Li Jinnan sempat menyedari perkara itu dan telah menggunakannya sebagai bukti untuk membawa TL ke mahkamah.
Insiden ini dengan cepat menjadi berita sensasi dalam seluruh industri perniagaan. Buat seketika, Syarikat TL menjadi huru-hara. Tambah memeritkan lagi, pada saat-saat kritikal ini, pemegang-pemegang saham syarikat TL meminta untuk meninggalkan syarikat itu walaupun terpaksa membayar nilai pampasan yang tinggi. Dalam masa kurang dari sebulan, syarikat TL yang terkenal itu terpaksa menanggung hutang yang banyak dan seluruh warga syarikat menjadi panik. Imej korporat TL dalam negara juga mula jatuh. Naib Presiden syarikat yang memegang jawatan di bawah Tang Qing melarikan diri dengan dana awam ketika saham TL jatuh menjunam.
Walau bagaimanapun, pada 28 haribulan, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tertutup. Orang yang paling penting dalam TL iaitu Tang Qing telah membayar sejumlah pampasan kepada LS bagi pihak TL. Selepas insiden itu berakhir, Tang Mengying semakin dipandang buruk oleh pihak pengurusan. Ganjaran yang diterimanya menjadi lebih sedikit.
Li Sicheng sedang berbaring dalam jeriji kecilnya sambil tersenyum mendengar Jing Sao menceritakan segala yang berlaku disebabkan olehnya itu. Semuanya sudah dijangka. Semua perkara itu berlaku seperti yang dirancangnya. TL telah musnah. Dalam masa dua hari, Tang Mengying pasti akan datang bersama pihak pengurusan. Jika jangkaannya tidak salah, dalam masa paling lama tiga hari, Bo Xiao akan meminta supaya dia dipindahkan. Dengan itu, dia akan dapat masuk ke dalam perniagaan keluarga Bo…
-
Sejak akhir-akhir ini, saham LS berterusan meningkat. Dalam masa kurang sebulan, ia sudah berjaya mencapai nilai tertinggi yang pernah dicapai bertahun-tahun dahulu dan masih terus meningkat. Ia satu pencapaian yang sangat hebat dan berlaku disebabkan kerjasama antara L dan Li Jinnan.
Su Qianci sedang duduk di meja pejabatnya sambil menguap. Sudah 25 hari berlalu sejak L memungkiri janji untuk bertemunya. Perkara itu bagaikan bunga dandelion dalam hatinya, ia berlalu ditiup angin, tetapi sekali-sekala benih berbentuk payungnya akan datang mengganggu fikirannya. Seperti hari ini. Dalam fikiran Su Qianci, soalan itu kembali lagi: Siapa L? Ketika itu juga, satu notifikasi mesej datang dari laptopnya.
[L]: Maaf, saya ada urusan pada saat-saat akhir tempoh hari.
Su Qianci merenung mesej itu buat beberapa ketika. Kemudian dia menaip: Tak apa [emoji senyum]
Li Sicheng berasa amat tidak senang hati melihat mesej dari Su Qianci itu. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan Su Qianci ketika menaip mesej itu. Dia pasti… sangat patah hati. Li Sicheng semakin berasa bersalah, tetapi tidak membalas mesej itu.
Pintu dibuka dari luar. Jing Sao masuk dan merenungnya dengan mendalam dan berkata, "Pihak pengurusan datang untuk jumpa kamu."
Li Sicheng berpura-pura terkejut walaupun sebenarnya berasa gembira. Akhirnya.
Kamu tahu, dah lama saya menunggu kamu.
-
L benar-benar tidak membalas mesejnya. Walaupun ia sudah dijangka, Su Qianci tetap tidak dapat mengelak daripada berasa kecewa. Adakah L benar-benar memaksudkan permintaan maafnya? Tidak ikhlas… Langsung tiada keikhlasan pada mesejnya. Su Qianci melihat telefon bimbitnya bergetar perlahan. Dia menerima satu mesej.
[Lu Yihan]: Malam ini, Menara Kingstown tingkat teratas jam 7.30. Saya akan tunggu kamu.