Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 603 - Papa akan Beri Apa Sahaja yang Kamu Mahu

Chapter 603 - Papa akan Beri Apa Sahaja yang Kamu Mahu

Li Sicheng membeli gula-gula kapas. Dia melihat gula-gula itu dan satu suara comel terngiang-ngiang di telinganya, "Saya nak makan satu lagi!" 

Walaupun jarak mereka jauh, tetapi pendengarannya cukup baik untuk mendengar suara gadis kecil itu. Anak perempuannya mahu makan gula-gula kapas. Papa akan belikan untuknya.

Papa akan berikan apa-apa sahaja yang kamu mahu.

Mata Li Sicheng berubah suram. Sedikit lagi, cuma dua bulan lagi. Dalam masa dua bulan, dia akan pulang dan bersatu kembali dengan isteri dan anak-anaknya…

Gula-gula kapas itu tidak dapat bertahan ditiup angin. Bentuknya yang cantik dan gebu mula mencair. Li Sicheng melihat gula-gula kapas itu dan mengetawakan dirinya sendiri. Entah kenapa dia benar-benar membelinya. Siapa yang akan memakannya? Li Sicheng berjalan ke arah tong sampah lalu melemparkan gula-gula kapas itu ke dalam. Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi jeritan.

Li Sicheng terus berpaling ke arah yang sedang dipandang oleh semua orang. Matanya terbeliak dan jantungnya berdegup kencang. Bukankah itu… permainan yang baru dinaiki isteri dan anaknya?

——————————

Su Qianci berasa amat takut sehingga wajahnya menjadi pucat. Dia memeluk Li Jianyue dengan kemas dan meletakkan kepalanya di atas kepala anaknya.

Li Jianyue langsung tidak memahami perkara yang sedang berlaku lalu memandang Su Qianci dan bertanya, "Mama, kenapa dengan Mama?"

Pekerja taman tema yang menyedari perkara itu segera menekan butang kecemasan. 

Click!

Permainan itu terus terhenti. Malangnya, kapal terbang kecil yang dinaiki Su Qianci dan Li Jianyue berada pada kedudukan tertinggi iaitu 10 kaki dari tanah. Setiap kapal terbang kecil sepatutnya mempunyai dua skru di bawahnya, tetapi salah satu skru di kapal terbang itu jelas kelihatan longgar. Kapal terbang itu menyerong dan berhayun-hayun di udara. 

Lebih menggerunkan lagi, kedengaran bunyi yang menakutkan dari bahagian bawah. Setiap kali ia berbunyi, semua orang bertambah gerun. Hampir semua pengunjung taman tema itu mendongak ke atas dan mengambil gambar menggunakan telefon mereka. Jeritan kedengaran di sana sini dan semakin ramai orang berkumpul di situ.

Wajah Su Qianci pucat seakan kertas. Dia terus memeluk anaknya dan melihat ke bawah dengan jantung yang terasa seakan terkeluar. Nafasnya menderu kencang dan dia tidak berani untuk bergerak. "Tolong!" jeritnya dalam ketakutan.

Sekarang musim panas dan cuaca teramat hangat. Matahari sedang tegak di atas kepala dan membuatkan peluh membasahi seluruh tubuh Su Qianci. Namun dia kekal tidak bergerak sambil memeluk anaknya.

"Polis, telefon polis!"

"Oh Tuhan, ini sungguh pelik. Selamatkan mereka!"

"Tingginya, kalau jatuh…"

Tubuh Su Qianci menggeletar dengan kuat. Dia memeluk anaknya dalam ketakutan sambil menangis dan menjerit, "Tolong! Tolong kami!"

Walau bagaimanapun, bunyi di bawah kapal terbang kecil itu semakin kuat. Semakin ramai pengunjung berkumpul di bawah. Seseorang telah menghubungi polis manakala beberapa orang pergi mencari bantuan, tetapi masih tiada sesiapa menyelamatkan mereka. 

Li Jianyue tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tetapi ketakutan mula menyelubunginya apabila melihat ibunya menangis, lalu Li Jianyue turut menangis dan menjerit, "Mama!"

Related Books

Popular novel hashtag