Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 62 - Dicurangi

Chapter 62 - Dicurangi

Selepas gambar itu dihantar, Tang Mengqing mengambil telefon dari tangan Li Weiya sebelum sempat dia melakukan apa-apa.

"Biar saya tolong!" Tang Mengqing terus menaip di telefon Li Weiya.

Apabila Li Weiya mendapat semula telefonnya, dia mendapati Tang Mengqing telah menghantar pesanan ringkas kepada Li Sicheng dengan gambar tersebut, "Wah, sepupu. Awalnya kamu dicurangi!"

Li Weiya agak terganggu dengan apa yang dihantar oleh Tang Mengqing dan berkata, "Saya rasa kita tidak patut buat begitu. Li Sicheng agak panas baran. Bagaimana jika dia marah..."

"Oh Tuhan. Lelaki mana yang tidak akan marah apabila isterinya curang? Kamu sangat naif." Tang Mengqing merampas semula telefon itu dan berkata, "Saya mesti menghantarnya kepada kakak saya juga."

Li Weiya berasa gementar dan merampas kembali telefonnya. "Kenapa perlu hantar kepada kakak kamu?"

"Li Weiya, kakak saya sahabat baik kepada Li Sicheng sebelum dia berkahwin dengan perempuan itu. Kita semua ingat mereka berdua akan berkahwin, kan? Perempuan itu yang tidak tahu malu. Kita perlu dedahkan perbuatannya ini kepada semua orang!" Tang Mengying berkata dengan tegas.

Walau bagaimanapun, Li Weiya berasa serba salah dan berkata,

"Tetapi datuk saya yang mahu mereka berkahwin..."

"Tak kisahlah. Yang penting gambar itu perlu dihantar kepada kakak saya!" Tang Mengqing merampas semula telefon itu.

Pada ketika itu, Tang Mengying sedang membuat persediaan untuk temuduga kerja di syarikat keluarga Li pada esok hari. Demi mendekati Li Sicheng, Tang Mengying tanpa ragu-ragu memilih kedudukan untuk menjadi setiausahanya. Dia sudah memberitahu ibu Li Sicheng, jadi kedudukan itu akan menjadi miliknya asalkan dia datang ke sesi temuduga.

Tiba-tiba, Tang Mengying mendapat teks bergambar dari Li Weiya yang membuatkan hatinya melonjak keriangan.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita sedang tersenyum lebar, dan seorang lelaki duduk berhadapan dengannya. Lelaki itu memakai sepasang cermin mata tanpa rim dan kelihatan kasual. Jelas, lelaki itu ialah gigolo! Tang Mengying sangat gembira melihat gambar tersebut dan tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

Puan Tang yang sedang melintasi bilik anak perempuannya itu mendengar ketawa Tang Mengying dan bertanya, "Apa yang lucu?"

Mata Puan Tang terbeliak sebaik melihat gambar itu dan dia turut ketawa. "Perempuan sundal ini! Ibu selalu bimbang ibu tidak punya apa-apa untuk menjatuhkannya. Peluang baik sudah muncul, jadi ibu akan jadikan hidupnya seperti di neraka. Hantar gambar itu kepada ibu, ibu akan tunjukkan kepada si tua dalam keluarga Li itu dan biar dia lihat perempuan bagaimana yang dia pilih untuk cucunya."

Tang Mengying lebih tenang berbanding ibunya. Dia berkata dengan senyuman, "Tak perlu tergesa-gesa. Dengan adanya bahan bukti yang baik di tangan, kita akan menjatuhkan dia dalam sekelip mata. Pasti dia dalang di sebalik apa yang terjadi kepada Liu Anan. Saya akan membalas dendam habis-habisan."

"Apa yang kamu mahu lakukan?" Puan Tang teruja memikirkan kemungkinan perempuan jalang itu akan dibuang oleh keluarga Li disebabkan hal ini.

Tang Mengying ketawa dan mula menjelaskan, "Mari buat begini..."

Pada masa yang sama, Li Sicheng sedang berada dalam satu persidangan, dan dia sudah melihat gambar itu lebih setengah jam yang lalu.

Related Books

Popular novel hashtag