Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 582 - Jom Balik dan Usik Anak Anjing Kita

Chapter 582 - Jom Balik dan Usik Anak Anjing Kita

Ayat itu jelas merupakan perangsang terbesar bagi Tang Mengying dan dia terus ketawa dengan menggila. Hati Su Qianci runtun. Dia mengetap gigi dan menggenggam penumbuknya.

Tang Mengying!

Tang Mengying tidak akan pernah menyangka pin rambut itu hanyalah untuk mengalih perhatiannya. Perangkap sebenar berada di bawah beg tangannya di mana satu alat pengesan telah diletakkan secara sembunyi.

"Jom balik ke sana. Kalau kita lama sangat, dia akan curiga."

"Aku cuma gunakan dia untuk kelirukan semua si bodoh itu. Kamu fikir aku nak sangat bekerjasama dengan dia? Aku sangat menyampah setiap kali tengok wajahnya!" Suara Tang Mengying kedengaran amat marah. Selepas itu Su Qianci mendengar derapan tapak kasut tumit tinggi.

Mereka sudah kembali.

Su Qianci menyapu air matanya kemudian meletakkan telefon bimbitnya ke telinga.

Tang Mengying telah kembali ke penampilan asalnya dengan membuang pin rambut itu. Dia memandang Su Qianci dan tersenyum. Dia tidak berkata apa-apa apabila melihat Su Qianci sedang berbual di telefon.

Su Qianci mengerutkan dahi seolah-olah mendengar berita buruk. "Oh okey. Saya faham. Saya akan tiba di sana sekejap lagi. Jumpa kamu nanti."

Tang Mengying berasa amat gembira sebaik mendengar kata-kata Su Qianci tetapi berpura-pura kecewa dan berkata, "Ada apa-apa masalahkah, Presiden Su?"

Su Qianci mengangguk lalu menamatkan panggilan palsu itu. "Ia sesuatu yang penting. Rasanya saya tak dapat temankan kamu makan. Tapi saya selalu datang ke restoran ini, jadi kamu boleh minta mereka hantarkan bil kepada saya. Maaf."

"Jangan risau. Kamu terlalu baik." Tang Mengying mula menyedari mata Su Qianci sedikit kemerahan lalu bertanya, "Kenapa? Ia perkara kecemasan? Nampak macam kamu sedih."

Su Qianci menggeleng lalu mengambil beg tangannya dan berkata, "Tak ada apa-apa. Cuma sedikit hal peribadi. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu."

"Baiklah."

Su Qianci membetulkan jam tangannya dan berjalan ke arah pintu. Shuang Yu dan pengawal peribadi Su Qianci mengikutinya keluar.

Tang Mengying dan pengawal peribadinya menarik nafas lega. "Nampaknya kali ini dia jemput saya makan malam tanpa sebarang syak wasangka. Maksud saya, tak mungkin dia mampu berfikir bijak dengan otaknya itu? Jika adik Li Sicheng itu, logiklah juga."

"Apapun, baguslah rahsia kita selamat. Kita perlu kekalkan identiti ini sebagai penyamaran. Mari pergi."

"Jom balik dan usik anak anjing kita." Suara Tang Mengying kedengaran bangga, terutama apabila dia menyebut 'anak anjing.' Malah dia turut ketawa dengan kejam.

Su Qianci menahan dirinya daripada kembali ke bilik itu untuk menampar Tang Mengying. Dia masuk ke dalam kereta yang dipandu Yang, tetapi Su Qianci tidak tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Sebaliknya dia menghubungi Luo Zhan.

"Godam telefon bimbit saya." Arahan Su Qianci ringkas dan jelas. Belum sempat Luo Zhan menjawab, Su Qianci sudah mematikan talian. Luo Zhan agak kebingungan tetapi segera mengikuti arahan itu. Sekilas, dia melihat satu cahaya bergerak pantas dan beberapa garisan.

Skrin itu terus bertukar ke WeChat. Kemudian Luo Zhan menerima mesej daripada Su Qianci: 'Ini Tang Mengying. Li Sicheng masih hidup dan dikurung olehnya!'

Sebaik membacanya, Luo Zhan terus menjadi serius.

Hati Su Qianci terus bergetar ketika dia mendengar perbualan Tang Mengying dengan pengawal peribadinya. Anak anjing. Tang Mengying menyebut anak anjing. Adakah dia memaksudkan… Li Sicheng?

Related Books

Popular novel hashtag