Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 550 - Anak-Anak Saya Diculik

Chapter 550 - Anak-Anak Saya Diculik

"Saya nak bercakap dengan anak lelaki saya."

Wanita itu berpaling ke belakang dan menghulurkan telefon itu. "Presiden Su nak bercakap dengan tuan muda."

Telefon itu diletakkan pada telinga Li Jianqian. Su Qianci memanggil, "Dasu?"

Li Jianqian mendiamkan diri, tetapi apabila melihat riak wajah mengugut wanita itu, dia terpaksa membuka mulutnya dan berkata, "Mama, kami okey, jangan risau. Kakak, Abang dan Pak Cik di sini layan kami dengan baik."

Kakak, Abang, Pak Cik… jadi bermakna ada tiga orang? Su Qianci mengecilkan matanya dan mendengar pergerakan di dalam van itu.

"Budak bijak," kata wanita itu yang mendengar dia dipanggil 'kakak' sambil tersenyum. Dia mengambil telefon itu kembali dan mengangguk dengan puas hati. "Kau dengar kan? Aku tunggu kau di Guang Da. Aku tahu kau ada pengawal peribadi yang sangat bagus, jangan bawa dia. Jangan hubungi polis juga. Datang seorang dan telefon aku, kalau tak aku tak tahu apa yang aku akan lakukan. Kami cuma mahukan wang. Selepas dapat wang, kami akan pergi. Aku tahu 10 juta hanya jumlah kecil bagi kau. Aku harap kita dapat bekerjasama dengan baik, Presiden Su." Selepas itu talian terus diputuskan.

Su Qianci mengecilkan matanya sebelum terus menghantar nombor itu kepada Luo Zhan: 'Cari lokasi nombor ini. Anak-anak saya diculik, suruh Jinnan datang bantu saya.'

Luo Zhan segera membalas: 'Tak guna!'

Kemudian Su Qianci terus mendapat satu lagi mesej daripada Luo Zhan: 'OK.'

"Shuang Yu, hantar Mosen balik dulu. Saya ada urusan yang perlu diselesaikan."

Shuang Yu mengangguk lalu memimpin tangan Mosen dan berjalan keluar.

Su Qianci meminta Yang mendapatkan wang tunai itu sebelum terus memandu sendiri ke tempat yang diberitahu penculik tersebut.

*****

Kedua-dua kanak-kanak itu berkelakuan baik, terutama budak perempuan itu yang sangat comel dan ceria. Dia memegang seekor arnab kecil sambil memerhatikan sekeliling dengan mata besarnya, kemudian bertanya, "Pak Cik, Pak Cik orang jahatkah?"

Lelaki itu memandangnya dan menjawab, "Mana ada. Pak Cik akan belikan kamu gula-gula kapas nanti."

"Oh, tapi saya dengar tadi Pak Cik minta wang daripada Mama saya. Pak Cik saya di rumah cakap orang jahat saja yang akan culik kami dan minta wang."

"Penculik memang jahat, tapi Pak Cik tak ikat kamu." Lelaki itu berbohong sambil tersenyum.

Tangan Li Jianqian diikat manakala Li Jianyue tidak. Li Jianyue berjaya ditipu dan mengangguk. "Oh begitu. Tapi kenapa Pak Cik ikat tangan abang saya? Kenapa Pak Cik culik Abang saya tapi tak culik saya? Saya kurang bernilaikah?"

"Haha…" Pemandu yang berambut warna-warni itu tergelak. Dia memakai topeng mulut dan memandang sekilas ke belakang. "Umur kamu berapa budak?"

"Tiga tahun setengah!" Suara comel itu kedengaran ceria. "Mama cakap, bila kami sambut hari jadi kami yang keempat tahun, kami boleh ke Meow Die untuk bermain! Mesti seronok!"

Li Jianqian bersandar pada tempat duduknya dengan perasaan tidak percaya dan berkata, "Bodoh, Maldives lah."

Li Jianyue berasa marah dan menjerit, "Abang jahat! Betullah Meow Die! Abang yang salah ingat nama tempat itu dan Abang panggil saya bodoh! Arnab kecil, gigit dia, gigit dia!" Dia meletakkan arnab itu di sebelah tangan Li Jianqian.

Arnab itu menghidu tangan Li Jianqian, kemudian berpaling.

"Tengok, arnab pun tak mahu gigit Abang. Arnab pun tak suka Abang!" Li Jianyue meletakkan arnab itu ke atas kaki abangnya pula. "Arnab kecil, berak atas kaki dia!"

Related Books

Popular novel hashtag