Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 499 - Kalau Puan Tahu, Dia Mesti akan Sangat Risau

Chapter 499 - Kalau Puan Tahu, Dia Mesti akan Sangat Risau

Porsche kuning itu membelok dengan tajam dan terus meluncur laju ke arah lelaki itu bersam deruan enjin yang mengagumkan. Tang Zhenghao sebenar berjalan semakin pantas sebelum terus berlari laju dan memanjat pagar di situ.

Porsche kuning itu berhenti, lalu Li Sicheng segera keluar dan mengejar Tang Zhenghao. Walaupun telah lama meninggalkan latihan tentera, Li Sicheng masih mempunyai asasnya dan berlari sepantas polis di belakangnya.

Tang Zhenghao menjadi panik apabila melihat Li Sicheng semakin hampir dengannya. Dia mengetapkan gigi dan bersedia untuk berlawan dengan Li Sicheng. Tiba-tiba satu angin kuat menderu diikuti bunyi tayar bergesel pada jalan.

"Masuk!" Kedengaran satu suara wanita yang seperti sengaja diubah, tetapi Li Sicheng merasakan dia pernah mendengar suara itu. Wanita itu mempunyai rambut kerinting yang panjang dan memakai topi hitam. Satu kaca mata hitam yang besar menutup sebahagian wajahnya. Tang Zhenghao menarik nafas lega sebaik melihat penyelamatnya. Dia terus membuka pintu kereta itu dan masuk ke tempat duduk belakang.

Baru sahaja pintu itu hendak ditutup, Li Sicheng menahannya dengan tangannya sambil tercungap-cungap dan cuba menarik Tang Zhenghao. 

Tang Zhenghao ketakutan dan terus menjerit kepada pemandu kereta itu, "Pergi, cepat!"

Kereta itu terus bergerak. Walaupun Li Sicheng diheret oleh kereta itu, tangannya yang memegang pintu kereta itu tidak berganjak. Malah Li Sicheng cuba menolak dirinya ke dalam kereta itu!

"Bodoh!" Wanita di tempat duduk hadapan berbisik. Li Sicheng mendongak dan melihat seorang lelaki dan seorang perempuan di tempat duduk hadapan. Lelaki yang memandu kereta itu kelihatan tinggi, memakai topi hijau askar dan topeng yang hanya menunjukkan sepasang matanya. Dia sedang melihat Li Sicheng melalui cermin pandang sisi.

Dia hanya memandang sekilas sebelum Li Sicheng mendengar bunyi peluru dimasukkan ke dalam pistol.

Li Siccheng terkejut lalu segera melepaskan pintu kereta itu. Disebabkan kereta itu sedang bergerak laju, Li Sicheng hilang keseimbangan lalu tercampak. "Tuan!" Pemandu Li Sicheng memberhentikan Porsche kuning dan berlari ke arahnya. Li Sicheng terjatuh dan berguling di atas jalan. Dia mendongak dan melihat kereta itu sudah jauh.

"Tuan tak apa-apa?" tanya Zhou Chen sambil membantu bosnya bangun.

Li Sicheng menyapu tanah dari bajunya dan menggeleng. "Saya okey."

"Muka Tuan… tangan Tuan… Kalau Puan tahu, dia mesti akan sangat risau."

Li Sicheng dapat merasakan kesakitan pada tubuhnya. Pipi kirinya paling sakit dan terasa seolah melecur. Kedua-dua tapak tangannya turut luka. Pakaiannya dipenuhi dengan tanah dan berlubang di beberapa bahagian. Tetapi ketika itu, Li Sicheng langsung tidak memikirkan tentang dirinya. Dia merenung ke arah kereta tadi pergi sambil cuba mengingati nombor pendaftarannya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket sebelum menyedari ia telah kehabisan bateri.

"Beri telefon kamu," Li Sicheng menghulurkan tangannya dan memperlihatkan tapak tangannya luka dan dipenuhi darah.

Zhou Chen segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Li Sicheng mengambilnya lalu menaip nombor pendaftaran kereta yang dinaiki Tang Zhenghao. "Suruh Luo Zhan periksa nombor pendaftaran kereta ini dan semua jalan yang dilalui mereka. Perhatikan mereka. Mereka ada pengedar dadah yang dikehendaki dan memiliki pistol."

Wajah Zhou Chen menjadi serius. "Baik!"

Li Sicheng kembali ke keretanya dengan sedikit tercungap-cungap. Sebaik melihat dirinya di dalam cermin, dia berkata, "Bawa saya ke syarikat. Saya perlu salin pakaian sebelum balik ke rumah. Saya nampak teruk."

"Haha..."

"Apa yang kamu ketawakan?"