Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 491 - Tang Mengying Sudah Gila!

Chapter 491 - Tang Mengying Sudah Gila!

Rong Xuan tidak mahu melakukannya. Dia terus menangis dan berkata, "Kamu abang saya, ini sumbang mahram!" Tetapi Rong Haiyue terus menindih tubuh Rong Xuan tanpa belas kasihan dan mengisyaratkan "tidak" dengan pergerakannya. Rong Xuan telah dijodohkan dengannya sejak kecil, jadi wanita itu perlu mengahwininya, bukan?

Deringan telefon yang kuat mengejutkan Rong Xuan dari mimpinya. Dia menyapu wajahnya dan mendapati ia telah dibasahi air mata. Telefon bimbitnya masih berbunyi. Nombor telefon dari Kingstown yang agak ganjil terpapar pada skrin. Dia menjawab panggilan itu tetapi tiada sesiapa yang bercakap. 

Selepas beberapa saat, barulah satu suara lembut seorang gadis kedengaran. "Kamu nak saman dia? Jelas kamu yang salah, dia hanya buat kamu begitu kerana kamu memprovokasi dia dahulu…"

"Kamu masih di balai polis?"

"Ya."

"Beri telefon kepada polis."

Su Qianci terdiam seketika dan tidak berbuat apa-apa kerana bimbang Rong Xuan akan berbuat perkara buruk kepada Rong Haiyue. "Kamu telefon untuk suruh saya gugurkan tuduhan kan?" Rong Xuan tersenyum sinis, suaranya masih kedengaran serak. "Keganasan rumah tangga bukan urusan polis dan saya tak akan saman dia. Suruh mereka lepaskan dia."

"Betul?" Su Qianci terkejut lalu menghulurkan telefon itu kepada salah seorang pegawai polis. Selepas bercakap dengan Rong Xuan, polis itu memandang Su Qianci dengan aneh.

Waktu sudah tengah malam ketika Rong Haiyue dibebaskan. Su Qianci yang berasa sangat mengantuk sedang menyandarkan kepalanya pada bahu Li Sicheng dan hampir tertidur. Tiba-tiba dia melihat Rong Haiyue dan terkejut. "Dia dah keluar."

Sebaik melihat wajah terkejut Su Qianci, mata Rong Haiyue kelihatan dipenuhi kesedihan. "Maafkan saya." Su Qianci bingung dengan permohonan maaf secara tiba-tiba itu. "Semua ini berlaku disebabkan saya. Kalau bukan sebab saya, kamu tak akan menderita. Saya ingat…" Rong Haiyue sebak dan matanya mula kemerahan. "Saya ingat dia tak akan lakukan apa-apa terhadap seorang anak tak kira betapa bencinya dia kepada saya. Saya ingat dia akan sayang anak dia. Lepas saya tahu Anna bukan anak saya pun, saya tak cakap apa-apa. Saya takut dia akan marah dan tinggalkan saya."

Air mata mula bergenangan di mata Su Qianci sebelum akhirnya tumpah.

"Kalau saya dapat tahu perkara sebenar dan tanya dia awal-awal, kamu tak akan terlalu banyak menderita. Maafkan saya."

Li Sicheng memeluk bahu isterinya sambil mendengar kata-kata penyesalan Rong Haiyue. Dia berasa simpati terhadap kedua-dua insan di hadapannya itu. Menjelma pagi, Rong Haiyue meminta Su Qianci pergi ke hospital untuk melakukan ujian DNA. Su Qianci bersetuju dan langsung tidak tidur pada malam itu. Rong Haiyue menghantar beberapa orang untuk melindungi pasangan itu. Selepas berehat seketika di hotel, mereka menaiki kapal terbang pulang ke Kingstown.

Tiba di Kingstown, Li Sicheng mendapat satu mesej bergambar daripada Rong Haiyue.

Kemungkinan lelaki itu bapa kandung Su Qianci adalah sebanyak 99.999999…%

Sudah terbukti Su Qianci sememangnya anak kandung Rong Haiyue.

Su Qianci merenung lama gambar yang dihantar oleh Rong Haiyue dengan perasaan yang bercampur-baur. "Patutkah saya beritahu Ayah Song?" 

Li Sicheng membelai rambut isterinya dengan lembut dan berkata perlahan, "Kamu rasa dia patut tahu?"

"Ya… tapi ia terlalu kejam."

"Kita tunggu dan lihat sajalah. Dia pun dah lama tahu yang kamu bukan anak kandungnya, tetapi kamu juga ialah anak Rong Xuan. Bila mereka berdua akhirnya bertemu, mereka akan terus tahu sendiri."

"Okey."

Pada hari ketujuh Tahun Baru, Yang masih belum masuk kerja, jadi Li Sicheng membawa isterinya menaiki teksi.

Ketika mereka baru sahaja menaiki teksi, Li Sicheng menerima panggilan dariapda Laurel. Suara wanita itu kedengaran tergesa-gesa. "Tuan, Cik Tang dah gila!"

Related Books

Popular novel hashtag