Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 465 - Seperti Bidadari

Chapter 465 - Seperti Bidadari

Li Sicheng memandu kereta dengan tenang sambil memegang tangan Su Qianci dengan sebelah tangannya. "Kamu takut?"

"Tak, cuma rasa tak sedap hati. Rasa macam ada orang sedang perhatikan kita."

"Polis di belakang?"

"Tak, orang lain. Ada orang yang perhatikan kita dari awal, tapi saya tak tahu dia ada di mana." Sejak dihidupkan kembali, deria keenam Su Qianci menjadi lebih tajam. Walaupun dia tidak tahu dari mana sumbernya, tetapi setiap kali dia merasakan sesuatu akan berlaku, kejadian buruk akan terus terjadi. Hatinya berasa gelisah dan dia melihat sekeliling mereka. Dia dapat merasakan pandangan mata yang memerhatikan mereka semakin jauh. Dia pasti suspek itu ada di belakang kereta-kereta polis tadi. Tetapi kenapa mereka tidak menjumpainya?

*****

Yu Lili selalu berasa mengantuk sejak beberapa hari ini. Dia masuk tidur jam 9 malam dan bangun jam 11 pagi keesokannya, tetapi kembali tertidur menjelang tengah hari. Kemudian dia tertidur lagi jam 3 petang dan hanya terjaga apabila diusik oleh seseorang yang berbaring di sebelahnya. Ou Ming sedang memeluknya sambil menjilat bibirnya. Apabila menyedari Yu Lili telah terjaga, Ou Ming bergerak lebih agresif. Yu Lili memaut leher Ou Ming dengan mata yang masih sembab. Kehangatan yang ditimbulkan oleh Ou Ming hampir membuatkan dia berasa tidak berdaya.

Ou Ming memasukkan zakarnya ke bahagian sulit Yu Lili dan bergerak perlahan. Yu Lili menjerit keasyikan dan menggerakkan pinggangnya ke atas dan ke bawah. Pergerakan Yu Lili tanpa sedar itu membuatkan Ou Ming semakin seronok dan dia bergerak semakin pantas. Akhirnya dia menggunakan kondom dan menghantar Yu Lili ke awangan. Yu Lili yang keletihan terkulai di bawah tubuh Ou Ming.

Ou Ming menanggalkan kondom itu dan matanya seakan sedikit bersinar. Dia memeluk Yu Lili dan berkata, "Hei, hari ni hari jadi kamu."

"Ya," kata Yu Lili, tetapi tiba-tiba teringat sesuatu dan terus menumbuk Ou Ming. "Jadi kenapa kau lakukannya? Macam mana aku nak ke parti nanti?"

Ou Ming tersenyum licik dan mendukung Yu Lili ke bilik air. Ketika sedang membantu Yu Lili mandi, dia mengira sesuatu dengan perlahan. Yu Lili menyedari Ou Ming sedang memikirkan sesuatu lalu melempar air ke muka Ou Ming dan bertanya, "Hei, kau fikir apa?"

Ou Ming mengangkat Yu Lili, mencampakkannya ke dalam tab mandi lalu terus menggeletek wanita itu dengan tangan besarnya. "Nakal ya, kamu cari nahas."

Yu Lili ketawa kegelian kerana digeletek lalu memegang tangan Ou Ming, "Hei, janganlah! Geli!!"

Ou Ming ketawa lalu menarik Yu Lili dan membantu membersihkan tubuh wanita itu. Dia mengetap gigi dan berkata, "Aku akan uruskan kau malam ni."

Yu Lili tersenyum, mengelap tubuhnya lalu terus keluar dari bilik air itu. Dia memilih sehelai gaun merah yang berkolar tinggi tanpa lengan. Gaun itu menutup lehernya dan mendedahkan bahunya. Dia kelihatan matang, seksi dan anggun memakainya.

Ou Ming memeluk pinggang Yu Lili dan mengangkat dagu wanita itu dengan jarinya yang panjang. Dia bersiul perlahan. "Hei, kenapa kau cantik sangat? Macam bidadari."

Yu Lili tersenyum licik. Dia memegang kepada Ou Ming lalu mengenyit matanya dan berkata, "Aku bidadari yang akan tarik nyawa kau dan biarkan kau mati dalam keadaan yang teruk."

"Mati di bawah bunga peony jadikan seseorang hantu yang romantik…" Ou Ming merebahkan Yu Lili ke atas katil dan menindih tubuh wanita itu. "Mati untuk kau jadikan ia berbaloi."

Related Books

Popular novel hashtag