Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 456 - Sepantas Mesin

Chapter 456 - Sepantas Mesin

"Tapi, tapi…"

"Kenapa? Ia katil saiz besar, kamu boleh ambil sebahagian besar ruangnya untuk tidur. Cukup?"

Cheng You dapat melihat penyambut tetamu itu tersenyum. Walaupun dia cuba menebalkan muka, wajahnya yang bertukar kemerahan tidak dapat disembunyikan. Selepas mendapat nombor kad pengenalan Cheng You, penyambut tetamu itu mendaftarkannya dan menjemput mereka ke bilik.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik hotel itu, Rong Rui terus masuk ke dalam bilik air dan Cheng You mendengar bunyi pancuran mandi dibuka.

Jantung Cheng You berdegup kencang. Lelaki itu… mandi! Tetapi apa yang patut dia lakukan? Dia perlu mandi jugakah? Cheng You teragak-agak seketika sebelum menanggalkan jaket, melipatnya lalu meletakkan jaket itu di atas kerusi. Pendingin hawa bilik itu telah dipasang dan Cheng You merasakan dirinya kini selesa dan hangat. Dia mengecas telefonnya dan ternampak satu nota di meja sisi yang membuatkan pipinya kemerahan: 'Alat pencegahan' ada di dalam laci.

Oops…

Sebaik melihat kondom yang dikatakan, wajah Cheng You bertukar merah.

Terdapat beberapa botol mineral di atas meja. Cheng You mengambil salah satu botol dan meminumnya sehingga separuh. Selepas itu, dia menyedari bunyi air di dalam bilik air telah berhenti. Dia berasa terkejut. Cheng You segera menutup kembali botol mineral itu dan mengambil telefon bimbitnya dan berpura-pura sedang bermain dengannya. Walau bagaimanapun, telefonnya langsung tidak dapat dibuka. Cheng You cuba menghidupkannya berkali-kali tetapi skrin itu tetap gelap.

Dia tiba-tiba teringat dia telah menghempas telefon itu ke atas kaunter di kedai tadi… Tak mungkin kualiti telefonnya seteruk itu?

Sebaik sahaja pintu bilik air terbuka, Cheng You terkaku dan jantungnya berdegup sepantas mesin. Rong Rui keluar dengan memakai baju tidur berwarna kuning air. Baju itu jelas adalah kepunyaannya. Dia sedang mengeringkan rambutnya ketika dia melihat Cheng You membelakanginya lalu berkata, "Hei, pergi mandi."

"Saya… saya tak nak mandi. Saya tak ada baju untuk ditukar," kata Cheng You tergagap-gagap dengan wajah kemerahan.

"Kotor betul. Lagipun kamu busuk!"

"Tipu!" Cheng You bangun dan memandang Rong Rui. Dia mengangkat kepalanya dengan yakin. "Saya dah mandi di rumah tadi!"

"Kalau macam tu kamu boleh tidur di lantai. Kalau kamu tak mandi, saya tak akan tidur dengan kamu." Rong Rui selesai mengeringkan rambutnya dan duduk di atas katil.

"Saya tak kisahlah tidur atas lantai!"

Siapa mahu tidur dengan dia? Tak tahu malu! Cheng You memuncungkan bibirnya dan duduk di atas karpet sambil cuba membaiki telefonnya.

Setelah kedua-dua mereka diam selama beberapa minit, Rong Rui berkata, "Hei, saya berguraulah."

Cheng You tidak menghiraukannya.

"Naiklah, bawah tu kotor."

Cheng You masih tidak mempedulikannya.

Rong Rui mengeluh lalu bangun sebelum mengangkat Cheng You dari belakang. Cheng You menjerit terkejut. Sebaik sahaja menyedari perkara yang berlaku, dia telah dilempar ke atas katil. Katil yang besar itu bergoyang sedikit sebaik menerima tubuhnya.

Rong Rui menyelimutkannya dan berkata, "Tidurlah!"

Cheng You berasa jengkel kerana ditutup dengan selimut hingga ke matanya. "Kamu memang teruk! Tak tahukah kelakuan kamu boleh buat orang mati sakit jantung!"

Rong Rui tidak menjawab. Dia menarik sebahagian selimut itu dan berbaring. Cheng You berbaring di hujung katil sambil memeluk tubuhnya. Dia berada di hujung selimut kerana bimbang Rong Rui akan 'menyerang' secara tiba-tiba.

"Janganlah jauh sangat. Saya tak akan makan kamu. Mari sini."

Cheng You berpura-pura tidak mendengarnya, tetapi Rong Rui terus menariknya ke tengah katil…

Related Books

Popular novel hashtag