Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 432 - Saya Mampu Bunuh Kamu

Chapter 432 - Saya Mampu Bunuh Kamu

Sebaik sahaja Su Qianci menaiki tangga, dia mendengar jeritan beberapa orang. Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi dan topeng mulut berlari ke arah tangga. Su Qianci hanya dapat melihat matanya. Ketika berlari melepasinya, lelaki itu memandangnya sekilas sebelum terus berlari. Walau bagaimanapun, lelaki itu mula dikepung.

Beberapa orang yang memakai pakaian biasa dan memegang pistol menjerit, "Berhenti, polis!"

Lelaki itu berundur, tetapi dia telah dikelilingi oleh pegawai-pegawai polis yang memakai baju biasa. Orang ramai sedang sibuk melarikan diri kerana takut akan menjadi mangsa dalam kejadian tembak-menembak. Su Qianci juga tidak terkecuali.

Walau bagaimanapun, dia merupakan orang yang terdekat dengan lelaki itu. Lelaki itu menarik lengan Su Qianci dan membuatkan Su Qianci terus menjerit ketakutan. "Jangan sentuh saya, lepaskan!" Sebilah pisau tajam diacukan ke wajahnya. Su Qianci terus bergelut semakin kuat.

"Jangan bergerak!" Kedengaran suara lelaki itu dari sebalik topeng yang dipakainya berselang-seli dengan nafas yang turun naik. Walau bagaimanapun, Su Qianci merasakan seperti pernah mendengar suara itu. "Aku tak akan apa-apakan kau kalau kau ikut saja." Suara lelaki itu sangat perlahan dan hanya boleh didengari oleh mereka berdua.

Su Qianci mula diam tetapi jantungnya masih berdegup kencang. Dia mengetapkan bibirnya dan tubuhnya menggeletar ketakutan.

"Pergi! Atau aku akan mati bersama dia!" Lelaki itu menjerit.

Li Sicheng yang berjalan keluar bersama Li Jinnan segera mendengar kekecohan itu. Dia mendapat firasat buruk lalu bergegas ke tempat itu dan melihat isterinya sedang dijadikan tebusan. Jantungnya terasa seakan terhenti. Wajah Li Sicheng pucat ketika dia cuba bertenang dan berkata, "Jangan bertindak melulu. Dia isteri saya dan saya Li Sicheng. Kamu mesti kenal saya."

Lelaki bertopeng itu memandang Li Sicheng dan Li Jinnan, kemudian mengemaskan pegangannya pada Su Qianci dan berundur. "Suruh mereka lepaskan aku. Kalau tak, aku tak dapat jamin apa aku akan buat."

Wajah Li Sicheng pucat dan hatinya gementar, tetapi pandangannya masih tenang. "Okey. Dengar sini, isteri saya sedang mengandung dan tak boleh ambil sebarang risiko. Kalau apa-apa terjadi pada dia atau kandungannya, kamu mesti tahu yang saya mampu untuk bunuh kamu."

Lelaki bertopeng itu ketawa mendengus. "Dah tentu. Li Sicheng, siapa tak kenal kau? Tapi sekarang bukan aku yang bahayakan nyawa isteri kau, tapi polis-polis ini! Suruh mereka pergi!"

"Kamu semua tak dengarkah? Berundur!" Li Sicheng menjerit. "Biarkan dia pergi!"

"Berundur!" Seorang anggota memberi arahan. "Kita perlu utamakan keselamatan tebusan."

Polis-polis itu berundur perlahan-lahana. Seorang polis wanita mengetap gigi dan berkata dengan berat hati, "Ini bukan kali pertama lelaki ini seludup dan jual dadah. Kami bekerja keras untuk tangkap dia waktu dia sedang lakukannya…"

Walau bagaimanapun, pandangan menakutkan Li Sicheng membuatkan polis wanita itu menelan kembali kata-katanya. Lelaki bertopeng itu berundur perlahan-lahan sambil menarik Su Qianci. Sekejap-sekejap dia melihat ke belakang kerana bimbang seseorang akan menerkamnya. Dia melihat sekelilingnya dan sangat berhati-hati.

Related Books

Popular novel hashtag