Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 408 - Hodohnya, Tak Mampu Saya Pandang Kamu

Chapter 408 - Hodohnya, Tak Mampu Saya Pandang Kamu

Walau bagaimanapun, Su Qianci terus teringat sesuatu yang dibacanya di internet dan bertanya, "Saya dengar keputusan ujian itu akan ambil masa selama enam minggu."

Wajah Liu Quan kelihatan sedikit kecewa. Dia gembira melihat Su Qianci menangis tetapi cuba berlakon simpati. "Mungkin disebabkan ia masih dalam tempoh pendam, jadi keputusan belum tunjukkan apa-apa. Tetapi dengan keadaan kamu, saya pasti yang kamu dah dijangkiti. Pergilah balik dan uruskan hal pengebumian kamu."

Su Qianci terus menangis. "Apa patut saya buat? Saya tak mahu mati."

"Tak ada apa-apa yang kamu boleh buat sekarang. Kamu dah lakukan seks dengan lelaki itu." Liu Quan mendepakan tangannya, mengisyaratkan yang dia tidak boleh membantu Su Qianci lagi. "Baiklah, berhenti menangis. Baik kamu balik rumah dan ceritakan semuanya kepada suami kamu untuk cari jalan penyelesaian."

Tidak mungkin dia mampu… beritahu Li Sicheng yang dia telah dirogol dan berkemungkinan menghidapi AIDS? Atau mungkin Li Sicheng sudah tahu?

Selepas Su Qianci keluar dari bilik itu dengan fikiran yang berserabut, Liu Quan terus ketawa. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menelefon adiknya Liu Anan. Liu Anan menjawab panggilan itu, "Helo?"

"Hi, Anan. Aku dah tolong kau balas dendam dengan sangat hebat. Macam mana kau nak balas jasa aku?"

…..

Sebaik tiba di rumah, Su Qianci mengunci dirinya di dalam bilik sambil menangis dan langsung tidak keluar untuk makan. Nenek Rong berasa sangat risau. Su Qianci tetap tidak membuka pintu tidak kira berapa kuat dia mengetuk. Selepas beberapa jam menangis, akhirnya Su Qianci tertidur. Dia hanya terjaga apabila merasakan seseorang menanggalkan bajunya. Su Qianci terus membuka matanya dan menangkap tangan itu.

Li Sicheng terkejut dengan pergerakan tiba-tiba itu. Dia membantu Su Qianci bangun dan menanggalkan jaketnya. "Nenek Rong kata kamu belum makan?" Suaranya dalam dan lembut, dia kedengaran keletihan selepas perjalanan jauh. Raut wajahnya jelas menunjukkan dia telah bergegas pulang. Hari ini adalah hari keempat sejak trip perniagaannya.

Su Qianci mengetap bibirnya lalu air matanya jatuh ke pipi.

Li Sicheng menyapu air mata isterinya itu dan berkata dengan risau, "Kenapa kamu menangis?"

Su Qianci mengelap air matanya dengan lengan bajunya lalu memeluk Li Sicheng sambil teresak-esak. Li Sicheng membelai rambutnya dan mengangkat wajah Su Qianci. Dia merenung mata isterinya dan bertanya, "Kenapa ni? Ada apa-apa berlaku?"

Su Qianci menggeleng dan mengetap giginya. Hidungnya kelihatan berair. Li Sicheng ketawa kecil lalu mengambil tisu untuk mengelap hidung isterinya. "Hodohnya, tak mampu saya nak pandang kamu."

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan dan dia berpaling lalu mengelap air mata dan hingusnya. "Encik Li, saya…"

"Ya?" Li Sicheng menanggalkan jaketnya dan melemparkannya ke atas sofa. Dia duduk di atas katil itu lalu merenung isterinya. "Apa yang kamu nak cakap?"

"Saya…" Su Qianci teresak dan matanya kembali merah.

Li Sicheng mengeluh perlahan dan terus memeluk isterinya. "Sejuk betul di luar. Tak ada apa yang lebih seronok daripada peluk isteri sendiri waktu ini."

Dalam sekelip mata, Li Sicheng sudahpun mencium bibir Su Qianci. Ciuman itu sangat dalam dan membuatkan jantung Su Qianci berdegup laju. Dia memeluk suaminya kembali. Li Sicheng menolaknya sehingga terbaring dan menyelukkan tangannya ke dalam baju Su Qianci. Nafas Li Sicheng kedengaran turun naik.

Su Qianci tiba-tiba teringat sesuatu lalu mengangkat kepalanya ke atas sambil menjerit, "Jangan!"

"Kenapa?" Li Sicheng memandangnya tetapi tangannya terus bergerak untuk menanggalkan baju isterinya.

Related Books

Popular novel hashtag