Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 403 - Terkejut Melihat Tang Mengying

Chapter 403 - Terkejut Melihat Tang Mengying

Li Sicheng membawa Su Qianci ke bilik Tang Mengying. Tang Mengying sedang berbaring di atas katilnya sambil merenung siling. Tangannya masih disambung dengan drip air. Apabila menyedari seseorang masuk ke dalam bilik itu, matanya bersinar tetapi masih tidak fokus. Sebaik sahaja dia menoleh dan melihat pasangan itu, matanya terus dipenuhi dengan kebencian. Dia terjun dari katilnya dan menanggalkan wayar drip di tangannya sebelum menerkam Su Qianci dan menjerit, "Kau perempuan jalang!" Suara nyaringnya kedengaran sehingga ke luar bilik itu.

Su Qianci terkejut dan berundur. Li Sicheng menarik isterinya ke belakangnya lalu merenung Tang Mengying dengan dingin. Dia menyekat Tang Mengying sebelum menolaknya tanpa belas kasihan.

Tang Mengying memegang perutnya dan merenung Su Qianci. "Li Sicheng… Hahaha… Sampai jugak kau akhirnya!" Kemudian dia cuba menerkam Li Sicheng sambil menjerit seperti orang gila, "Jangan halang aku!"

Li Sicheng terus keluar dari bilik itu sambil memeluk Su Qianci. Dia menutup pintu dan memegang tombol pintu itu dengan kuat.

"Ahhh! Sial! Buka pintu ini! Li Sicheng, kau binatang!" Tang Mengying menarik pintu itu dengan seluruh kekuatannya tetapi gagal membukanya. Akhirnya dia berputus asa lalu bersandar pada dinding kaca itu sambil memandang mereka dengan marah. "Mari sini dan bunuh aku! Li Sicheng, kau pengecut!" Dia menjerit sambil menumbuk-numbuk dinding kaca itu dengan tangannya. Kesan darah dari tangannya kelihatan pada dinding kaca itu.

Su Qianci yang ketakutan melihat kelakuan Tang Mengying terus memeluk suaminya sambil memandang dinding kaca itu. Ia kini dipenuhi dengan darah dari tangan Tang Mengying. Su Qianci terkejut dan menjerit, "Panggil doktor!" Oleh kerana Tang Mengying bersalin dengan pembedahan, pergerakannya yang ganas telah menyebabkan luka pembedahannya terbuka dan menumpahkan darah yang banyak. Keadaannya sangat teruk. Su Qianci sangat terkedu ketika melihat Tang Mengying disuntik ubat penenang dan ditolak ke dalam wad pembedahan.

"Jom balik rumah," kata Li Sicheng sambil memaut bahunya. "Kamu takut?"

Su Qianci menggelengkan kepalanya sedikit dan mendongak ke arah suaminya. "Jom balik."

Ketika mereka masuk ke dalam kereta, Li Sicheng menerima panggilan dari rumah lama. "Ya, dia dah keluar dari hospital… Okey… Esok boleh? Dia tak begitu sihat sekarang… Okey."

Li Sicheng memutuskan talian dan berkata, "Atuk suruh bawa kamu ke rumah lama. Saya tolak."

"Baguslah." Su Qianci tiada mood untuk ke sana buat masa ini. Dia bersandar ke lengan suaminya.

Apabila mereka tiba di rumah, Nenek Rong telah menyiapkan makan malam. Dia menyediakan makanan yang sesuai untuk kesihatan Su Qianci. Su Qianci menjamah sedikit makanan itu dan berasa mengantuk. Dia masuk ke bilik dan tidur sehingga tengah malam.

Apabila terjaga, dia mendapati Li Sicheng tiada di atas katil. Su Qianci melihat jam yang menunjukkan pukul 11 malam. Dia berjalan keluar dari bilik itu tanpa memakai selipar dan melihat Li Sicheng yang memakai baju tidur sedang berbual melalui telefon di balkoni. Li Sicheng melihatnya dan terus tunduk memandang kaki Su Qianci yang tidak memakai selipar. Wajahnya terus berkerut dan dia menunjuk ke arah kaki isterinya itu.

Su Qianci cepat-cepat berundur lalu masuk ke dalam bilik dan kembali berbaring di atas katil.

Related Books

Popular novel hashtag