Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 396 - Kamu Jahat

Chapter 396 - Kamu Jahat

Selepas lukanya dicuci dan pemindahan darah ke dalam tubuhnya dilakukan, keadaan Su Qianci semakin membaik. "Saya nak jumpa dia. Boleh kamu bawa saya?"

"Tak sesuai."

"Apa yang tak sesuai?" Selepas bertanya, Su Qianci terfikir sesuatu dan memuncungkan bibirnya. "Apa yang kamu fikir? Usianya dah sesuai jadi ayah saya. Tak ada apa-apa akan berlaku antara kami."

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng memicit hidung Su Qianci dan berkata, "Kamu ingat fikiran saya sesempit itukah?"

"Bukan ya?"

"Saya dengar isterinya baru tiba dari bandar. Dah hampir setengah bulan Rong Haiyue berada di Kingstown, jadi pasti banyak yang mereka mahu bualkan."

"Oh…" Su Qianci mengangguk faham. "Okey, bawa saya jumpa dia esok ya."

Li Sicheng mengangguk dan sekali lagi cuba menanggalkan jaket yang dipakai isterinya. "Tidurlah."

"Saya tak mengantuk. Su Qianci menolak tangan suaminya. "Bila kali terakhir kamu tidur? Tengoklah lingkaran gelap bawah mata kamu itu," kata Su Qianci sambil memegang wajah suaminya dengan penuh kerisauan. "Baringlah sekejap. Saya tak mengantuk."

 "Katil ini terlalu kecil."

"Tak adalah. Saya boleh duduk di kerusi."

"Jangan."

Su Qianci mahu memberikan katilnya kepadanya?

"Apa kata kamu balik rumah dan berehat?"

"Tak mahu."

"Kalau macam tu, apa kata saya daftar keluar dan balik rumah bersama kamu."

"Tak boleh. Demam kamu belum surut. Suhu badan kamu masih tinggi."

Su Qianci mula merajuk. "Jadi apa yang kamu nak?"

Li Sicheng memandang Su Qianci dan menyentuh dahinya sambil tersenyum. Matanya kelihatan penuh dengan cinta. Dia berbisik, "Kamu tidur dan saya akan jaga kamu."

"Tak nak!"

"Kalau macam tu, kamu pegang tangan saya, saya tidur di atas meja."

"Tak nak!"

"Jadi, apa kata kita tidur bersama-sama?"

"Mana boleh!" Su Qianci segera membantah. "Saya masih demam, nanti berjangkit kepada kamu."

"Saya kuat."

"Tak boleh!"

Apa yang lebih penting, Su Qianci bimbang dirinya telah dijangkiti AIDS.

Bagaimana kalau…

"Okeylah, kamu tidur. Saya akan duduk di sini."

"Kamu…" Su Qianci berasa kesal lalu menggigit lengan suaminya. "Pergilah balik. Saya tak mahu kamu di sini."

Li Sicheng menangkap tangan isterinya dan berbisik, "Kamu tak mahu saya, jadi apa kamu mahu?"

"Kamu jahat."

"Kamu pun. Saya tak kata pun saya tak mahu kamu."

Su Qianci terdiam.

"Jadi budak baik dan rehat."

Perlahan-lahan Su Qianci menanggalkan jaket yang dipakainya dan menghulurkannya kepada Li Sicheng.

Li Sicheng tersenyum kerana dapat apa yang dimahukannya. Dia menggantung jaket itu dan berpaling. Su Qianci telah bergerak ke sisi katil dan meninggalkan separuh bahagian katil itu untuknya.

"Naiklah dan tidur sekejap."

"Baiklah, Puan Li." Li Sicheng menanggalkan jaket dan kasutnya, menutup lampu dan naik ke atas katil itu. Kemudian dia terus menarik Su Qianci ke dalam pelukanna dan tunduk untuk mencium bibir isterinya itu. Jantung Su Qianci berdegup kencang dan dia segera menjauhkan bibirnya sehingga Li Sicheng tercium dagunya.

"Saya tak sihat. Kamu tak boleh cium saya sekarang, nanti berjangkit."

"Saya lelaki kuat dan saya tak kisah."

"Tapi saya kisah!" Su Qianci membetulkan kedudukannya dan menolak perlahan wajah suaminya. "Tidur elok-elok."

"Baik, puan." Li Sicheng memeluk pinggang isterinya sebelum menutup mata. Li Sicheng pasti teramat letih. Dia terus tertidur dengan nafas yang turun naik.

Su Qianci menyentuh wajah suaminya itu. Disebabkan tubuhnya sedang panas, dia merasakan kulit Li Sicheng agak sejuk. Dia mengelus lembut wajah itu dengan tangannya dan terus merenung lelaki itu buat seketika…

Related Books

Popular novel hashtag