Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 391 - Hiburkan Puan Tang

Chapter 391 - Hiburkan Puan Tang

Li Sicheng menendang perut Puan Tang.

"Li Sicheng, kamu akan bunuh dia!"

Orang di sekelilingnya mula panik. Dua lelaki cuba menghentikannya tetapi gagal kerana Li Sicheng sangat tekad. Dia telah hilang kawalan sepenuhnya. Matanya kemerahan dan dia menendang dan menumbuk Puan Tang sehingga wanita itu rebah sebelum dia dihentikan oleh empat lelaki yang sasa. Tiba-tiba mereka mendengar suara seorang lelaki merintih.

Seorang tentera yang datang bersama ahli keluarga Li pergi ke arah suara itu dan berkata, "Rasanya lelaki ini dah diberi dadah… tengok…"

Puan Tang ketawa dingin sebaik mendengar kata-kata itu.

Semua orang berpaling ke arahnya. Dia menyeringai dengan giginya yang dipenuhi darah. Suaranya kedengaran kejam dan dia berkata, "Aku cuma nak hiburkan perempuan jalang itu. Tapi kau bawa ramai orang ke sini, jadi aku terpaksa bunuh dia. Kau yang menyebabkan kematian isteri kau."

Li Sicheng sangat marah tetapi cuba bertenang. Renungan matanya sangat dingin sehingga membuatkan Puan Tang menggeletar. "Kalau begitu, kau saja yang ambil dia," kata-kata Li Sicheng membuatkan wajah Puan Tang serta-merta menjadi pucat.

"Bawa mereka berdua ke dalam kereta dan pastikan Puan Tang dihiburkan."

"Baik!" Dua orang membawa Puan Tang ke salah satu kereta. Puan Tang tersedar Li Sicheng tidak bergurau.

"Tidak, jangan! Li Sicheng, kau akan terima balasan! Kau akan dipanah petir dan mati…" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Puan Tang ditolak ke dalam kereta diikuti oleh Monyet. Kemudian seseorang memandu kereta itu ke kawasan yang sunyi.

Seseorang menggeletar dan menggumam, "Lelaki itu… ada AIDS…"

Tangan Su Qianci masih terikat. Dia tidak tahu sama ada dia sedang sedar atau tidak. Nafasnya terasa sesak dan dia teringat sesuatu ketika air terus memenuhi paru-parunya. Rong Haiyue terpaksa berhempas-pulas bagi menangkapnya di dalam sungai itu. Lelaki itu menggunakan seluruh kekuatannya yang ada untuk berenang sambil menarik Su Qianci. Syukurlah terdapat tangga berdekatan mereka di tepi sungai itu. Jika tidak, Rong Haiyue tidak tahu berapa lama dia mampu bertahan.

Su Qianci memakai pakaian tebal disebabkan cuaca yang sejuk. Jaket yang menjadi berat apabila basah, baju sejuk tebal dan baju panjang. Rong Haiyue tersenyum pahit melihat pakaian-pakaian itu yang membuatkan Su Qianci tenggelam sebentar tadi.

Rong Haiyue meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri lalu menekan dada Su Qianci dengan kuat. Selepas melakukannya berkali-kali, akhirnya Su Qianci memuntahkan air. Su Qianci mula sedikit sedar dan cuba membuka matanya, tetapi gagal kerana kepalanya terlalu sakit. Melihat keadaannya itu, Rong Haiyue melepaskan nafas lega. Dia mahu mengangkat Su Qianci tetapi lengannya yang cedera menghalangnya. Semua kekuatannya seolah-olah hilang disebabkan kecederaan itu. Seluruh lengannya merah dibasahi darah. Rong Haiyue menyedari dirinya semakin lemah dan kepalanya semakin pening.