Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 367 - Anak Perempuan Song Yifan

Chapter 367 - Anak Perempuan Song Yifan

"Hahaha… Disebabkan pesanan bertambah, biasalah kadar kerosakan juga akan meningkat. Kamu dah dapatkan bahan-bahan yang saya pesan tempoh hari?"

"Ya, ia ada di dalam gudang."

"Bagus. Jaga ia baik-baik. Hubungi wakil Jerman dan beritahu mereka kita mungkin akan pesan lebih banyak bahan. Beritahu wakil Shengfeng juga yang saya akan tiba di sana sekejap lagi."

"Okey," jawab setiausaha itu sambil mengangguk.

"Cuma saya rasa agak pelik. Shengfeng dah beberapa kali berurusan dengan kita, tapi mereka tak pernah buat pesanan sebanyak ini. Entah apa agaknya yang berlaku," kata Tang Zhenghao dengan dahi yang berkerut.

Setiausahanya senyum dan berkata, "Itu bermakna mereka dah nampak kekuatan kita. Kita jenama yang dah lama ada dalam industri ini. Walaupun Kumpulan Li memberi persaingan kepada kita, pengeluaran kita juga berkembang sepantas mereka. Mungkin ini adalah titik perubahan?

Tang Zhenghao puas hati mendengar kata-kata itu lalu tersenyum. "Bagus. Pergilah lakukan kerja kamu."

Selepas setiausahanya keluar dari bilik itu, Tang Zhenghao menggeliat sebelum turut keluar dari situ dengan hati yang senang. Pesanan yang bertambah lima kali ganda… Jika dia dapat menguruskan pesanan itu, ia akan membawa untung paling besar pernah dicapainya sepanjang bertahun-tahun dia menguruskan syarikat ini.

Su Qianci….. Walaupun dia bukan artis hiburan, popularitinya telah melonjak naik dengan hebat. Pengikutnya di Weibo lebih ramai daripada pengikut semua artis lain. Beberapa media turut menulis tentang latar belakangnya dengan tajuk "Apa Yang Kamu Tidak Tahu Tentang Wanita Kaya." Namanya dan nama pemain piano terkenal Song Yifan berada di kedudukan teratas.

"Anak Song Yifan?" Rong Haiyue membaca tajuk berita yang terpapar pada skrin telefonnya lalu menekan pautan berita itu. Dia terus melihat satu wajah kecil yang cantik. Gadis dalam gambar itu kelihatan remaja. Wajahnya mengukir senyuman dan dia kelihatan ceria. Rong Haiyue bingung seketika. Kemudian dia menoleh ke arah gambar perkahwinan di atas mejanya. Dalam gambar itu, Rong Haiyue tersenyum bahagia, tetapi wanita di sebelahnya kelihatan dingin dan janggal. Wanita dalam gambar perkahwinan itu saling tidak tumpah seperti gadis dalam berita yang dibacanya. Tetapi, gadis ini ialah anak Song Yifan? Rong Haiyue menggenggam telefon itu dengan erat sebelum bangun dan berjalan keluar.

Rong Anna yang juga mahu keluar bertembung dengan ayahnya. "Papa, Papa nak keluar?"

Rong Haiyue mengangguk dan berkata, "Papa cari Mama kamu. Mana dia?"

"Oh, Mama dah keluar awal pagi tadi. Cuba ayah telefon dia. Saya pergi dulu. Muah! Selamat jalan Papa!"

Keceriaan anaknya itu membuatkan dia berasa lebih baik. Pandangannya menjadi lembut. "Selamat jalan."

Rong Anna ketawa dan pergi. Rong Haiyue mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor isterinya.

Panggilan itu segera dijawab. "Helo?"

"Kamu di mana?"

"Di pusat seni, ada bengkel," kata isterinya ringkas tetapi padat.

"Pukul berapa kamu balik?"

"Kamu perlukan apa-apakah?"

Rong Haiyue tersenyum dan berkata, "Saya rindukan kamu."

Selepas diam seketika, isterinya berkata, "Rong Haiyue, saya sedang sibuk."

Kemudian panggilan itu terus diputuskan. Rong Haiyue mengetawakan dirinya sendiri dalam hati. Kemudian dia menghantar mesej kepada isterinya itu: 'Saya akan ke Kingstown selama setengah bulan.' Isterinya menghantar balasan: 'bon voyage.'

Matanya mengecil dan dia melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya. "Xuan Sayang." 

Related Books

Popular novel hashtag