Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 361 - Saya Tak Boleh Tunggu

Chapter 361 - Saya Tak Boleh Tunggu

Suami saya…

Dua patah perkataan itu membuatkan hati Li Sicheng yang tenang menjadi bergelora. Riak wajahnya akhirnya berubah. Dia menoleh ke arah Su Qianci dan melihat wajah yang cantik itu. Su Qianci sedang tersenyum dengan pandangan mata yang sinis, sama seperti ketika mereka di atas katil pada hari itu…

Matanya menjadi dalam. Dia menarik tangan lembut Su Qianci yang terasa agak sejuk. Su Qianci memandangnya sekilas sebelum kembali memandang Puan Tang. "Tang Mengying dah dewasa. Dia boleh berfikir dan ada kehidupan sendiri. Waktu dalam jagaan kamu juga dia dapat melarikan diri. Bagaimana kamu boleh tuduh suami saya larikan dia daripada kamu?"

Suami saya. Ia kedengaran hebat! Li Sicheng menguatkan genggamannya pada tangan Su Qianci. Matanya kelihatan bercahaya.

"Kau perempuan jalang. Kau pun si penjahat. Kalau bukan kerana kau, anak aku tak akan terseksa sebegini," kata Puan Tang dengan marah.

"Kamu sedang menceroboh. Kalau kamu tak pergi sekarang, saya akan telefon polis." Su Qianci mengambil telefon dan menunjukkannya kepada Puan Tang.

"Kalau berani cubalah!"

Mata Li Sicheng menjadi dingin ketika Su Qianci mula mendail tiga nombor.

"Helo, ini Jalan ***, No. 88, rumah keluarga Li. Nama keluarga saya Su. Ada seseorang…"

"Cukup!" jerit Puan Tang. "Kau betul-betul telefon polis? Kau tunggu!"

"Tuan dengar kan. Dia bukan saja menceroboh tetapi juga menyebar fitnah tentang saya dan suami saya. Dia cuba ugut kami."

Puan Tang yang menggeletar kerana marah cuba merampas telefon yang dipegang Su Qianci. Walau bagaimanapun, Li Beixing berada di sebelah mereka dan tidak akan membiarkannya.

Li Beixing terus memegang Puan Tang dan menariknya ke pintu. "Maaf Puan Tang. Keluarga saya nak sambut perayaan. Kamu boleh minta polis untuk carikan anak kamu."

Puan Tang bergelut dan menjerit, tetapi tidak berjaya melepaskan dirinya. Selepas menolak Puan Tang keluar, Li Beixing menutup pintu dan menguncinya. "Perangai orang kadang-kadang mengejutkan betul," katanya sebaik kembali ke ruang tamu. Tetapi dia tiba-tiba menyedari suasana di situ agak pelik.

Li Sicheng sedang memegang tangan Su Qianci, tetapi Su Qianci kelihatan tidak begitu gembira.

Li Beixing menghampiri mereka dan berkata dengan senyuman, "Tak sangka betul, adik ipar. Itu langkah yang berani. Kamu terus telefon polis. Jadi nanti ada polis yang akan datang?"

 "Tak ada," kata Su Qianci dengan senyuman yang dibuat-buat. Dia mahu menarik tangannya dari genggaman Li Sicheng, tetapi suaminya itu terus menggenggamnya dengan kuat. "Jom kita makan."

"Saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu."

"Tunggu selepas makan."

"Saya tak boleh tunggu." Li Sicheng bangun dan terus menarik Su Qianci ke bilik mereka. Su Qianci menjerit kecil dan hampir terjatuh ditarik di belakang Li Sicheng. Dia berasa risau dan menggerenyet apabila dapat merasakan renungan daripada keluarga Li di belakang mereka. Li Sicheng terus menariknya ke dalam bilik mereka dan mengunci pintu.

"Apa yang kamu… mmm…" Belum sempat Su Qianci berkata apa-apa, bibirnya telahpun dicium. Matanya terbeliak dan dia bergelut tanpa sedar.

Li Sicheng menahan tangan Su Qianci ke bawah dan menciumnya dengan lebih rakus. Su Qianci dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan lelaki itu. Perlahan-lahan dia berhenti bergelut apabila mendengar nafas Li Sicheng semakin kencang. Bibir mereka terus bersatu dan Li Sicheng menolaknya ke dinding. Jari mereka bertaut dan Li Sicheng memasukkan lidah ke dalam mulut isterinya…