Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 353 - Neraka Dunia

Chapter 353 - Neraka Dunia

Kesan gigi berbekas pada lehernya. Su Qianci menyentuh kesan itu dan berasa sakit. Li Sicheng menggigitnya dengan sangat kuat… Selepas mandi, Su Qianci menyarung baju yang menutupi lehernya. Selepas mengikat rambut, dia keluar dari bilik dan menyedari sudah jam 11 pagi. Ketika itu, dia melihat Li Sicheng berjalan keluar dari bilik Atuk.

Melihat rupa segar Su Qianci, Li Sicheng merenungnya sesaat sebelum segera berjalan ke pintu utama. Langkah Su Qianci terhenti ketika Li Sicheng berjalan melepasinya. Dia merasakan ketenangan yang luar biasa.

Telefon Li Sicheng berdering sebaik dia berjalan melintasi ruang tamu. Su Qianci menyedari suaminya menggunakan telefon baru. Ia bukan telefon yang digunakannya sebelum ini. Li Sicheng menjawab panggilan itu sambil berjalan keluar dari pintu utama. Su Qianci mengekorinya dari jarak yang agak jauh. Raut wajah Li Sicheng kelihatan aneh sepanjang perbualan telefon itu. Dia berkata, "Pastikan ia dijaga dengan selamat." Kemudian dia memandu keretanya pergi tanpa sebarang tanda untuk membawa Su Qianci bersama.

Su Qianci juga tidak mahu menaiki kereta bersamanya. Dia menahan teksi dan memberikan alamat Song Yifan kepada pemandu. Walau bagaimanapun, hatinya merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa yang Li Sicheng cuba jaga dengan selamat? Kandungan Tang Mengying?

Hati Su Qianci terasa remuk. Setelah berfikir seketika, dia memberitahu pemandu teksi, "Pak Cik, tolong bawa saya ke Jiang Zhou."

Pemandu teksi itu kelihatan agak marah. "Kenapa tak beritahu awal-awal? Sekarang kita ada di jalan bertentangan." Walaupun merungut, dia tetap membuat pusingan U dan memandu ke Jiang Zhou.

Apabila mereka menghampiri rumah itu, Su Qianci terus ternampak kereta Maybach hitam mewah yang biasa dilihatnya. Walaupun sudah menjangkakannya, dia masih berasa kecewa. Harapan terakhirnya telah musnah. Realiti yang ada di hadapannya seolah-olah satu pengajaran yang memberi tamparan kepadanya. Pasti Li Sicheng berasa seronok menipunya. Mata Su Qianci menjadi dingin, begitu juga hatinya. "Ayuh ke Zephyr Pavilion sekarang."

Laurel menjadi panik. Tiada sesiapa menyangka Tang Mengying akan melanggar dinding dengan perutnya. Insiden itu membuatkan 20 orang pekerja rumah itu menjadi sibuk. Walau bagaimanapun, Laurel adalah seorang yang mempunyai banyak pengalaman. Di Star City, pelbagai perkara yang lebih teruk telah berlaku. Laurel membawa Tang Mengying kembali ke biliknya lalu memanggil doktor, kemudian barulah dia menghubungi Li Sicheng.

Tang Mengying menyangka sekurang-kurangnya mereka akan membawanya ke hospital. Jika itu berlaku, dia akan dapat menggugurkan kandungan itu secara "tidak sengaja" dan memberitahu semua orang bahawa dia telah dikurung. Walau bagaimanapun, dia langsung tidak menjangka Li Sicheng sangat "prihatin" sehingga menyediakan beberapa orang doktor di dalam rumah itu. Malah bilik kecemasan juga telah disediakan. Tang Mengying melihat berpasang-pasang mata yang merenungnya dan merasakan dirinya hampir menjadi gila. Selama lebih setengah bulan, dia langsung tidak punya kebebasan. Tidak kira dia sedang di dalam tandas, sedang mandi atau makan, sentiasa akan ada orang yang menjaganya. Malah banduan penjara juga lebih bebas daripadanya.

Semua orang di situ seperti orang bodoh kecuali Laurel. Tiada sesiapa yang bercakap dengannya dan dia juga tidak boleh membuat panggilan. Rumah itu terletak di kawasan yang sangat terpencil, jadi Tang Mengying langsung tiada cara untuk berhubung dengan sesiapa. Semua orang bergembira apabila mendapat tahu kandungannya selamat. Namun bagi Tang Mengying, ia adalah berita yang paling buruk.

Tempat ini adalah neraka dunia…

Related Books

Popular novel hashtag