Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 351 - Menjengkelkan

Chapter 351 - Menjengkelkan

"Su Qianci!" Li Sicheng membentak dan memegang dagu Su Qianci dengan kuat. "Jangan sebut tentang kontrak itu! Saya akan koyakkannya nanti!"

"Kamu patut koyakkannya awal-awal lagi," kata Su Qianci dengan sinis. "Kontrak itu ada menyebut yang kita perlu jaga jarak antara kita. Sekarang lihatlah… Dah lama kita langgar perjanjian dalam kontrak itu."

"Ia tak sepatutnya dibuat." Li Sicheng menyesal menandatangani kontrak itu. Dia merenung Su Qianci dengan dalam dan berkata tegas, "Lupakan kontrak itu. Kita akan koyakkannya dan mulakan hidup baru."

"Silakan. Lagipun kamu hanya ada salinan. Dokumen asal ada dalam simpanan Pak Cik Sheng Ximing."

Li Sicheng menguatkan genggamannya pada dagu Su Qianci seolah-olah hampir mematahkannya. Dia berkata dengan suara yang dalam, "Jadi kita akan minta dari dia."

"Tidak, Li Sicheng." Su Qianci merenung suaminya itu. Kemudian dia memeluk lehernya dan berbisik, "Bukankah ini yang kamu mahu? Apabila tempoh dalam kontrak itu berakhir, pasti Tang Mengying sudah bersalin. Ketika itu, kamu pasti dah tak kisah saya ada atau tidak, bukan?"

Tang Mengying! Lagi lagi Tang Mengying!

Su Qianci menaikkan kepalanya dan mencium leher suaminya. Li Sicheng terkaku. Nafasnya mula menjadi kencang. Tangan lembut Su Qianci bergerak perlahan dan dia berkata dengan suara menggoda, "Kita masih suami isteri yang sah. Disebabkan Tang Mengying sedang mengandung, kita patut gunakan masa ini untuk berseronok, bukan?"

Nafsu Li Sicheng serta merta hilang. Dia menarik tangan Su Qianci sambil mengetap gigi. "Jangan sebut nama yang menjengkelkan itu."

Nama itu turut menjengkelkan Su Qianci. Malah teramat menjengkelkan.

"Kenapa kamu berpura-pura? Kamu sukakan ini, bukan?" Su Qianci menggoyangkan badannya dan memeluk pinggang Li Sicheng menggunakan kakinya. Dia bertanya dengan nada sinis, "Atau kamu rasa bersalah berada di atas katil bersama perempuan lain ketika dia sedang mengandungkan anak kamu?"

Li Sicheng ketawa sinis sebaik menyedari provokasi itu. Su Qianci berasa sedikit gementar lalu menghentikan godaannya. Tetapi Li Sicheng menahan tangannya lalu tunduk dan menggigit lehernya.

Su Qianci merasakan tubuhnya meremang dan menjerit, "Sakitlah!" Walau bagaimanapun, jeritannya tidak membuatkan Li Sicheng berhenti, sebaliknya menggigit lehernya dengan lebih kuat. "Apa kamu buat ini?" Su Qianci hampir menangis. "Zodiak kamu anjingkah? Lepaskan saya!"

"Saya sedang cuba buat kamu sedar!" Li Sicheng berkata sambil termengah-mengah. Kemudian dia segera bangun dari katil itu. Su Qianci melihatnya membuka almari dan mengambil sesuatu dari laci paling bawah. Kemudian Li Sicheng bangun lalu melemparkan dua fail kepadanya. 

Sijil perkahwinan.

Li Sicheng membuka fail itu dan memegang muka Su Qianci dengan kasar untuk memaksanya melihat gambar pada sijil perkahwinan itu. Perlakuannya kasar sehingga menyakiti Su Qianci. Su Qianci mahu melepaskan diri, tetapi Li Sicheng tidak akan membiarkannya. Dia menayangkan sijil perkahwinan itu di hadapan muka isterinya dan berkata dengan marah, "Tengok ini. Kamu, Su Qianci yang berada dalam gambar ini. Bukan si perempuan Tang itu!"

Muka Su Qianci terasa sakit dan dia hampir menangis. Namun dia hanya mengetap giginya tanpa berkata apa-apa.

"Jangan cuba tolak saya kepada wanita lain. Saya dah cakap kami tak ada apa-apa hubungan. Dia akan bersalin bulan Mac tahun depan. Beri saya sedikit masa, boleh?"

Apabila bayi itu sudah keluar, segalanya akan menjadi jelas.

Related Books

Popular novel hashtag