Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 320 - Mari Musnahkan Musuh

Chapter 320 - Mari Musnahkan Musuh

Ia mimpi yang sangat dahsyat tanpa sebarang tanda. Ini kali pertama Su Qianci mengalami mimpi seperti itu, jadi dia berasa sangat risau. Dia mengambil telefonnya dan menelefon Li Sicheng, tetapi tidak dijawab. Su Qianci bertambah bimbang. Kenapa dia tidak menjawab pada waktu seperti ini? Dia melihat jam dan ia menunjukkan sudah pukul dua pagi.

Li Sicheng kebiasaannya mudah terjaga ketika tidur. Jika dia mendengar telefonnya berdering, dia pasti akan menjawabnya. Adakah telefonnya ditutup atau tiada isyarat? Fikiran Su Qianci mula berserabut. Kali kelima dia menelefon Li Sicheng, akhirnya panggilan itu dijawab.

"Sayang."

Su Qianci terus berasa lega sebaik mendengar suara Li Sicheng. Matanya basah dan dia bertanya, "Kenapa lama sangat baru jawab?"

"Saya ada mesyuarat dengan rakan kongsi dari Amerika. Esok mungkin saya akan pergi trip bisnes."

Su Qianci berasa ragu-ragu mendengar jawapan Li Sicheng. Seingatnya, lelaki itu tidak mempunyai apa-apa projek penting sekarang.

Kenapa dia tiba-tiba sibuk pula?

"Projek apa yang buat mesyuarat jam dua pagi? Kamu selalu tak cukup tidur sekarang. Tidurlah awal."

"Kenapa kamu masih belum tidur?"

"Saya tak boleh tidur, tadi mimpi buruk." Su Qianci berasa sedih dan mengerekot di atas katil itu sambil meletakkan dagunya di atas lutut. "Saya mimpi kamu bergaduh dengan Rong Rui, kemudian sesuatu yang buruk terjadi."

Li Sicheng terkaku dan menjeling pemburu di sebelahnya. Pemburu itu mengebilkan matanya dan kelihatan bingung.

"Budak kecil, mimpi biasanya berlawanan dengan realiti. Itu bermakna saya sangat okey."

Mendengar kata-kata itu, Su Qianci berasa tenang kembali dan berkata, "Pergilah tidur sekarang. Saya tak akan ganggu kamu. Pukul berapa penerbangan ke sana?"

"Enam pagi."

"Rehatlah secukupnya dalam kapal terbang nanti."

"Baik. Selamat malam."

"Selamat malam."

Selepas memutuskan talian, Li Sicheng merenung pemburu itu dengan tajam. "Kamu beritahu dia?"

"Siapa?" Pemburu itu bertanya sebelum tersedar siapa yang dimaksudkan Li Sicheng. "Tak, dia ada telefon beberapa kali tapi saya tak berani jawab."

Li Sicheng yang akhirnya menjawab panggilan Su Qianci. "Beritahu Cheng You untuk pastikan Su Qianci tak tahu apa-apa. Saya tak nak dia risau tentang saya." Kemudian dia mengangkat selimut yang menyelimuti tubuhnya dan turun dari katil.

Pemburu itu terkejut dan berkata, "Encik Li, doktor cakap kamu tak boleh ke mana-mana. Luka itu dalam."

"Saya nak ke bilik air."

"Okey, saya bawa kamu ke sana."

"Saya dah kahwin."

Pemburu itu berasa janggal.

Kamu tak boleh dibantu seorang lelaki untuk ke tandas disebabkan dah berkahwin? Peraturan itu seperti terlalu tegas.

Walau bagaimanapun, pemburu itu tidak mahu memaksa. Li Sicheng keluar dari wadnya lalu menelefon Cheng You. Cheng You masih duduk di ruang tamu rumah tadi sambil memerhatikan Rong Rui yang diikat kemas dan tidak mampu menggerakkan walau satu jari.

"Faham. Dia tak ada telefon saya. Kalau dia telefon, saya tak akan beritahu apa yang terjadi." Cheng You menjawab lalu menguap kerana mengantuk. "Baik Encik Li."

Kemudian Cheng You tertidur di atas sofa itu. Pada jam lebih kurang tiga pagi, pintu rumah tiba-tiba dibuka dan membuatkan Cheng You terjaga dengan terperanjat. Encik Li! "Bukankah kamu…" Ada di hospital?

Li Sicheng tidak melihat ke arah Cheng You, tetapi Rong Rui yang sedang tidur di atas lantai.

"Tutup pintu. Mari kita musnahkan musuh." Li Sicheng berjalan dengan wajah bengis yang menggerunkan seperti biasa. Dia kelihatan lebih dingin disebabkan wajahnya yang pucat. Pemburu itu menutup pintu dan mendengar Li Sicheng mengarah, "Pastikan dia hidup dan kamu semua boleh buat apa sahaja kamu mahu dengan dia." Kesemua pengawal peribadi itu tidak mampu berkata apa-apa. Sebaik mendengar arahan Li Sicheng, mata mereka kelihatan bersinar.

Apa sahaja kami mahu?