Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 316 - Balik ke Rumah Bersamanya

Chapter 316 - Balik ke Rumah Bersamanya

Pipi Su Qianci seolah terbakar ketika dia membiarkan sahaja Li Sicheng membawanya ke sofa. Dia mengambil ais dan tuala daripada tangan Li Sicheng dan membalut ais itu dengan tuala. Kemudian dia memegang tangan Li Sicheng dan meletakkan balutan itu pada bahagian yang bengkak. Walaupun tangannya mula sejuk, Li Sicheng merasakan hatinya menjadi hangat. Dia memandang Su Qianci dengan lembut dan berkata perlahan, "Saya dah jumpa Rong Rui."

Su Qianci terhenti dan dia memandang Li Sicheng dengan terkejut, "Rong Rui?"

"Ya, dia dan Tang Mengying sedang merancang untuk gugurkan kandungan itu kemudian buatkan kamu yang bersalah. Jangan dekati Tang Mengying buat sementara waktu."

Su Qianci terkejut mendengarnya. Tidak hairan Tang Mengying akan lakukan perkara sebegitu. Tetapi bagaimana Li Sicheng dapat tahu?

"Kamu curi dengar?"

Li Sicheng tidak suka perkataan itu. Dia mengerutkan dahinya dan berkata, "Sebenarnya saya dengar secara terang-terangan." Malangnya ia tidak sempat dirakam. Kalau tidak, itu sudah cukup untuk membersihkan namanya.

Mata Su Qianci terkebil-kebil, dia kelihatan keliru.

Li Sicheng menjelaskan, "Rong Rui menyamar sebagai doktor dan masuk ke dalam hospital. Kemudian dia pergi ke wad Tang Mengying dan berbual dengannya."

Jadi, dia dapat tangkap Rong Rui.

"Kamu culik dia?"

Berdasarkan cara Li Sicheng selama ini, lelaki itu bukan seseorang yang akan melepaskan musuhnya begitu sahaja. Tepat tekaan Su Qianci. Li Sicheng mengangguk. "Ya, dia ada di satu tempat rahsia."

"Itu tak akan membantu, kan? Kalau keluarga dia tahu…"

Rong Rui berasal daripada keluarga yang dikenali. Walaupun Su Qianci tidak tahu apa yang dilakukan Rong Rui, tetapi sewaktu Cheng You melahirkan anak mereka pada kehidupan lalu, keluarga Rong Rui menghantar ramai orang termasuk seorang lelaki tua untuk menamakan anak Cheng You. Keluarganya pasti keluarga yang terkenal, mungkin sama seperti keluarga Li.

"Itulah yang saya nak."

Rong Rui telah melampaui batas dan mencederakan isterinya, jadi Li Sicheng tidak berniat untuk melepaskannya dengan mudah. Keluarga Rong dan keluarga Li berada pada taraf yang sama. Disebabkan ahli keluarga Rong yang membuatkannya marah dahulu, tidak salah jika dia membalasnya kembali.

Su Qianci langsung tidak tahu tentang hal-hal berkaitan politik, jadi dia mengiyakan sahaja kata-kata Li Sicheng dan bertanya, "Bagaimana dengan Tang Mengying?"

Nama itu ibarat barah dalam hati Su Qianci yang semakin membesar dari sehari ke sehari.

"Di hospital." Li Sicheng mahu menyambung lagi tetapi tiba-tiba telefonnya berdering. Ia panggilan daripada Cheng You.

"Encik Li, tadi Encik Rong berpura-pura sakit. Saya panggil doktor datang tetapi dia cederakan doktor itu dan ambil ibu Encik Li sebagai tebusan."

Li Sicheng tidak meletakkan telefonnya dalam mod pembesar suara, jadi Su Qianci hanya mendengar suara Cheng You tetapi tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakannya.

Dia melihat dahi Li Sicheng berkerut. Kemudian matanya kelihatan berubah ketika dia bertanya, "Ibu saya?"

"Ya!"

"Apa dia buat di sana?"

Cheng You terdiam seketika dan berkata dengan keliru, "Saya ingat Encik Li yang suruh dia datang…"

Li Sicheng berkata dengan suara yang dalam, "Baik. Cuba minta Rong Rui bertenang. Sekejap lagi saya sampai."

"Okey."

Li Sicheng memutuskan talian dan bangun dari sofa itu. Su Qianci memandangnya dengan terkejut.

"Tunggu…"

Li Sicheng membelai rambut Su Qianci dan berkata dengan lembut, "Ada sesuatu berlaku. Rehatlah di sini dulu . Saya akan jemput kamu selepas ia selesai."

"Okey…"

Walaupun Su Qianci tidak tahu apa yang berlaku, ia pasti bukan perkara yang remeh-temeh kerana Li Sicheng sangat tergesa-gesa untuk pergi. Tetapi bukankah suaminya itu datang untuk membawanya balik? Dia sudah bersedia untuk balik ke rumah mereka bersamanya…