Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 305 - Mari Kita Bercerai

Chapter 305 - Mari Kita Bercerai

Li Sicheng merasakan hatinya seakan dihiris berjuta kali. Ia terasa pedih dan hancur. Dia hanya merenung Su Qianci dengan dalam sebelum menyambung memakaikannya tali pinggang keledar. Kemudian dia menutup pintu dan masuk ke tempat duduk pemandu. Tangannya memegang stereng dan dia terus mendiamkan diri. Dia dapat melihat dengan jelas bekas tapak tangan Su Qianci pada pipinya melalui cermin pandang belakang.

Sungguh menyakitkan mata.

Su Qianci bersandar dan menutup mata sambil air mata berlinangan jatuh ke pipinya. Tangannya terkulai lemah di atas pahanya.

Sepi.

Satu-satunya bunyi di dalam kereta itu adalah bunyi nafas mereka.

Apabila mereka tiba di rumah, Li Sicheng mengangkat Su Qianci dan membawanya naik ke atas lalu meletakkannya di atas katil. Mereka masih tidak bersuara. Su Qianci yang terbaring di atas katil membuka matanya dan merenung Li Sicheng. Pada masa yang sama, Li Sicheng turut memandangnya. Mata mereka bertentangan dan kedua-duanya kelihatan dipenuhi dengan pelbagai emosi.

"Saya…" Mereka bersuara pada masa yang sama dan berhenti serentak.

Li Sicheng terdiam sambil merenung isterinya dengan matanya yang dingin.

Air mata Su Qianci telah kering. Dia merenung ke dalam mata Li Sicheng dan berkata lemah, "Mari kita bercerai."

Glaring at her, he clenched his fists and blurted out, "No way!"

Li Sicheng merenungnya tajam sambil menggenggam penumbuk. "Mana boleh!"

Mari kita bercerai.

Ayat ringkas itu menghancurkan ketenangan yang dia cuba sedaya upaya kekalkan. Dia menghampiri Su Qianci dan berkata tegas, "Itu bukan anak saya. Perempuan itu mesti dah palsukan keputusan itu. Esok saya akan buat ujian DNA dengan dia."

Su Qianci ketawa sinis dan menolak Li Sicheng menjauhinya. "Kamu bergurau. Jika dia boleh palsukannya, pasti kamu juga boleh, Encik Li."

Li Sicheng merasakan hatinya pedih lalu membentak, "Su Qianci!"

"Ya, saya sedang mendengar." Su Qianci bergerak ke tengah katil untuk menjauhi Li Sicheng. Matanya bengkak dan senyuman sinis terukir di bibirnya. Sikapnya benar-benar membuatkan Li Sicheng sedih. Isterinya itu tidak percayakannya!

"Tang Mengying hanya cintakan kamu seorang dan kamu tahu tentang itu, bukan?" Su Qianci akan sentiasa ingat tentang fakta itu.

Li Sicheng tidak menyangka Su Qianci akan mengungkit hal itu. "Itu tak bermakna apa-apa."

"Tapi ia bermakna segalanya bagi saya." Su Qianci merenung Li Sicheng dengan mata yang dipenuhi kesedihan. "Bersama kamu sangat memenatkan…" Dia tidak sepatutnya mempunyai angan-angan yang tinggi. Lelaki seperti Li Sicheng tidak layak menjadi miliknya. Lelaki ini dan Tang Mengying adalah pasangan yang sempurna. Dia adalah orang yang datang di antara mereka dan membuatkan Tang Mengying menjadi perempuan simpanan yang mengandungkan anak Li Sicheng. Tetapi mana boleh anak Li Sicheng menjadi anak haram? Jika Tang Mengying tidak kisah tentangnya sekalipun, Qin Shuhua tidak akan membiarkan ia berlaku. Su Qianci lebih rela berundur dahulu daripada menjadi orang yang kalah. Sekurang-kurangnya dia dapat memastikan maruahnya terjaga.

Tetapi Li Sicheng menggenggam penumbuknya dengan semakin kuat. Dia memukul katil dan berkata dengan marah, "Tak mungkin. Jangan sekalipun fikir untuk bercerai! Saya akan buktikan kepada kamu yang saya tak pernah curang. Saya tak pernah sentuh dia dan anak itu tak ada kaitan dengan saya." Kemudian, dia terus keluar dan menghempas pintu bilik itu dengan kuat.

Related Books

Popular novel hashtag