"Ibu, saya ingat ia dah jelas. Kandungan dia tak ada apa-apa kaitan dengan saya."
Di ruang tamu rumah lama, telefon rumah itu diletakkan dalam mod pembesar suara. Qin Shuhua yang sedang memegang gagang telefon itu memandang Tang Mengying yang sedang bersandar pada sofa dengan tangannya di perut. Matanya seolah-olah merayu. Qin Shuhua tahu Tang Mengying tidak mampu berkata apa-apa dan dia kembali bercakap di telefon, "Tapi…"
Li Sicheng menyampuk kata-kata Qin Shuhua, "Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya dan isteri saya mahu tidur."
Mendengar kata-kata itu, Tang Mengying terus menangis.
Li Sicheng mendengar esakan Tang Mengying dan tidak berkata apa-apa. Manakala Su Qianci membuntangkan matanya dan berkata, "Tang Mengying ada di situ? Bukankah dia tak sihat? Kenapa dia tak berehat di rumahnya?"
Qin Shuhua berasa malu kerana tidak menyangka Su Qianci ada berdekatan telefon dan mendengar perbualan mereka. Dia memandang Tang Mengying dan tiba-tiba didatangi satu idea lalu berkata, "Ibu sedang lawat Tang Mengying di hospital." Li Sicheng melihat nombor yang terpapar pada skrin telefonnya lalu mencebikkan bibir dan berkata perlahan, "Ibu, Ibu sedang bercakap dengan saya menggunakan telefon rumah."
Qin Shuhua terdiam.
Li Sicheng tidak berkata apa-apa lagi dan terus memutuskan talian.
Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Li Sicheng sanggup membongkar pembohongan ibunya demi dia. Su Qianci berasa agak gembira apabila Qin Shuhua terkedu. Itulah balasannya kerana menyukai Tang Mengying!
Su Qianci duduk di atas katil sambil memeluk bantal dan bertanya, "Kamu cakap kandungan Tang Mengying tak ada apa-apa kaitan dengan kamu, tapi kenapa dia cakap itu anak kamu? Kamu… tak guna kondom?"
Wajah Li Sicheng terus berubah sebaik mendengar pertanyaan itu. Dia mengecilkan matanya dan menghampiri Su Qianci.
Melihat pandangannya, Su Qianci berasa gementar dan berundur. Dia memberanikan dirinya dan bertanya, "Ia… tak benar? Kenapa kamu pandang saya begitu?"
Li Sicheng datang semakin hampir dan berbisik, "Kamu fikir saya buat seks dengan dia?"
Su Qianci yang semakin berdebar mahu melarikan diri, tetapi Li Sicheng sempat menahannya dan terus memeluk pinggangnya. Su Qianci menjerit kecil dan kemudian merasakan Li Sicheng sedang menggeleteknya. Su Qianci tidak dapat menahan ketawa sambil menggelupur, "Hentikan! Haha… Jangan di situ!" Li Sicheng tidak menghiraukannya dan terus memasukkan tangan ke dalam baju Su Qianci. Tangan kasar yang menyentuh kulitnya membuatkan jantung Su Qianci berdegup laju. Dia merayu, "Hentikan! Saya hampir sesak nafas…"
Li Sicheng berhenti lalu naik ke atas Su Qianci yang terbaring. Su Qianci baru tersedar kedudukan mereka yang sangat intim itu. Pipinya kemerahan ketika dia menolak Li Sicheng. "Pergi pakai baju. Kamu tak sejukkah?"
"Tak langsung."
Saat ini, dia hanya mahu berbogel. Dia merenung isterinya itu dengan renungan yang dalam. Suaranya kedengaran lembut ketika dia berkata, "Kamu tahu yang perempuan adalah makhluk paling susah difahami dalam dunia?"
Mata Su Qianci terkebil-kebil dan nafasnya semakin kencang.
"Saya cuma hidup sekali dan ia hanya cukup untuk memahami kamu seorang. Orang lain langsung tak penting."