Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 287 - Mimpi Basah

Chapter 287 - Mimpi Basah

Su Qianci menyentap pinggangnya ke atas dan merapatkan kakinya untuk cuba menjauhkan tubuh mereka. Namun, dia tersentuh sesuatu yang hangat di bahagian hadapan. Dia bingung seketika sebelum terus menolak lelaki itu dan memusingkan tubuhnya, kemudian memandang Li Sicheng dengan ragu-ragu. Lelaki ini merabanya dalam tidur! Mungkin dia sedang bermimpi basah?

Su Qianci memandangnya dan mendapati Li Sicheng masih tidur lena. Dia menghembus nafas lega dan menggumam, "Kamu masih boleh tidur macam ini?" Su Qianci bergolek ke hujung katil yang luas itu lalu berselubung dengan selimut dan menutup matanya. Dia terus kembali tertidur tanpa menyedari lelaki di belakangnya mendekatinya kembali perlahan-lahan lalu meletakkan kaki di atas tubuhnya.

Su Qianci bermimpi dikejar seekor harimau dan berlari laju. Walau bagaimanapun, harimau itu berjaya menerkamnya, lalu mencakar dadanya dan memasukkan lidah ke dalam mulutnya. Su Qianci mahu melawan tetapi dia gagal melepaskan diri. Dia tidak dapat bergerak dan merasakan harimau itu mengambil kesempatan ke atasnya, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Mulut harimau itu turun dari mulutnya ke lehernya. Su Qianci berasa geli lalu mengangkat tangannya dan terpukul sesuatu yang terasa seperti rambut. Harimau itu menjadi marah apabila dipukul lalu menggigit lehernya. Namun Su Qianci tidak merasakan kesakitan, sebaliknya satu perasaan aneh merayap ke seluruh tubuhnya dan membuatkannya menggigil sambil merintih.

Su Qianci kembali terjaga. Dia memegang lehernya dan merasakan ia basah, seakan benar-benar digigit harimau. Dia berpaling ke belakang dan mendapati Li Sicheng masih tidur lena dengan posisi yang sama. Tiada apa yang berubah. "Apa yang…" Su Qianci merasakan dirinya pasti terlalu letih sehingga bermimpi aneh. Dia memusingkan badannya dan kembali tidur. Dalam kegelapan itu, Li Sicheng tersenyum sambil memeluk Su Qianci dan tidur nyenyak sehingga pagi.

Apabila Su Qianci terbangun pada keesokan pagi, Li Sicheng sudah tiada di sebelahnya.

Dia masuk ke bilik air dan melihat ada kesan pada tempat dia merasakan digigit oleh harimau dalam mimpinya. Mata Su Qianci terbeliak dengan rasa terkejut. Adakah mimpi buruknya benar? Dia digigit? Matanya terkebil-kebil seketika sebelum dia tersedar perkara yang telah berlaku. Su Qianci mengetap giginya dan marah, "Tak guna!" Mengambil kesempatan sewaktu dia tidur! Su Qianci memberus giginya dengan kuat dan menutup kesan gigitan itu dengan mekap sebelum turun ke tingkat bawah.

Kapten Li sedang membaca akhbar di meja makan sambil bersarapan. Sebaik melihat Su Qianci, dia bertanya, "Kamu dah bangun?"

"Ya Atuk." Su Qianci membasuh tangan lalu duduk dan minum susu yang telah disediakan Nenek Rong.

"Dia keluar awal pagi tadi. Atuk betul-betul tak faham kenapa dia sibuk sangat cari wang. Dia nampak seperti tak cukup tidur. Kasihan."

Su Qianci memuncungkan bibirnya. Padan muka dia! Lelaki itu memilih untuk membulinya daripada tidur.

"Dia baru beritahu Atuk dia nak Atuk bantu kamu adakan majlis perkahwinan sekali lagi. Kamu dah pilih tarikh?"

Su Qianci kebingungan. "Majlis kahwin sekali lagi?"

"Ya. Dia nampak gembira untuk lakukannya. Atuk tak faham macam mana seorang lelaki boleh bersemangat tentang majlis. Dulu dia sangat benci perkara sebegini. Setiap kali dijemput ke majlis kahwin, dia sangat susah untuk diajak, seolah-olah dia boleh mati kalau pergi. Tapi sekarang dia sendiri yang mahu adakannya…"