Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 254 - Qianqian, Jangan Takutkan Saya…

Chapter 254 - Qianqian, Jangan Takutkan Saya…

Su Qianci segera menutup mulutnya sebaik menyedari jeritannya. Walau bagaimanapun, kegelian yang dirasakan di antara kakinya hampir membuatnya hilang kawalan.

Lu Yihan yang mendengar jeritan itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena, lalu bertanya, "Kenapa Qianqian? Ada sesuatu yang berlaku?"

Su Qianci mahu menjawab, tetapi pergerakan Li Sicheng semakin ganas. Sambil menggigit bibir, Su Qianci melengkungkan tubuhnya dan memeluk Li Sicheng erat. Kukunya hampir terbenam ke dalam kulit Li Sicheng.

"Qianqian?" Lu Yihan yang sedang terbaring berasa cemas dan terus duduk. "Jangan takutkan saya. Hello?"

Li Sicheng terus 'mengerjakan' Su Qianci sambil berbisik ke telinganya, "Beritahu dia apa yang kamu sedang buat."

Su Qianci mengetap gigi ketika badannya terus bergoncang. Katil itu bergoyang sedikit disebabkan pergerakan mereka. 

Kedengaran bunyi nafas lelaki sedang turun naik yang langsung tidak diusahakan untuk tidak didengar. Ia membuatkan Lu Yihan berasa hampir gila. Dia menyangka sesuatu yang buruk sedang berlaku lalu berkata, "Qianqian, kamu di mana? Saya akan cari kamu. Cakaplah!"

Mendengar suara cemas Lu Yihan, Su Qianci tahu lelaki itu telah tersilap sangka. Su Qianci menggigit bibirnya dan mahu bercakap. Namun lelaki di atasnya terus melakukan segalanya dengan pantas dan menghalangnya daripada bersuara.

"Qianqian?" Lu Yihan telah menarik jarum IV drip daripada tangannya. Dia terus turun dari katilnya dan berlari ke pintu tanpa memakai kasut.

Seorang jururawat muda melihatnya dan segera menghalang. "Encik, kamu tak boleh ke mana-mana. Kamu belum pulih."

Su Qianci mendengar kata-kata itu dan menyedari apa yang berlaku. Dia mahu bercakap, tetapi sebaik sahaja dia membuka mulut, dia tidak dapat menahan dirinya daripada mendesah.

Lu Yihan terdiam. Su Qianci berkata sambil tercungap-cungap, "Saya baik-baik saja…"

Lu Yihan tidak berkata apa-apa. Li Sicheng tersenyum puas. Dia memutuskan panggilan, menutup telefon itu dan terus mencampakkannya kembali ke almari kecil sebelah katil. Dia menggoyangkan punggungnya dengan lebih pantas. Tanpa sebarang gangguan, Li Sicheng mengangkat Su Qianci ke atas tubuhnya. Dia mencium leher Su Qianci dan berkata dengan suara yang dalam, "Jangan cuba tahan. Saya mahu dengar suara kamu."

Kedudukan mereka membuatkan alat sulit Li Sicheng masuk lebih dalam. Su Qianci hampir menangis dan terus berkata, "Sakit! Tarik ia keluar."

Li Sicheng mengangkat sedikit tubuh Su Qianci dan berkata, "Kalau sakit, bagi saya dengar suara kamu."

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada melepaskan rintihan yang membuatkan wajahnya merah padam. Seakan mendapat motivasi, Li Sicheng terus naik ke atas tubuh Su Qianci, meletakkan kaki isterinya di bahunya dan terus mencucuknya. Melihat Su Qianci yang terkulai lemah, Li Sicheng tidak dapat mengelak daripada terfikirkan Lu Yihan. Panggilan penuh prihatin yang baru diterima itu, dan gambar Su Qianci yang dihantar seseorang kepadanya sewaktu di New York.

Walaupun Tang Mengying telah cuba memerangkap Su Qianci dengan video itu, mustahil perempuan itu dapat mengumpul sebegitu banyak "bukti" jika Su Qianci tidak rapat dengan Lu Yihan. Kenyataan itu membuatkan hatinya sakit, dan juga mendorongnya beraksi lebih ganas.

Su Qianci menjerit dan menguatkan cengkaman tangannya pada belakang tubuh Li Sicheng. Fikirannya menjadi kosong. Kemudian Li Sicheng berbisik ke telinganya, "Kalau Lu Yihan yang lakukan ini, kamu akan menunjukkan reaksi seperti ini juga?" Suaranya kedengaran menakutkan dan jelas berbaur cemburu.

Mata Su Qianci terbuka luas. Namun, belum sempat dia melihat riak wajah Li Sicheng, lelaki itu terus menciumnya, membuatkan kehangatan itu terus terasa…