Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 27 - Bisikan di Telinga

Chapter 27 - Bisikan di Telinga

"Kenapa?"

Bisikan suara yang dalam dari lelaki itu di telinganya membuatkan Su Qianci rasa telinganya berdesing. Apa maksud pertanyaan itu?

Su Qianci memandang wajah tanpa cela Li Sicheng.

"Kau tidak senyum."

Oh, jadi dia perlu senyum? Su Qianci tidak memahami hal tersebut. Belum sempat dia memikirkannya, Li Sicheng telah kembali ke tempatnya sambil memandang rokok yang dihisapnya. Dia membuang puntung rokok itu dan mengambil rokok yang baru, dan masih kelihatan penuh misteri.

Su Qianci semakin keliru.

Lelaki ini… Mengapa dia selalu sukar untuk difahami?

Su Qianci tiba-tiba teringat kepada kehidupannya yang sebelum ini. Ketika mereka baru saja berkahwin, dia berasa seperti dia wanita yang paling beruntung di dunia. Semua wanita di Kingstown amat menggilai lelaki ini, sementara dia merupakan orang yang boleh mendampingi dan menjadi isterinya.

Fikiran itu membuatkan dia tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum setiap kali dia menghampiri lelaki itu. Wajahnya sentiasa penuh dengan senyuman gembira dan senyuman menggoda. Walau bagaimanapun, dia tidak lagi menyintai lelaki itu dalam kehidupan ini, jadi dengan sendirinya dia tidak lagi tersenyum.

Su Qianci mula menyedari dia tidak lagi cuba untuk berpura-pura dalam kehidupan ini. Pada kehidupannya yang terdahulu, dia telah mengambil masa selama lima tahun untuk mengubah dirinya dari seorang gadis yang keras kepala dan jahil kepada seorang wanita yang matang, di mana ia merupakan proses yang menyakitkan.

Namun, perubahan ini telah terjadi dalam sekelip mata pada kehidupan ini, jadi ia kelihatan mencurigakan. Apabila Su Qianci berfikir tentang apa yang patut dikatakan untuk menjelaskan perkara itu, Li Sicheng telah pun memandu ke rumah keluarga Su.

Keluarga Su telah lama menunggu. Su Shanna duduk di sofa dengan perasaan lapar dan marah. Dia berkata kepada seorang lelaki pertengahan usia, "Ayah, si bodoh Su Qianci tidak akan datang. Berdasarkan perangainya, dia pasti sudah tiba jika dia mahu. Saya yakin dia tidak sabar untuk berbangga bahawa dia ialah isteri Li Sicheng. Tidak mungkin dia akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Mari kita makan dahulu?"

Su Zhengguo melihat jam. Sekarang sudah pukul satu setengah, dan waktu untuk makan tengah hari sudah lama berlalu. Dengan wajah yang muram, Su Zhengguo berkata kepada isterinya, "Telefon mereka dan tanya."

Puan Su mengangguk, dan sebaik sahaja dia hendak mendail, loceng pintu berbunyi. Su Shanna pergi membuka pintu dan melihat seorang lelaki yang tinggi. Mata gadis itu menyala dan dia tersenyum manis. "Encik Li, datang juga akhirnya."

Ini bukanlah kali pertama dia berjumpa lelaki ini. Walau bagaimanapun, setiap kali melihatnya, dia berasa terpegun. Lelaki itu seperti bulan di langit, dingin dan tampan. Semua wanita di bandar itu menggilainya.

Namun...

"Hai Sepupu." Sebaik sahaja susuk tubuh Su Qianci muncul di sebelah Li Sicheng, senyuman Su Shanna hilang. Hatinya berasa sangat cemburu. Tetapi, walaupun dirinya tidak menyukai Su Qianci, Su Shanna tahu apa yang harus dilakukan dan membenarkan dia masuk.

"Pak Cik, Mak Cik," Su Qianci menyapa sambil berjalan dengan anggun dan tersenyum manis.

Perilakunya sangat sempurna sehingga dia kelihatan hebat di samping Li Sicheng. Su Shanna berasa seolah-olah hatinya dirobek. Dia sangat cemburu sehingga merasakan dirinya hampir gila.