Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 251 - Letih

Chapter 251 - Letih

Mendengar bunyi pancuran mandi di dalam bilik air, Su Qianci tidak dapat mengelak daripada berasa gementar. Tarik nafas dalam, hembus, tarik dan hembus…

Apabila Li Sicheng keluar, dia hanya memakai tuala pada paras pinggang. Itu adalah tabiatnya. Dia juga tidak pernah mengeringkan dirinya dengan baik. Air masih menitik dari rambut hitamnya yang kerinting, dan kulitnya yang bertan bersinar menggoda di bawah cahaya bilik yang kekuningan.

Sungguh seksi!

Wajah Su Qianci kemerahan ketika dia melintasi Li Sicheng dan masuk ke bilik air. Dia membersihkan dirinya luar dan dalam dengan kegigihan yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Setelah selesai, dia menyapu losyen badan pada kulitnya. Walau bagaimanapun, sebaik terfikir Li Sicheng mungkin akan menjilat tubuhnya, dia mengelap dan membuang kembali losyen itu.

Su Qianci teringat bagaimana mereka gagal menyelesaikan 'aktiviti' mereka beberapa kali sebelum ini, dan tidak dapat mengelak daripada berasa gementar. Dia menarik nafas dalam di hadapan cermin, lalu keluar dari bilik air itu dengan gugup. Sebaik dia keluar, cahaya lampu bilik itu sudah dimalapkan. Kelihatan seseorang di bawah selimut putih di atas katil. Orang itu adalah Li Sicheng…

Okey, bertenang…

Su Qianci mengangkat selimut itu dengan berhati-hati lalu berbaring. Walau bagaimanapun, dia mendapati Li Sicheng sudah tertidur.

Baiklah…

Su Qianci tiba-tiba merasakan kegigihannya tadi hanya sia-sia. Lelaki itu tidur setelah segala yang dia lakukan? Dia meletakkan lengannya di atas pinggang suaminya itu. Li Sicheng memakai baju tidur sutera. Menerusi fabrik yang nipis itu, Su Qianci dapat jelas merasakan ototnya yang membonjol.

Mata Li Sicheng tertutup rapat, dia bernafas dengan baik dan berdengkur perlahan… Su Qianci teringat akan bayang hitam di bawah mata lelaki itu ketika dia baru tiba dari Amerika, dan tahu dia mesti teramat letih. Su Qianci merenung wajah Li Sicheng dan terpukau dengan kehitaman kening dan bulu matanya…

Sungguh tampan!

Su Qianci akhirnya terlelap sambil memikirkan perkara itu. Mungkin kerana tubuh Li Sicheng terasa hangat, Su Qianci bergerak lebih rapat kepadanya dalam separuh sedar.

Pada pertengahan malam, Li Sicheng terjaga apabila Su Qianci bergerak. Melihat isterinya itu tidur seperti bayi, dia tersenyum lalu menarik Su Qianci dan memeluknya sehingga pagi.

Sidang media yang diadakan pada malam itu sangat berkesan. Seluruh Kingstown malah seluruh negara akhirnya mengetahui siapa Su Qianci. Walau bagaimanapun, pelbagai khabar angin turut tersebar bersama nama Su Qianci. Contohnya seperti hubungan Tang Mengying dan Li Sicheng, hubungan keluarga Tang dan keluarga Li, dan hubungan antara Su Qianci dan Song Yifan.

Rong Anna tidak pernah gemar membaca akhbar sewaktu sarapan, tetapi dia tertarik sebaik melihat tajuk dan gambar yang terpampang. Dia mengambil akhbar itu dan membacanya dengan kuat, "Berita gempar! Pemain piano terkenal Song Yifan adalah bapa mertua Li Sicheng?"

Gambar itu menunjukkan Song Yifan dan Su Qianci sewaktu majlis tempoh hari. Mereka berdiri agak jauh antara satu sama lain, tetapi mata Song Yifan jelas menunjukkan sifat kebapaan. Rong Ana mendengar bunyi tapak kaki dan menggigit sedikit sandwichnya sebelum menoleh ke arah seorang wanita yang sedang menuruni tangga. Wanita itu menyanggul rambutnya dengan anggun. Dia memakai baju qipao yang mempunyai sulaman berwarna ungu. Wanita itu kelihatan amat cantik. Sebaik melihatnya, Rong Anna tersenyum dan meletakkan akhbar itu ke bawah lalu berkata, "Ibu, ibu rasa wanita ini mirip ibu tak?"

Related Books

Popular novel hashtag