Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 249 - Penjahat Tua

Chapter 249 - Penjahat Tua

"Kau pukul aku!" Puan Tang kelihatan terkejut. Dia menjerit dan cuba untuk membalas pukulan itu. Walau bagaimanapun, sebelum dia sempat bertindak, Li Sicheng menolak lengan Puan Tang ke hadapan. Puan Tang tertolak ke belakang dan hampir terjatuh. Sebaik dia berjaya menyeimbangkan badannya kembali, dia memandang Li Sicheng dan Su Qianci dengan pandangan tidak percaya. "Kamu sepatutnya menghormati orang tua, tetapi tengok apa yang kamu lakukan!" Ditampar dan ditolak membuatkan Puan Tang terasa dihina. Kenapa dua orang muda itu melayannya sebegini?

"Orang tua?" Su Qianci kelihatan berpuasa hati. "Orang-orang tua yang dihormati generasi muda adalah yang layak menerimanya, sedangkan kamu hanya seorang penjahat tua."

"Bagus!" seseorang daripada kalangan ramai menjerit.

Kapten Li turut kelihatan berbangga dan berkata, "Bijak." Mendengar pujian Kapten Li, semakin ramai yang mengangguk.

Puan Tang mengetap giginya dan kelihatan pucat.

"Jangan melampau!" Kedengaran suara seorang wanita. Ketika orang ramai menoleh ke belakang, kelihatan Tang Mengying sedang berjalan dengan marah. Walau bagaimanapun, dia tiba-tiba berkerut. Wajahnya terus bertukar pucat dan dahinya dibasahi peluh dingin. Tang Mengying terduduk. "Ibu, perut saya sakit…". Apabila Tang Mengying dibawa ke hospital, tiada seorang pun ahli keluarga Li yang ikut bersama.

Tang Zhenghao melihat isterinya sedang menyumpah seranah dengan kuat ketika dia tiba di hospital. Dia terus berasa berang lalu menampar isterinya. "Kamu perempuan tak guna, siapa suruh kamu buat kecoh di majlis itu? Kamu sepatutnya berfikir," Tang Zhenghao sangat marah. "Menyesal saya berkahwin dengan kamu. Reputasi keluarga Tang sudah hancur sepenuhnya disebabkan kamu dan anak-anak kamu."

Sebaik ditampar, Puan Tang bingung seketika sebelum terus menangis dengan kuat. "Anak-anak dan isteri kamu dihina oleh orang lain. Tapi kamu tak pertahankan kami malah pukul isteri kamu. Kamu bukan lelaki sejati, Tang Zhenghao!"

"Diam!" Tang Zhenghao kelihatan menggerunkan. Dia menyambung, "Bodoh! Kenapa kamu cari gaduh di hadapan orang ramai? Kamu tahu apa pihak media sedang katakan? 'Kedua-dua anak perempuan keluarga Tang mengandung sebelum berkahwin - adakah ia faktor keturunan?' Apa itu? Kamu baca sendiri!"

Puan Tang sudah kehilangan suaranya dan berhenti menangis.

"Disebabkan itu, dalam masa tiga jam, saham syarikat merudum lebih teruk daripada apa yang saya alami dalam pelaburan teruk saya yang lepas. Kamu yang menyebabkan semua ini!"

"Apa kita patut buat sekarang…"

"Beritahu saya, betulkah Tang Mengying mengandungkan anak Li Sicheng?"

"Sudah tentulah."

Mendengar jawapan yang penuh yakin itu, kemarahan Tang Zhenghao kelihatan reda. "Senang kalau begitu. Apa yang penting adalah untuk jaga anak itu. Budak Li Sicheng itu mahu memufliskan syarikat saya, tapi dia masih terlalu muda."

Puan Tang terkejut. "Maksud kamu, Li Sicheng ialah dalangnya?"

Tang Zhenghao kecewa dengan isterinya lalu mengetap giginya. "Budak itu memang sentiasa bersaing dengan kita. Dia tidak pernah ada sebab yang munasabah untuk jatuhkan kita, tapi sekarang kita akan pindahkan kelemahan kita kepadanya."

Puan Tang berasa amat bersalah dan tidak mampu berkata apa-apa.

Tang Zhenghao menahan kemarahannya dan berkata dengan tenang, "Sekarang, kita akan cuba pengaruhi Qin Shuhua dan pastikan Li Sicheng bertanggungjawab. Anak perempuan Tang Zhenghao tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya oleh budak itu."