Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 244 - Masa untuk Bercakap

Chapter 244 - Masa untuk Bercakap

Lelaki itu tinggi dan kacak. Hanya sekadar berdiri sahaja, dia sudah menarik perhatian semua orang. Berjalan membelakangi lampu, dia masuk ke dalam dewan dengan tiada ekspresi di wajahnya. Pakaiannya formal dan dia kelihatan tidak mesra serta dingin. Walau bagaimanapun, sebaik Su Qianci terpandang suaminya, dia merasakan seperti ada sesuatu yang sedang mekar di dalam hatinya. Dia berasa gembira dan sedih pada masa yang sama Su Qianci dengan pantas berlari ke arah Li Sicheng.

Sebaik melihat Su Qianci, mata Li Sicheng kelihatan lebih lembut, sambil dia mendepakan tangannya untuk menyambut isterinya. Pelukan yang hangat mengusir kedinginannya. Su Qianci memeluk suaminya dan berkata dengan gembira, "Kamu sudah pulang!"

"Ya, saya." Suaranya yang dalam dan lunak, seperti alunan muzik yang dimainkan oleh pemain muzik terbaik.

Su Qianci mendongak memandang muka suaminya. Li Sicheng kelihatan amat penat. Sehinggakan jelas kelihatan matanya sembap. Selepas menghabiskan masa hanya beberapa hari di Amerika, wajahnya sudah kelihatan lebih cengkung. Dia pasti telah susut berat badan dengan banyak. Su Qianci merasa kasihan dengannya, menyentuh wajah suaminya dengan jarinya. "Kamu mesti letih."

LI Sicheng memegang tangan Su Qianci dan menciumnya. "Tidaklah terlalu letih setelah melihat kamu."

"Ayaya…" Kapten Li berteriak, kelihatan serius. "Kamu orang muda perlu menahan diri kamu." Sewaktu para hadirin mendengar kata-kata tersebut, mereka semua ketawa.

"Tak, saya tidak boleh melihat semua ini." Luo Zhan kelihatan cemburu dan marah. "Li Sicheng, tidak patut kamu mempamerkan kemesraan di hadapan orang yang bujang seperti kami."

"Ini dah melampau." Ou Ming berasa cemburu juga. Memandang Yu Lili, dia berkata, "Saya tidak kisah untuk bersaing dengan mereka."

Yu Lili menepis tangannya. "Diamlah!"

Puan Tang berasa marah, berdiri sambil bercekak pinggang. Dia merampas mikrofon lalu menjerit, "Li Sicheng, kamu balik tepat pada masanya. Mari kita berbincang tentang apa yang perlu kamu lakukan."

Li Sicheng mengecilkan matanya dan berjalan mendekati wanita itu, sambil memegang tangan Su Qianci.

Qin Shuhua melihat Puan Tang menjadi bengis. Dia menarik anak lelakinya dan berkata, "Kamu memang perlu berbincang dengan kami. Apa yang telah terjadi? Mengapa Tang Mengying tiba-tiba hamil?" Kelakuan Qin Shuhua jelas menunjukkan dia mempercayai Tang Mengying.

Muka Kapten Li menjadi gelap dan dia mengarahkan, "Shuhua, ke tepi. Sicheng boleh uruskan sendiri."

"Tapi…"

"Ke sini sekarang."

Qin Shuhua menjadi senyap, berjalan ke arah Kapten Li.

"Abang Sicheng..." Tang Mengying melihat Su Qianci bermesra dengan Li Sicheng, dan perasaan cemburu hampir membuatnya jadi gila. Walau bagaimanapun, dia masih berpura-pura lembut dan malu-malu. Sambil memandang Li Sicheng, dia berkata dengan suara yang rendah, "Saya... Maaf. Saya tidak sepatutnya meneruskan kehamilan ini tanpa memberitahu kamu..."

"Baiklah." Li Sicheng memandangnya dengan dingin, tanpa sebarang kehangatan di matanya. "Ini kandungan kamu. Jadi kalau kamu mahu meneruskan kehamilan ini atau tidak, terpulanglah pada kamu."

Tang Mengying sudah mengagak Li Sicheng akan bersikap begini. Dia mengetap giginya, berdiri tegak, dan berkata, "Itu juga bayi kamu, kamu bapanya, bukan?"

Li Sicheng mendengar kata-kata ini dan tiba-tiba tersenyum. Senyumannya sangat berseri sehingga menarik perhatian semua orang. Keluarga Li, keluarga Tang, dan semua tetamu yang dijemput ke majlis sidang akhbar semuanya keliru dengan reaksinya. Namun begitu, senyumannya benar-benar menakutkan.

Dengan perlahan, Li Sicheng berkata, "Sudah tiba masanya untuk kita bercakap."

Related Books

Popular novel hashtag